Jika dilihat pada raut wajah yang dimiliki, pasti ramai diantara kita yang tidak dapat meneka usia yang dimiliki oleh pemilik nama penuh Sasha binti Mohd Saidin atau lebih mesra disapa sebagai Sasha Saidin ini.
Punyai raut wajah kacukkan membuatkan ramai terkejut saat mengetahui bahawa Sasha kini sudah pun berusia 46 tahun. Mana tidaknya, dalam usia menghampiri 50an kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin ini juga amat pandai jaga badan dan penampilanya.
Ketika dihubungi Nona, Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita. Dalam nada merendah diri, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan yang diamalkanya.
Zahir Rasa Syukur Dikurnia Kesihatan & Rupa Paras Jelita
Ads
“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.
Ini Amalan Dan Petua Yang Masih Diamalkan Sasha Hingga Kini
Ads
Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikkan yang diamalkanya hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha!
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks. Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.
Ads
“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Tahun ini selebriti terkenal Indonesia iaitu Luna Maya genap berusia 40 tahun. Masih kelihatan muda remaja dan cantik, populariti Luna atau nama sebenarnya Luna Maya Sugeng tetap utuh dalam industri seni negara jiran.
Bersandarkan bakat dan wajah jelitanya, tidak hairanlah Luna sentiasa menjadi buruan penerbit filem dan syarikat kecantikan hingga ke hari ini.
Aktres jelita ini dilahirkan pada 26 Ogos 1983 dan kini menginjak usia 40 tahun. Dia mencipta nama di persada seni Indonesia sebagai model, pelakon dan personaliti televisyen.
Luna meraikan hari lahir ke-40 di Casablanca, Maghribi. Tidak cukup itu, figura popular tersebut turut menikmati pengalaman istimewa menaiki Shikishima Suites di Jepun.
Bukan sekadar menikmati perjalanan dalam kereta api laju mewah berkenaan bahkan Luna dihidang dengan sajian mewah China dan Jepun. Bertuah empunya diri.
Ogos juga menjadi bulan indah buat Luna kerana lakonannya dalam filem Suzzana Malam Jumat Kliwon mendapat sambutan hangat daripada penonton hingga tersenarai dalam Box Office Indonesia.
Dalam pada itu, timbul desas-desus mengatakan jelitawan ini sedang menjalin hubungan cinta bersama jejaka kacak Maxime Bouttier. Maxime merupakan pelakon Indonesia keturunan Perancis yang berusia 11 tahun lebih muda daripada Luna Maya.
Luna sebelum ini pernah menjadi juri jemputan bagi program popular Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2013.
9 Februari lepas genap 48 tahun usia Erra Fazira. Menghampiri umur 50 tahun namun keanggunan jelitawan ini tetap memikat pandangan peminat sampai sekarang. Mungkin juga kerana personaliti Erra yang suka tersenyum dan happy go lucky hingga jelas terpancar di raut wajah.
Sepanjang bekerjasama dengan selebriti ini, tak dinafikan Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek seorang yang mesra, ceria dan komited. Pendek kata, berurusan dengan Erra memang sangat menyenangkan!
Di samping sibuk dengan tawaran berlakon dan mengacara, aktres filem Maria Mariana ini tidak lupa untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Ada saja waktu terluang, pasti Erra akan pergi beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.
Menjengah media sosial Erra, ulang tahun kelahirannya baru-baru ini diraikan bersama kenalan rapat. Antaranya Chef Zam, pelakon Betty Benafe dan Tunku Hanis. Erra menerima kejutan daripada mereka ketika mengadakan sesi jualan koleksi tudung Heyrra by Erra Fazira secara live.
Rambang mata tengok koleksi terbaharu tudung Heyrra. Lebih menarik, setiap rekaan dinamakan sempena tajuk lagu-lagu popular dendangan Erra Fazira seperti Pertemuan, Hanya Di Mata, Ingin Tahu dan Ya atau Tidak.
Sementara itu, mengimbas kembali temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti kebanyakan pembaca-pembaca majalah NONA adalah mereka yang membesar menonton drama lipur lara atau telenovela yang mencipta fenomenanya sendiri sekitar awal tahun 20-an. Telenovela dari Sepanyol dan Mexico seperti Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanes, Rosalinda dan Rubi yang ditayangkan di TV3, RTM dan NTV7 suatu ketika antara telenovela popular yang cukup digemari.
Dilakonkan oleh barisan pelakon jelita lagi menawan seperti Gabriella Spanic, Scarlet Ortiz, Barbara Mori dan Thalia sudah pastinya wajah mereka kekal dirindui sehingga kini. Tidak lupa juga seorang lagi pelakon jelita terkenal yang pernah membintangi telenovela terkenal seperti Paloma, Cuando Seas Mia dan Catalina Y Sebastian, iaitu si cantik Silvia Navarro.
Lahir pada 14 September September 14, 1978 di Irapuato, Guanajuato; Silvia Navarro ialah pelakon Mexico yang memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1997 menerusi telenovela terkenal Perla. Sebelum itu, Silvia merupakan seorang model dan pernah membintangi beberapa buah iklan sejak dari usianya masih bayi.
Selepas Perla, Slivia mencipta kemasyuran membintangi telenovela terkenal di bawah rangkaian TV Mexico TV Azteca, dan kemudian untuk Televisa dan Telemundo seperti Quando Seas Mia, Catalina Y Sebastian dan lain-lain, sehingga pernah menggondol beberapa buah anugerah.
Selepas dari dua telenovela hit tersebut, populariti Silvia terus mencanak dan dia kemudiannya membintangi pelbagai projek, dan wajahnya juga terus menjadi perhatian jenama-jenama kosmetik terkenal. Kali terakhir Silvia berlakon adalah menerusi drama La Suerte De Loli pada tahun 2021.
Memiliki seramai 3.6 juta pengikut di Instagram, sudah pasti wajah Silvia menjadi dambaan ramai peminat yang membesar menonton telenovela dibintanginya. Dek parasnya, malah dilihat masih kekal awet muda di usia 44 tahun, Silvia kelihatan masih lagi jelita walaupun sudah memiliki seorang anak yang diberi nama León Casanova hasil perkahwinan bersama pelakon Gerardo Casanova, namun perhubungan selama 8 tahun mereka tidak kekal lama.
Jika dilihat di akaun Instagramnya, Silvia banyak menghabiskan masa bercuti dan menikmati kehidupan bersama anak dan teman rapatnya, malah Silvia juga masih lagi menjadi pilihan jurugambar untuk sesi pengambaran majalah serta jenama terkemuka seperti Garnier dan lain-lain.
Dan khabarnya juga Silvia dikatakan kini sedang dilamun cinta dengan buah hatinya, Flavio Medinal yang juga aktor terkenal di sana namun tidak dipastikan sejauh mana keseriusan perhubungan mereka. Semoga yang baik-baik saja buat Silvia!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!