Jantung Kuala Lumpur sentiasa berdegup dengan seribu impian dan cita-cita. Terutamanya di lokasi Golden Triangle, atmosfera gaya hidup urban dengan pusat membeli-belah, hiburan dan perniagaannya menjadi tarikan warga kota.

Selepas berbulan-bulan kita terperuk di rumah untuk merendahkan lengkung jangkitan COVID-19, kini tiba masanya untuk memulihkan semangat yang hilang. Almaklumlah ramai yang masih takut-takut nak keluar, bimbang penyakit berjangkit menular semula.

IKLAN

Paranoid ke tempat awam? Majoriti mesti jawab, ya. Jadi untuk mengatasi perasaan tersebut, cuba ikut lima terapi norma baru ni. Takkanlah sampai bila-bila kita nak jadi caveman… Selagi SOP KKM dipatuhi, pakai pelitup muka, kerap cuci dan sanitasi tangan serta amal penjarakan sosial, insyaAllah selamat.

Sekadar idea dan pandangan peribadi penulis, lima terapi ni dijamin berkesan untuk menyuntiki keberanian diri selepas pandemik COVID-19. Mudah dan terjangkau, cubalah!

(1) Menginap Di Pohon Beringin

Apa, pohon beringin? Banyan Tree atau pohon beringin merupakan sebuah pohon berkayu keras, rimbun dan banyak terdapat di Asia. Rantaian hotel dan resort mewah di bawah Banyan Tree kini berkembang pesat, termasuk yang baru di Kuala Lumpur ini.

Meskipun tidak semua fasiliti beroperasi sejak dibuka semula pada 1 Jun lepas, tapi anda masih boleh beristirahat melihat panorama horizon Kuala Lumpur dari setiap sudut hotel. Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Menara TRX… Semuanya tergambar jelas di depan mata. Tarik nafas, hembus. Bliss!

Kedatangan tetamu sentiasa disambut dengan mesra, bayangkan ruang menyambut tetamu yang elegan bertatahkan lantai marmar dan perabot rona tanah. Aduh, sangat menenangkan.

(2) Menjamu Selera Di Restoran Tertinggi

Bayangkan di hotel yang sama, anda boleh menghirup udara segar dan menikmati bayu malam di rooftop. Ya, Banyan Tree Kuala Lumpur mempunyai rooftop bar tertinggi di Malaysia iaitu Vertigo dan juga restoran Horizon Grill untuk sajian makanan laut yang enak.

Tentu bertenaga semula dapat menjamu selera berlatarkan backdrop langit Kuala Lumpur yang indah. Menghirup minuman air kisar buah-buahan sambil mengimbau semula cita-cita yang belum kesampaian, tentu tak sabar nak mengejarnya!

(3) Berjoging Di Taman KLCC

Tidak jauh daripada sini, sarungkan sepatu sukan dan berjoginglah mengelilingi trek Taman KLCC. Mengeluarkan peluh adalah salah satu cara melepaskan stres dan ketakutan. Cuma setengah jam sudah memadai, asalkan bukan beriadah secara berkumpulan. Face mask pun tak perlu pakai ya.

(4) Shopping Beg Tangan Idaman

IKLAN

Wanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. Dari Banyan Tree Kuala Lumpur, terdapat satu laluan berhawa dingin yang menyambung ke pusat membeli-belah Pavilion Mall Kuala Lumpur.

Ambil laluan ini dan berkunjunglah ke butik-butik rumah fesyen antarabangsa yang berdekatan. Butik Hermes, Ferragamo, Aigner, Dior dan sebagainya hanya terletak di sekeliling Bukit Bintang. Inilah masa terbaik mendapatkan beg tangan dalam rona-rona yang eksklusif.

Terdapat juga stesen MRT dan monorel berdekatan. Anda boleh mengambil pengangkutan awam untuk membeli-belah di Suria KLCC, Avenue K atau The Gardens Mall.

(5) Beradu Di Kamar Indah

IKLAN

Masih menekankan elemen serius dengan dinding polos rona korporat, mood mewah mula tercipta apabila anda merebahkan badan di atas katil empuknya di kamar penginapan.

Terdapat juga kamar mandi dengan ciri-ciri spa, umpamanya tab mandi gergasi berbentuk bujur telur, paip pancuran hujan dengan cahaya LED yang boleh diubah untuk fungsi berbeza.

What a life! Tentu selepas menginap semalam dua di sini, semangat kita untuk bekerja lebih kuat dan kreatif akan kembali semula. Cara yang perlahan tapi berkesan untuk kembali bersosial dan believe in yourself selepas musim COVID-19.

PERCUTIAN SELAMAT

Demi memastikan suasana kembali bercuti yang selamat untuk tetamu Banyan Tree, sebuah program SafeSanctuary telah dilancarkan. Bermula Jun 2020, pengurusan hotel mengambil tiga langkah kerja iaitu Protect, Provide and Prevent.

Antara protokol am yang mesti dipatuhi untuk menginap di hotel ialah:

  • Semua urusan daftar masuk, daftar keluar dan pembayaran dilakukan secara contactless.
  • Menukar penggunaan napkin atau tuala kain dengan tisu basah dan napkin kertas pakai buang.
  • Guna cecair pembasmi kuman yang disediakan di semua tempat utama.
  • Setiap tetamu disediakan sanitiser dan pelitup muka individu.
  • Pemeriksaan suhu badan dan deklarasi kesihatan diperlukan daripada semua tetamu atau associates yang datang.
  • Mengamalkan penjarakan sosial di kawasan awam.
  • Meningkatkan tahap kebersihan hotel dengan membuat disinfeksi menyeluruh di kawasan yang kerap disentuh tetamu hotel.
  • Kawasan awam di dalam hotel akan dibersihkan setiap jam dengan disinfektan yang diperakui badan EPA.
  • Sajian a la carte ditawarkan semula dengan standard keselamatan makanan yang tinggi.
  • Penyediaan meja (table setup) hanya dibuat selepas ketibaan tetamu untuk mengelakkan pencemaran.

Untuk lebih maklumat tentang protokol penginapan hotel, klik di sini.