September nanti genap usia empat tahun usia perkahwinan Zamani dan isteri tercinta, Nur Juliana Abdul Rani. Tak dinafikan sejak mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Slam tersebut nampak makin bahagia dan ceria.

IKLAN

Apatah lagi penyanyi lelaki ini kian pulih daripada masalah tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis.

Sejak menjalani pembedahan pada November tahun lalu, pelantun lagu Gerimis Mengundang ini mampu berdiri sempurna seperti sedia kala dan beransur baik.

Malah, dia juga dapat kembali aktif di pentas dan menerima undangan persembahan nyanyian di seluruh negara.

Masuk Tahun Ke-4 Jadi Isteri Zamani, Juliana Setia Di Sisi Waktu Susah & Senang!
Kredit Instagram @julie_zamanislam

Pastinya kecekalan Juliana yang setia berada di sisi suami tercinta pada waktu susah dan senang menjadi perhatian khalayak. Beruntung Zamani dikurniakan iteri yang baik dan
prihatin.

Ketika ulang tahun kelahiran suami tercinta yang ke-52 pada 25 Mei lalu, Juliana sempat meraikan hari lahir insan kesayangannya selepas selesai mengadakan persembahan di Pesta Orkid Dan Flora, Padang Serai, Kedah.

Kelihatan Zamani waktu itu terkejut dan tidak menyangka dengan kejutan istimewa Juliana yang membawa sebiji kek sambil naik ke atas pentas diiringi nyanyian hari lahir.

IKLAN

Masuk Tahun Ke-4 Jadi Isteri Zamani, Juliana Setia Di Sisi Waktu Susah & Senang!
Kredit Instagram @julie_zamanislam
Masuk Tahun Ke-4 Jadi Isteri Zamani, Juliana Setia Di Sisi Waktu Susah & Senang!
Kredit Instagram @julie_zamanislam
Masuk Tahun Ke-4 Jadi Isteri Zamani, Juliana Setia Di Sisi Waktu Susah & Senang!
Kredit Instagram @julie_zamanislam
Masuk Tahun Ke-4 Jadi Isteri Zamani, Juliana Setia Di Sisi Waktu Susah & Senang!
Kredit Instagram @julie_zamanislam

Pasangan romantis ini disatukan sebagai suami isteri pada 20 September 2019. Zamani sebelum ini pernah mendedahkan dia enggan memikirkan soal kahwin namun mengenang kesabaran dan kesungguhan Juliana, dia akhirnya nekad berkahwin dengan wanita berjiwa murni berkenaan.

IKLAN

Beberapa hari selepas bernikah, pasangan ini berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

Semoga rumah tangga dan ikatan suci yang terbina di antara pasangan ini terus mekar serta berkekalan hingga ke Jannah.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/bergaya-segak-sukses-usia-64-isteri-cantik-dato-jamal-abdillah-titip-ucapan-romantis-sempena-birthday/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI