Lain macam cara Bonda Rozita Ibrahim nak dapatkan tidur lena. Tapi tip yang dipraktikkan itu memang ada benarnya. Iyalah, bila badan sudah penat kerja seharian, secara automatik seseorang itu lebih mudah hendak tidur. Disifatkan seorang wanita berjiwa besar dan tak pernah berhenti menyuntik semangat inspirasi kepada masyarakat, ada saja ‘benda baru’ yang ingin diteroka Bonda Rozita.

IKLAN

Selepas kejayaan produk kosmetik dan kesihatannya diterima ramai, Pengasas Jamu Ratu Malaya ini tidak henti merancang lebih banyak peluang perniagaan yang tidak hanya memanfaatkan untuk diri sendiri tetapi juga orang sekeliling.

Dek kerana terlalu asyik dengan kerjaya, Bonda Rozita mendedahkan sikap workaholic yang ada dalam dirinya sangat membantu dari segi mental dan fizikal. Kongsinya, “Saya tak pernah rasa penat kerja. Memang saya cari penat hanya untuk dapat tidur yang lena. Kalau tak penat saya cepat layan sedih… lesu dan lemah minda. Tak suka otak lemau.”

“Memang Saya Cari PENAT Hanya Untuk Dapat TIDUR Lena,” Ini Cara BONDA ROZITA Elak ‘Otak Lemau’!

Tambahnya sambil berseloroh, “Siapa dapat pekerja macam saya memang untung besar company tu. Saya dulu kerja pun ligat macam-macam saya buat nak naikkan sale.

Patutlah rezeki Bonda Rozita tidak pernah ‘kering’. Ahli perniagaan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa mencari ruang dan peluang serta tidak takut mengalami risiko. Apa yang pasti, ciri-ciri tersebut memang ada dekat beliau.

Bertahun-tahun membiarkan mindanya ligat mencari kreativiti, beliau akhirnya sedar akan satu perkara. “Saya dah tua baru sedar dalam kepala saya ada penyakit atau saya panggil cacing ‘suka explore dan suka sahut cabaran’. Ada bagusnya dan ada tak bagusnya. Saya jalan dan kerja semua cepat. Susah nak follow cara saya. Saya siap pesan pada staff, tegur saya tarik handbreak biar saya tak laju sangat! Tak semua orang boleh ikut cara saya kerja.”

“Memang Saya Cari PENAT Hanya Untuk Dapat TIDUR Lena,” Ini Cara BONDA ROZITA Elak ‘Otak Lemau’!

IKLAN

Dah macam cara orang Jepun bekerja pun ada Bonda Rozita ni. Pendek kata, semua benda hendak buat cepat sampai jalan pun laju. Jadi tak hairanlah kenapa orang seperti beliau boleh maju. Mereka enggan ketinggalan dan selalu kejar masa.

Moga suatu hari nanti pun, kita semua dapat berjaya dan mengutip tip kejayaan Bonda Rozita untuk dijadikan panduan mengejar sebuah impian.

 

IKLAN

Kredit: Instagram Bonda Rozita Ibrahim

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI