Memasuki tahun baharu 2019, pastinya ramai wanita ingin tampil bergaya daripada tahun sebelumnya. Trend fesyen minimalis kini mula mendapat sambutan hangat oleh pencinta fesyen. Minimalis bukan hanya pilihan gaya hidup, ia juga boleh menjadi gaya peribadi seseorang dalam cara mereka berpakaian dan mengenakan aksesori. Siapa kata gaya ringkas tidak boleh menarik perhatian? Kalau bijak mengadun warna dan menambah aksesori, gaya ringkas akan lebih menyerlah berbanding busana yang sarat perincian. Ciri-ciri inilah yang dicari oleh kebanyakan wanita yang mahu tampil dengan gaya sederhana tetapi menarik. Malah ramai yang mahu konsep minimalis untuk gaya harian bagi memudahkan pergerakan dan boleh disesuaikan dengan setiap keadaan.

1. PEMILIHAN RONA

IKLAN

Memasuki Tahun 2019, Trend Feysen Ringkas & Minimalis Bakal Jadi Pilihan!

Warna pakaian yang selalu digunakan dalam penggayaan minimalis ialah warna neutral seperti hitam, coklat, navy atau khaki. Anda boleh menggunakan warna-warna neutral yang lain mengikut kesukaan masing-masing. Ton warna juga memain peranan dalam pemilihan warna gaya minimalis. Pilih beberapa rona yang anda rasa sesuai dengan diri anda dan melengkapkan asas anda. Warna pastel ialah warna popular bagi peminat gaya minimalis dan ia juga warna yang sesuai dengan konsep minimalis.

2. AKSESORI

Memasuki Tahun 2019, Trend Feysen Ringkas & Minimalis Bakal Jadi Pilihan!

Hadkan aksesori kepada satu rona. Ianya bermaksud tidak memerlukan kasut dan beg tangan dalam pelbagai warna. Hanya perlu simple dalam penggayaan dan tidak serabut dengan pelbagai rona lain. Anda juga dinasihatkan agar tidak mengenakan aksesori yang terlalu banyak. Cukup sekadar 2 atau 3 aksesori sahaja. Sebagai contoh, gayakan kasut tumit tinggi anda bersama beg tangan.

3. MUSIM DAN CUACA

Memasuki Tahun 2019, Trend Feysen Ringkas & Minimalis Bakal Jadi Pilihan!

Sesuaikan pakaian mengikut keadaan cuaca dan musim. Jika di Malaysia, cuaca yang panas dan lembab sesuai memakai pakaian yang nipis dan sederhana. Antara fabrik yang sesuai dipakai ialah cotton, sifon dan linen. Tidak seperti negara lain yang mempunyai empat musim. Mereka mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ketebalan kain pakaian mengikut musim. Contohnya seperti sweater, hoodie dan jaket yang biasanya dipakai ketika musim hujan dan berada di tempat yang agak dingin.

4. MIX & MATCH

Memasuki Tahun 2019, Trend Feysen Ringkas & Minimalis Bakal Jadi Pilihan!

IKLAN

Suai dan padankan! Anda boleh memadankan baju, seluar, skirt dan pelbagai jenis pakaian yang anda gemari mengikut gaya tersendiri. Anda juga boleh mengikut stail yang menjadi trend terkini dan moden namun pastikan ia tidak berlebihan. Jangan takut untuk menyuai padan pakaian yang sedia ada untuk tampil lebih trendy. Pakaian lama di dalam wardrobe boleh menjadi cantik jika anda bijak mix & match.

5. DRESS UP & DRESS DOWN

Memasuki Tahun 2019, Trend Feysen Ringkas & Minimalis Bakal Jadi Pilihan!

Pemakaian minimalis boleh dikatakan seperti gabungan kasual dan formal. Boleh dipakai untuk formal dan kasual mengikut kesesuaian pilihan stail dan pakaian itu sendiri. Dengan penambahan sedikit aksesori seperti jam tangan, gelang, rantai, cincin dan pelbagai lagi untuk digayakan, pasti penampilan anda tampil lebih memukau.

IKLAN

6. PILIH GAYA KLASIK

Memasuki Tahun 2019, Trend Feysen Ringkas & Minimalis Bakal Jadi Pilihan!

Elak daripada memakai pakaian yang terlalu bergaya atau terlampau menarik perhatian orang ramai. Sebaiknya pakai pakaian yang mengikut peralihan gaya klasik yang memberi gaya simple dan selesa namun tetap anggun.Pemilihan gaya klasik juga bersifat evergreen dan tidak lapuk ditelan zaman. Tentunya ia sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja. Sebagai contoh, anda boleh memilih corak stripes yang terdiri daripada rona-rona neutral untuk dijadikan pilihan.

7. SESUAIKAN DENGAN SAIZ TUBUH BADAN

Memasuki Tahun 2019, Trend Feysen Ringkas & Minimalis Bakal Jadi Pilihan!

Apabila berkaitan dengan saiz tubuh, anda perlulah peka dalam memilih saiz yang betul-betul sesuai dengan saiz badan anda. Jika pakaian yang anda inginkan tidak mempunyai saiz yang sesuai, jangan paksa diri untuk memakainya. Ia akan kelihatan selekeh dan membuatkan anda berasa tidak selesa. Sebaiknya, pilih pakaian yang nampak kemas di tubuh badan anda. Elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu ketat dan terlalu longgar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI