1200x630 (20)

Siapa yang tak gembira apabila wang yang ‘dilaburkan’ untuk membeli produk kecantikan boleh membantu gadis seluruh dunia menyambung pendidikan di sekolah dan mungkin dapat membebaskan mereka dari kemiskinan keluarga. Clé de Peau Beauté, jenama kecantikan mewah antarabangsa bekerjasama dengan UNICEF untuk merealisasikan inisiatif ini.

IKLAN

SERUM Jadi Sumber Sokongan Pendidikan Gadis Seluruh Dunia, CLE DE PEAU BEAUTE Ambil Initiatif Derma Sebahagian Hasil Jualan

 

Clé de Peau Beauté bakal menderma sebahagian daripada hasil jualan global The Serum kepada UNICEF di mana ia akan disalurkan terus kepada pendidikan gadis di seluruh dunia bagi membongkar potensi mereka melalui Pendidikan.

Inisiatif yang bermula sejak Mei hingga Jun 2020 ini menjadi satu komitment syarikat untuk memainkan peranan proaktif untuk perubahan positif dalam isu sosial terutamanya dari segi pendidikan gadis seluruh dunia terutamanya di Bangladesh, Kygyzstan, Nigeria dan negara-negara lain.

 

 

IKLAN

“Menyingkap potensi setiap gadis melalui pendidikan menjadi matlamat utama Clé de Peau Beauté menjalin kerjasama dengan UNICEF, dan kami berbesar hati meneruskan kerjasama ini dengan meletakkan kuasa kepada pembeli.

Menerusi inisiatif ini, kita akan menggalakkan dan memperkasa wanita-wanita lain untuk menyertainya secara peribadi demi memberi pendidikan dan pemerkasaan kepada gadis seluruh dunia hanya dengan pembelian The Serum. Clé de Peau Beauté dibina berdasarkan satu kepercayaan; keserian wanita boleh mempengaruhi perubahan positif kepada dunia.”- Ms. Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Pejenamaan Clé de Peau Beauté.

IKLAN

SERUM Jadi Sumber Sokongan Pendidikan Gadis Seluruh Dunia, CLE DE PEAU BEAUTE Ambil Initiatif Derma Sebahagian Hasil Jualan

The Serum, ‘teman karib’ yang membantu memberikan wajah anda belaian manja yang diperlukan. Setiap olesan pada wajah meninggalkan kulit menjadi lebih lembut dan lembap. Ia mudah menembusi kulit, tanpa meninggalkan kesan melekit malah ia juga menampakkan kulit wajah yang gebu.

 

Langkah mudah untuk aplikasi The Serum sangat ringkas. Ikuti langkah di bawah:

  1. Oles pada wajah sebelum penggunaan Hydro Softening atau Hydro Clarifying Lotion, agar ia dapat diserap jauh ke dasar kulit.
  2. Hanya 3 pam serum pada tangan, oleskan dengan perlahan dan berikan lebih tumpuan pada kawasan bermasalah seperti kulit kering, tona tidak sekata dan kusam.
  3. Biarkan seketika sehingga serum benar-benar diserap kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI