Siapa yang tidak jatuh cinta dengan filem Ada Apa Dengan Cinta?, sebuah filem romantis Indonesia yang diterbitkan pada  2002 arahan Rudi Soedjarwo yang dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo.

MELLY GOESLAW Bakal Adakan Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’. Ramai  “Excited”  Nak Imbas Nostalgia Zaman Remaja!

IKLAN

Ia mencipta fenomen tersendiri walaupun filem tersebut tidak ditayangkan di pawagam tanahair, tetapi runut bunyi filem yang dihasilkan oleh Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed  mencipta fenomena yang tersendiri.

Bakal mengimbas kembali memori indah filem berkenaan, penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Melly Goeslaw, 48, bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia selepas 30 tahun berkarya di arena muzik sehingga namanya dijulang tinggi di nusantara.

MELLY GOESLAW Bakal Adakan Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’. Ramai  “Excited”  Nak Imbas Nostalgia Zaman Remaja!

Menurut Melly, Ada Apa Dengan Melly? bakal menyaksikan memori zaman remaja dikembalikan di pentas sulungnya pada 3 Februari 2023 akan datang.

“Konsert ini diberi nama Ada Apa Dengan Melly? kerana semuanya tentang Melly, sebagai komposer, penyanyi, pembuat runut bunyi filem, jadi semuanya akan dipersembahkan di sini.

“Untuk sebuah konsert ini saya perlu berjumpa dengan rakan dan penganjur yang mempunyai visi yang sama dengan saya. Apa yang saya inginkan harus diterjemahkan dengan baik oleh penganjurnya.

MELLY GOESLAW Bakal Adakan Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’. Ramai  “Excited”  Nak Imbas Nostalgia Zaman Remaja!

“Konsert ini sangat penting kerana tahun 2023 saya sudah 30 tahun berkarya jadi ini waktu yang tepat untuk saya berterima kasih pada pencinta muzik saya dan yang berikan inspirasi kepada saya,” kata Melly ketika ditemui pada sidang media Ada Apa Dengan Melly? di ibu kota baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai mengenai persiapan yang bakal dilakukan, Melly dan suaminya Anto Hoed memberitahu mereka akan melakukan latihan fizikal bagi mendapat kecerdasan pada malam penuh istimewa itu.

MELLY GOESLAW Bakal Adakan Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’. Ramai  “Excited”  Nak Imbas Nostalgia Zaman Remaja!

“Persiapan susunan muzik bagi persembahan adalah 30 peratus. Pada Januari kita akan adakan latihan intensif selama satu minggu setiap hari supaya menjelang konsert kita akan fit.

IKLAN

“Saya harus buat latihan fizikal kerana tahun depan usia saya dah cecah 49 tahun. Jadi untuk menyanyikan lebih 30 lagu tidak mudah seperti dahulu. Jadi ia lebih kepada latihan fizik. Saya memilih aktiviti  berjalan sahaja di atas treadmill,” ujarnya yang sudah sembuah sepenuhnya dari pembedahan bariatrik yang dilakukan baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Jika itu, Ada Apa Dengan Melly? bakal menyaksikan lebih 30 lagu akan dinyanyikan malah lagu-lagu ciptaannya juga turut dipersembahkan.

“Untuk konsert Ada Apa Dengan Melly?, bukan 30 lagu tetapi 30 track jadi satu track boleh terdiri daripada 3 lagu yang boleh di medley kan. Jadi mungkin lebih daripada 30 lagu nanti.

MELLY GOESLAW Bakal Adakan Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’. Ramai  “Excited”  Nak Imbas Nostalgia Zaman Remaja!

IKLAN

“Istimewanya, lagu-lagu ciptaan saya yang dibawa oleh orang akan dinyanyikan oleh saya sendiri. Insya-Allah, tak lebih daripada dua jam. Takut nanti bosan dan penat tetapi saya janjikan 2 jam yang sangat padat.

Memilih konsep kembali ke sekolah, Melly berharap peminat yang hadir akan turut serta menyarung seragam sekolah bagi mengembalikan nostalgia zaman remaja.

“Dalam kehidupan ini, salah satu hal paling cantik itu adalah memori dan acara paling menarik adalah reunion. Kerana saya mahu kembalikan zaman remaja.

“Filem Ada Apa Dengan Cinta dan Eifel I’m In Love adalah filem lagenda yang menjadi ikon percintaan remaja dan itu sangat menarik untuk dikenang kembali.

MELLY GOESLAW Bakal Adakan Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’. Ramai  “Excited”  Nak Imbas Nostalgia Zaman Remaja!

“Apabila kita memakai pakaian seragam sekolah, saya rasa kita semua setara,” jelasnya.

Konsert Ada Apa Dengan Melly? bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my bermula dengan harga RM288 sehingga RM1588 mulai 2 Disember jam 3 petang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI