Beberapa bulan lepas, Nona pernah menyiarkan kisah kecemerlangan wanita bernama Nor Haziani Abd Hamid ini yang menubuhkan empayar BlinkBlink, iaitu satu platform jual beli barangan mewah dan jamu tradisional.

IKLAN

Tapi satu perkara yang membuat kami tertarik mendekatinya adalah kecantikan fizikal, wajah dan bentuk badannya yang sangat cantik meskipun sudah melahirkan lima cahaya mata.

Rahsia yang diamalkan oleh bekas pramugari Malaysia Airlines dan AirAsia itu ternyata mudah diamalkan. Mula-mula susah juga nak percaya, sebab tak mungkin wanita semoden beliau masih makan jamu kampung. Tapi rupa-rupanya betul!

Selepas melahirkan 5 orang anak, apa rahsia berpantang yang diamalkan untuk kembali langsing?
Saya bersalin anak sulung secara normal dan yang empat lagi secara pembedahan Caesarean. Jarak anak-anak, yang sulung 14 tahun manakala yang kelima baru berusia 10 bulan.

Masih Amalkan Petua Kampung, Jom Tiru Rahsia Awet Muda Wanita Urban Ini Walaupun Punya Lima Anak

Masih Amalkan Petua Kampung, Jom Tiru Rahsia Awet Muda Wanita Urban Ini Walaupun Punya Lima Anak

Berpantang adalah perkara yang wajib dilakukan oleh seorang wanita yang baru bersalin. Bagi saya pantang bersalin adalah sangat penting dituruti untuk mengembalikan bentuk badan asal dan kesegaran badan.

Tiada yang luar biasa bila bercerita bab pantang bersalin. Mungkin kebanyakan sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Cuma apa yang saya amalkan dari dulu sejak melahirkan anak pertama hingga anak kelima adalah seperti berikut:

IKLAN
  • Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang.
  • Mengamalkan herba atau jamu.
  • Berurut.
  • Sapu minyak herba satu badan.
  • Bertangas.
  • Kurang pengambilan air.
  • Bertungku.
  • Berbengkung.
  • Jaga makan.
  • Berstokin.
  • Pastikan badan sentiasa panas. Jauhi aircond.
  • Pantang bersama suami.
  • Elak mengangkat benda berat/senaman berat.
  • Pantang keluar rumah.

Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari.

Lepas bersalin, badan biasanya lembik dan menggeleber. Cara anda pejalkan semula bentuk badan?

  • Saya amalkan minum air suam lapan gelas atau lebih sehari. Minuman sejuk saya jauhkan.
  • Apa yang saya amalkan dari dulu adalah dengan pengambilan jamu tradisional.
  • Minum air sirih setiap pagi.
  • Minum air rebusan inai sekali setiap minggu.

Kongsikan ramuan jamu untuk langsing yang paling mudah di lakukan di rumah?
Rebus manjakani, ubi cekur dan kunci. Kisarkan bersama air rebusan dan tapis. Rebus semula air tapisan bersama sedikit gula batu dan asam jawa. Minum dua kali seminggu.

IKLAN

Pendapat anda, kenapa wanita sekarang malas makan jamu?
Rasanya mungkin sebab rasanya yang pahit, kurang pengetahuan kebaikan jamu pada wanita dan ketiadaan masa. Wanita juga banyak beralih kepada ubatan moden dan merasakan jamu adalah amalan kuno.

Masih Amalkan Petua Kampung, Jom Tiru Rahsia Awet Muda Wanita Urban Ini Walaupun Punya Lima Anak

Makin usia meningkat, makin ramai wanita yang kurang keinginan terhadap suami. Apa sebabnya?
Ini adalah topik sensitif kerana melibatkan masalah dalaman rumah tangga. Tetapi jika wujud masalah ini, wajiblah cepat cari jalan penyelesaian. Bagi saya antara sebab ramai wanita kurang keinginan terhadap suami adalah kerana:

  1. Mungkin rangsangan tidak mencukupi.
  2. Keletihan.
  3. Masalah peribadi contohnya mungkin tiada keharmonian dalam rumah tangga, masalah kewangan dan bebanan tugas di tempat kerja dan tugas di rumah pula.
  4. Tiada komunikasi dengan pasangan, kurang mesra dan tiada kepercayaan terhadap pasangan.
  5. Sejarah penderaan dari sebelum berkahwin. Ini menyebabkan timbul perasaan takut dan mempunyai masalah mempercayai pasangan.
  6. Pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Nona dimaklumkan bahawa anda mengeluarkan produk Serrapat untuk organ keintiman wanita. Apakah khasiatnya?
Serrapat adalah serbuk perapat yang dihasilkan daripada buah manjakani. Antara kebaikannya adalah:

  • Boleh dijadikan sebagai air cucian.
  • Permukaan faraj akan menjadi tegang dan halus.
  • Lubang faraj akan menjadi rapat dan tertutup.
  • Merawat bahagian organ keintiman wanita yang menggeleber akibat melahirkan anak akan menjadi rapat kembali dan tegang.
  • Penggunaan yang berterusan dan kerap akan mengembalikan warna pink sebenar di permukaan faraj.
  • Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
  • Merawat keputihan dan kegatalan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI