Selain personaliti tempatan seperti Lufya dan Nurul Zahid, pendedahan terbaru penyanyi Indonesia iaitu Melly Goeslaw yang menjalani pembedahan bariatrik untuk mengawal berat badan menggamit perhatian ramai.

Pengalaman yang dinamakan ‘Melly Goeslaw Bariatric Journey’ itu sedikit sebanyak menerangkan proses serta prosedur yang dilalui terhadap pembedahan yang popular dikenali sebagai ‘potong usus’ tersebut.

Ads

Berusia 48 tahun, Melly Goeslaw memilih jalan pintas iaitu prosedur pembedahan memotong usus atau bariatrik demi mengurangkan berat badannya. Penghibur terkenal itu membuat pengakuan terbuka dalam beberapa kemas kininya di Instagram termasuk video yang memaparkan dirinya ketika rawatan.

Sesekali, terlihat wanita ini dipeluk oleh suami, Anto Hoed yang setia memberi kata-kata semangat.

‘Melly Goeslaw Bariatric Journey’ – Berat Badan Cecah 100kg, Baru Tahu Kelebihan ‘Potong Usus’ Begini Untuk Kurus
Suami Melly juga adalah pemuzik, penyanyi dan penulis lagu terkenal

 

‘Melly Goeslaw Bariatric Journey’ – Berat Badan Cecah 100kg, Baru Tahu Kelebihan ‘Potong Usus’ Begini Untuk Kurus
“Terima kasih my love selalu support dan mendampingiku”

 

“Bismillah aku mahu membagikan momen bahagiaku, salah satu langkah besar di hidupku, yang ternyata sangat menyenangkan.

“Aku melakukan bariatrik.” Melly Goeslaw

 

BARIATRIK DI MALAYSIA

Melalui carian di Internet, pembedahan bariatrik di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sleeve gastrectomy (kecilkan perut) dan pintasan usus (Rouxen Y gastric bypass). Masing-masing melibatkan kos RM29,000 dan RM35,000.

Tempoh pembedahan pula bergantung kepada jenis yang ingin dilakukan pesakit. Untuk kecilkan perut hanya 45 minit, manakala pintasan usus mengambil masa sekitar satu jam setengah.

Pembedahan mengecilkan saiz perut bertujuan mengehadkan kuantiti makanan yang masuk ke dalam perut dan membuang bahagian perut yang mengeluarkan hormon ghrelin yang merangsang selera makan. Selepas ghrelin dibuang, pesakit akan mengalami sekatan kalori, kurang rasa lapar dan cepat kenyang.

‘Melly Goeslaw Bariatric Journey’ – Berat Badan Cecah 100kg, Baru Tahu Kelebihan ‘Potong Usus’ Begini Untuk Kurus
Melly Goeslaw dahulu

 

‘Melly Goeslaw Bariatric Journey’ – Berat Badan Cecah 100kg, Baru Tahu Kelebihan ‘Potong Usus’ Begini Untuk Kurus
Melly Goeslaw memiliki sekitar 14.1 juta pengikut di Instagram

 

Ads

KEMBALI SIHAT

Hantaran yang dimuat naik kira-kira dua minggu lepas itu turut memaparkan journey Melly Goeslaw sebelum pembedahan dilakukan.

“Alhamdulillah berkat reda dan izin Allah SWT, dan pastinya doa dari semua teman-teman, pembedahan bariatrik aku berjalan lancar. Alhamdulillah aku ketemu dengan team doktor di ruang pembedahannya juga ramah-ramah semua, jadi sama sekali aku tidak tertekan.

Dan lucu banget selepas menonton video dengan suami, ternyata walaupun masih ada sisa-sisa biusnya sempat menjawab ‘lapar’.

Aku mengambil langkah bariatrik ini kerana meskipun setelah menjalani program diet dan turun lebih 25kg, aku tetap obese 35kg. Gula darahku juga jadi tinggi, nafsu makan membuak dan susah diturunkan.” Melly Goeslaw

 

Ads

Teruja tengok foto terkini Melly Goeslaw, sebenarnya kalau badan sihat kita akan nampak lebih awet muda. Tengok, macam tak percaya usia pelantun lagu ‘Ku Bahagia’ ni dah hampir cecah 50 tahun!

‘Melly Goeslaw Bariatric Journey’ – Berat Badan Cecah 100kg, Baru Tahu Kelebihan ‘Potong Usus’ Begini Untuk Kurus

 

‘Melly Goeslaw Bariatric Journey’ – Berat Badan Cecah 100kg, Baru Tahu Kelebihan ‘Potong Usus’ Begini Untuk Kurus
Melly berkongsi menu diet selepas pembedahan

 

Melly pernah mencapai berat badan melebihi 100 kilogram dan berjaya menurunkan 30 kilogram berat badan selepas melakukan senaman dan diet yang disarankan oleh pakar.

Tambahnya, selepas pembedahan beliau sudah kembali segar dan hanya boleh minum air putih, teh tawar dan susu Fresubin selama dua minggu. Tubuh badannya masih dalam tempoh pemulihan dan perlu beradaptasi dengan beberapa perubahan.

“Doakan aku bisa kuat ya. Langsing adalah impian setiap wanita tapi pada usia sekarang yang paling penting adalah kesihatan, masih produktif berkarya dan hidup bahagia dengan suami dan anak-anak.”

Tak sabar nak tunggu hasil pembedahan Melly Goeslaw. Beliau dijangka bakal berkongsikan pengalaman pembedahan bariatrik dan keputusan berat badan terkini tak lama lagi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI