Masuk Usia 50, Anggota Spice Girls GERI HORNER Dedah Hobi Berkuda Untuk Badan Lentik!

Baru saja melangkah ke usia 50 pada 6 Ogos, penampilan Geri Horner atau ‘Ginger Spice’ tetap awet muda di mata peminat. Wanita yang diibaratkan ‘kakak sulung’ di kalangan anggota Spice Girls itu akhirnya mendedahkan kebaikan menunggang kuda sebagai amalan mengekalkan bentuk badannya.

Memulakan harinya dengan aktiviti lasak, Geri yang merupakan isteri ketua pasukan Red Bull Racing Formula One iaitu Christian Horner, kebiasaannya bangun awal pagi untuk menunggang kuda sebelum memulakan aktiviti lain.

Menunggang kuda setiap hari merupakan cara paling mustajab buat bintang Spice Girls ini kekal sihat dan langsing.

Geri disamping suami dan tiga zuriat mereka – Bluebell, Olivia dan Monty

 

Kebahagiaan Mr & Mrs Horner

 

Peminat senaman yoga sejak tahun 2000 itu juga merupakan ibu anak tiga. Bluebell dan Olivia kedua-duanya merupakan anak daripada hasil perkahwinan masing-masing sebelum ini, serta anak lelaki mereka – Monty, lima tahun.

Selepas melahirkan Bluebell dan Monty, Geri beralih kepada aktiviti menunggang kuda bagi memastikan tubuhnya kembali fit. Beliau dikatakan memiliki banyak kuda di rumahnya yang terletak di Oxfordshire.

Bentuk badan Geri pada usia separuh abad jadi inspirasi

 

Bersama kuda kesayangan beliau

 

Hobi menunggang kuda mengeratkan perkahwinan mereka

 

BANYAK KUDA

Sukan berkuda sangat berfaedah untuk kesihatan antaranya menguatkan kekuatan teras otot dan tubuh badan secara fizikal. Ini sangat penting untuk mencegah kecederaan apabila usia makin meningkat.

Menunggang kuda juga tergolong dalam aktiviti ‘full-body workout’. Ia membantu meningkatkan kestabilan dan postur badan. Patutlah Geri nampak tegap dan berbadan lentik, hasil aktiviti berkuda rupanya!

Keseimbangan ini semakin penting apabila usia semakin meningkat. Bagi individu berusia 40-an ke atas, tubuh yang stabil memberi keyakinan dalam pergerakan badan. Ia juga melindungi tubuh dari kecederaan akibat terjatuh, yang mana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, menjadi punca kemalangan maut kedua tertinggi di seluruh dunia.

 

 

Selain itu, menunggang kuda juga menambah baik koordinasi badan, mengencangkan otot dan kekuatan badan. Yang pasti, Geri nampak lebih bahagia dan tenang kerana aktiviti sihat ini melibatkan ritma gerakan yang baik untuk mood seseorang.

Akhir sekali, tiada rahsia langsing menurut Geri kerana aktiviti menunggang kuda ini terbukti baik untuk membakar kalori dan menjaga berat badannya. Geri juga nampak lebih segar kerana setiap hari menghirup udara nyaman ketika menunggang kuda kesayangan!

Geri kekal cantik di usia 50

 

Seorang yang penyayang dan pencinta alam

 

Peminat setia Spice Girls pasti maklum tentang masalah kesihatan Geri sewaktu zaman kemuncak beliau. Beliau dikatakan mengalami bulimia akibat terlalu bimbang tentang penampilan dan berat badannya di depan peminat.

Tapi hasil bimbingan dan kematangannya, beliau berjaya mengatasi masalah kesihatan dan menjalani gaya sihat lebih aktif dan sihat. Semoga kisah Geri memberi manfaat kepada ramai wanita seusianya!

IKLAN
Share