Coli atau bra adalah satu pakaian yang sangat sensitif dan perlu diberi penjagaan yang khas. Termasuk cara mencuci, kerana bentuknya yang memberi sokongan pada payudara perlu dipertahankan selain bagi memastikan coli anda tahan lama dan kekal elok.

Malunya Jadi Wanita Kalau Tak Tahu Cara Cuci BRA Dengan Betul! 

IKLAN

Nona sediakan cara penjagaan dan mencuci bra dengan betul untuk anda. Jom cuba!

1. TIDAK PERLU DICUCI SETIAP HARI

Ini adalah cara penjagaan coli yang [aling penting. Anda tidak perlu mencuci bra setiap kali selepas dipakai kecuali sport bra yang digunakan untuk bersukan kerana badan akan berpeluh dengan banyak. Bagi coli harian, cukup sekadar basuh selepas tiga atau empat kali dgunakan. Ini kerana coli yang kerap dibasuh boleh merosakkan bahan-bahan yang memberi sokongan dan strukturnya.

 

2. GILIR-GILIR PAKAI COLI LAIN

Cara lain untuk memastikan bra kamu lebih tahan lama adalah bergilir-gilir memakai coli yang lain untuk beri ia masa untuk kembalikan keanjalan bentuknya.

Malunya Jadi Wanita Kalau Tak Tahu Cara Cuci BRA Dengan Betul! 

 

3. CUCI COLI DENGAN TANGAN

Mencuci coli dengan menggunakan tangan dapat mengurangkan risiko struktur coli rosak. Lagipun, ia semudah mengisi air suam ke dalam baldi dan serbuk pencuci yang sesuai untuk lingerie. Kemudianrendam coli dan bilasnya.Tinggal jemur untuk keringkan. Senang je.

IKLAN

 

4. SUSUN & SIMPAN COLI DENGAN BETUL

Susun setiap cup di dalam cup yang lain bagi membolehkan mereka mengekalkan bentuk dengan lebih baik dan bertahan lebih lama.

 

IKLAN

Malunya Jadi Wanita Kalau Tak Tahu Cara Cuci BRA Dengan Betul! 

 

5. KERINGKAN COLI

Jangan sesekali keringkan coli anda di dalam mesin pengering atau diperah. Cara ini juga akan merosakkan struktur coli. Selain itu, jangan gantung coli anda dengan menyepit tali bra. Sebaiknya gantung bra pada bahagian tengah.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI