Wanita merupakan insan yang sangat beruntung kerana jenama kecantikan antarabangsa mahupun tanah air berlumba-lumba untuk menyediakan produk yang bermafaat untuk kecantikan kulit. Namun, wanita perlu bijak untuk memilih produk yang terbaik untuk kulit mengikut keperluan kulit dan gaya hidup yang diamalkan. Walau apa pun pilihan namun, kata kunci bagi mengekalkan kecantikan kulit wajah adalah dengan mengunci kadar kelembapan yang diperlukan agar kulit kekal anjal dan awet muda. Pencemaran dan stres merupakan musuh utama bagi mencapai kulit sihat, oleh itu lindungi kulit agar kekal sihat dan cantik mengikut keperluan diri. Produk pilihan Nona pada bulan ini;

Manifesto Kecantikan Nona Bulan Ini

IKLAN

SOLUSI KULIT SENSITIF

Memiliki kulit yang sensitif memerlukan penjagaan yang rapi berbanding mereka yang mempunyai kulit normal. Namun faktor persekitaran seperti pencemaran udara, terdedah kepada pendingin hawa, panas dan lembap serta kekurangan penghidratan, menyebabkan kulit menjadi sensitif dan tidak selesa, kering atau merekah. Tiba masa untuk bertukar kepada derma365 yang terbukti secara klinikal dan dermatologi yang dirumuskan khusus serta menawarkan penyelesaian kulit sensitif harian. Hadir dalam sistem penjagaan kulit lengkap, Gentle Cleanser dan Gentle Lotion untuk melegakan kulit dan melindungi kulit dari persekitaran luaran yang sukar.

Manifesto Kecantikan Nona Bulan IniEPAL LINDUNGI RAMBUT

Masalah rambut memang membuat wanita menjadi tidak selesa sehingga menyebabkan hilang keyakinan diri lebih-lebih lagi buat mereka yang berhijab. Masalah seperti kulit kepala berminyak, kulit kepala gatal dan kelemumur perlu diberi lebih perhatian agar  kekal segar dan sihat. Ini kerana rambut yang sihat boleh meningkatkan keyakinan seseorang wanita. CLEAR Superfresh Apple yang baharu, syampu anti-kelemumur diformulasikan dengan teknologi Nutrium 10 dan wangian epal segar. Nutrium 10 CLEAR mengandungi pelbagai ramuan nutrien, vitamin dan mineral memberi perlindungan daripada dan menghalang kemunculan semula kelemumur.

Manifesto Kecantikan Nona Bulan IniPERANGI KEROSAKAN KULIT

Sinaran cahaya UV, infrared dan pencemaran alam sekitar merupakan punca utama kerosakan kulit wanita moden. Bagi menghambat kesan kulit kusam dan tidak bermaya ini SK-II telah memperkenalkan siri pencerahan kulitnya, The New Atmosphere Airy Light UV Cream SPF50+. Inovasi yang telah dinobatkan ini mencipta lapisan holistik demi melindungi dan memperbaiki kulit yang terdedah dengan anasir yang berbahaya tersebut. Melalui formulasi yang diperbaharui, Atmosphere Therapy Complex bersama dengan PITERA™ dan bahan natural Ume serta Opuntia Cactus extract, Atmosphere Airy Light UV menjadikan krim ini wajib dimiliki oleh setiap wanita.

Manifesto Kecantikan Nona Bulan IniRANGSANG KEANJALAN KULIT

Kulit yang lembap dan bersih lambang kecantikan kulit yang sebenar. Kuasa batu permata memang diperakui dapat membantu mengekalkan keanjalan kulit yang diidamkan. Jenama produk penjagaan kulit, Omorovicza yang terkenal dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk menyembuhkan kerosakan kulit telah mempersembahkan Blue Diamond Super Cream. Krim istimewa ini mengandungi Diamond Peptides yang boleh memanjangkan hayat sel kulit dengan melindungi DNAnya. Disuntik pula dengan tiga jenis hyaluronic untuk merangsang hidrasi yang lebih mendalam untuk membantu keanjalan kulit sehingga menyingkirkan garis halus dan kedutan di atas kulit.

Manifesto Kecantikan Nona Bulan IniSELAMI KUASA SEGAR

Setiap wanita mendambakan kulit yang sihat dan segar seperti zaman remaja dahulu. Namun, tuntutan kerjaya dan gaya hidup yang serba mencabar menjadi halangan buat wanita kini. L’occitane telah meraikan keajaiban Provence dengan memperkenalkan rahsia magisnya, The Réotier Spring. Pancuran air yang unik ini telah melahirkan air mineral yang kaya dengan sumber mineral terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kaya dengan sumber kalsium hampir 10 kali ganda membuatkan Ultra Thirst-Quenching Gel ini begitu lembut bertindak di atas kulit untuk menentang kulit kering dan mereka berpanjangan. Gel yang gemerlapan ini mengandungi beribu-ribu mikro-buih yang memberi kelembapan ke atas kulit dengan serta-merta.

Manifesto Kecantikan Nona Bulan IniMANDIAN CIPTA KETENANGAN

Setelah penat bekerja sepanjang hari menikmati kesegaran mandi di bilik air sangat menguja. Rangkaian Safi Shower mengambil inspirasi daripada keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit. Ditambah pula dengan khasiat alam semula jadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria. Hadir dalam 4 variasi mandian segar iaitu Serai Lime Splash, Passion Honey Frost, Kokonut Shake dan Berry Smoothie. Rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga! Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan perlindungan harian.

IKLAN

Manifesto Kecantikan Nona Bulan Ini

WAJAH BEBAS CELA

Jerawat adalah musuh utama wanita yang boleh menjadikan mood menjadi tidak menentu. Namun usah gusar kerana Nanowhite telah memperkenalkan Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah bagi mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Kolaborasi teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semula jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.

Manifesto Kecantikan Nona Bulan Ini

NARATIF KELEMBAPAN KULIT

IKLAN

Kuasa bunga bagi meningkatkan seri wajah wanita tidak boleh dipertikaikan lagi. Pakar kimia jenama produk terkenal Kiehl’s sepakat mengangkat bunga Calendula sebagai bahan asas produk terbaharunya, Calendula  &  Aloe  Soothing  Hydration  Masque. Topeng yang berasaskan gel ini diformulasikan dengan kelopak bunga Calendula dan aloe vera untuk menyuntik kulit wajah yang lembap dan berseri. Gel yang bertindak lembut ke atas kulit ini boleh digunakan tiga kali seminggu untuk melepaskan lelah bekerja sepanjang hari.

Manifesto Kecantikan Nona Bulan IniPENJAGAAN RAMBUT ORGANIK

Kelemumur boleh berpunca daripada beberapa perkara dan cara mengatasinya adalah membersihkan rambut dengan sempurna. Guardian telah memperkenalkan syampu dan perapi anti-kelemumur, Trio Oil Organik Botaneco Garden. Mempunyai formula bebas dari Parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin & DEA  untuk rumusan yang unik dan prihatin bagi kulit, rambut, dan juga alam sekitar. Syampu dan perapi Anti Kelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden diperkaya dengan Jojoba dan minyak kelapa. Manfaat pelembap daripada rangkaian ini menjadikannya lembut dan berkesan dalam mengurangkan pembentukan kelemumur yang biasanya disebabkan oleh pengeringan kulit yang berlebihan dan aktiviti kelenjar minyak yang berlebihan.Manifesto Kecantikan Nona Bulan IniKULIT BERSIH DAN SEGAR

Sebagai wanita yang mementingkan kecantikan kulit tubuh juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Rangkaian penjagaan produk terkenal dari Korea, Innisfree telah menampilkan produk yang istimewa demi memelihara kecantikan kulit wanita. Memperkenalkan Innisfree My Body Cleanser Trial Kit (Cedar Wood), Innisfree My Body Cleanser Trial Kit (Daphne), Innisfree My Body Cleanser Trial Kit (Wild Berry) dalam bentuk pek kembara memudahkan wanita menjaga kebersihan dan kecantikan walau di mana sahaja juga berada. Haruman yang segar berkekalan sepanjang hari  meningkatkan keyakinan wanita walaupun ketika bercuti atau bekerja di luar kawasan.

Manifesto Kecantikan Nona Bulan IniPELIHARA KULIT MUDA

Sebelum menata rias kulit sangat penting untuk menjaga kulit daripada sinar UV yang berbahaya dan melindungi kulit daripada terus rosak. Setiap wanita perlu prihatin dengan keperluan kulit agar terus terpelihara dan mengekalkan keremajaan kulit. Atas dasar kesedaran akan pentingnya penjagaan kulit Shiseido telah mempersembahkan produk perlindungan kulit Shiseido Clear Stick UV Protector WetForce SPF 50+ PA++++. Perlindungan daripada sinar berbahaya ini datang dalam bentuk batang yang mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana sahaja. Tidak melekit serta menyediakan sapuan sempurna dan mudah dibuang dengan pencuci wajah biasa.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI