Ibu kepada seorang anak ini anggun menyarungkan dress rekaan pereka fesyen tersohor negara, Rizman Ruzaini.
Bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang merupakan cucu Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan ke-10, mendorong Sarimah agar sentiasa kelihatan anggun dan elegan.
Hasil perkahwinan sejak 10 tahun lalu, Che Puan Sarimah dan suami dikurniakan seorang puteri yang sangat comel iaitu Tunku Sofia Najihah yang kini berusia enam tahun.
Ads
Menurut Che Puan Sarimah, beliau memang suka bersenam sejak dari zaman dirinya aktif karate.
“Lapan tahun saya buat karate sampai tahap dapat tali pinggang hitam dan jadi instructor tapi tak pernah mengajar sebab tiada masa.
“Tiada istilah diet bagi saya sebab tak perlu kalau kita pandai jaga makan. Makan kerap tapi sedikit.
“Banyak minum air kosong jangan air gula, tidur paling kurang enam jam dan sentiasa bergerak. Jangan duduk lama-lama nanti sakit belakang.
“Berat badan saya pernah cecah 73kg semasa hamil. Paling kurus 58kg. Kalau kurang lagi dari tu saya akan nampak macam sakit. Yang penting bukan berat tapi komposisi badan kita sepenuhnya.”
Ads
Kekal Bahagia
Tahun ini genaplah usia perkahwinan Che Puan Sarimah dan suami yang ke-10 tahun.
Beliau berpendapat, untuk menjaga kebahagiaan rumahtangga kita haruslah menjaga diri sendiri. Jika mental dan fizikal tidak sihat, sukar untuk menjaga orang lain.
“Takut jadi overload, burnout.
“Maka, pentingnya kita menjaga kesihatan mental, fizikal dan sentiasa buat checkup sebelum terlambat. Mencegah lebih baik daripada merawat.”
Pesan Che Puan Sarimah lagi, jangan tunggu bila ada masalah baru hendak berjumpa doktor. Badan, minda dan emosi haruslah dijaga.
Ads
“Selalunya ibu-ibu ni terlalu penat dari segi emosi, bukannya badan.
“Cukup tahu yang kita cantik dan telah melahirkan anak kerana itu adalah satu pencapaian yang paling besar bagi seorang wanita.
“Jangan terlalu pressure diri. Nanti lagi susah nak jaga badan, minda dan emosi kita.”
Che Puan Sarimah turut berpesan kepada seluruh wanita agar sentiasa bangga dengan diri sendiri dan apa yang kita capai.
Ambil masa untuk diri sendiri walaupun hanya 10 minit atau sejam dalam sehari.
“Bersenam secukupnya. Sebelum menjaga orang lain pastikan jaga diri kita dulu. Kalau tak, penat nanti.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiba-tiba perasan semua mata memandang. Oh malunya! Wajah berkilat dan berminyak umpama dilumur minyak menggoreng ikan. Rasa rendah diri dan tidak yakin terus menerpa. Apakah yang perlu dilakukan?
Sebenarnya semua orang mempunyai kulit yang berminyak cuma yang membezakan sedikit atau banyak. Ini kerana kulit menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu. Bahaya luar ini boleh menerobos masuk ke dalam pori-pori kulit yang menjadi pemangkin pertumbuhan jerawat.
Selain itu, minyak pada kulit berfungsi sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal. Namun, jika minyak di bawah kulit berlebihan mewujudkan masalah baru dan mencacatkan penampilan.
PUNCA UTAMA
(a) Makanan berlemak
Makanan yang mengandungi lemak jika diambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit. Lemak di bawah kulit ini merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit berminyak.
(b) Hormon tidak seimbang
Wanita mengalami perubahan hormon dalam hidupnya seperti ketika menstruasi, hamil dan menopaus. Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit.
(c) Salah pilih kosmetik
Alat kosmetik mengandungi bahan kimia dan sebagai wanita perlu berhati-hati memilih kosmetik. Jika kosmetik tersebut tidak sesuai dengan kulit boleh menyebabkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah sensitif.
(d) Genetik
Cuba perhatikan wajah kedua ibu bapa dan adik- beradik yang lain. Jika kebanyakan daripada mereka memiliki wajah yang berminyak ini bermakna faktor keturunan. Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.
(e) Ubat-ubatan
Jika anda berada dalam pemantauan doktor dan perlu makan ubat-ubatan, kulit berminyak mungkin datang daripada pengambilan ubat-ubatan ini.
(f) Stres
Sebagai tindak balas terhadap stres, tubuh menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah nampak berkilau dari jauh. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sekian banyak panduan untuk membasmi risiko jangkitan virus corona COVID-19, ada satu saranan penting untuk wanita yang menggemari kecantikan. Hindari penggunaan kanta lekap dan gantikan dengan pemakaian kaca mata.
Selain arahan duduk di rumah dan elakkan berhimpun di tempat awam, kita juga diingatkan berkali-kali supaya jangan menyentuh muka, terutamanya mata, hidung dan mulut. Ini bermakna, pengguna kanta lekap juga perlu menghentikan kebiasaannya kerana penggunaan tangan meningkatkan risiko infeksi virus COVID-19.
Menurut Dr. Sonal Tulis dari Akademi Oftalmologi Amerika dalam temu bualnya dengan The Sun, “Gantikan pemakaian kanta lekap dengan kaca mata untuk mengurangkan iritasi dan menghindari tangan daripada menyentuh mata.”
Tambahnya, pemakaian kaca mata juga boleh memberikan perlindungan tambahan apabila seseorang yang telah terjangkit virus, bersin atau batuk. Ia melindungi mata kita daripada terkontaminasi titisan cecair pernafasan yang keluar.
Walau bagaimanapun, ia hanya memberikan perlindungan yang minima kerana sebaik-baik langkah pencegahan ialah menjaga jarak sosial, kerap membasuh tangan atau memakai hand sanitizer.
Seorang pakar pernafasan di China, Wang Guangfa mendakwa, beliau mendapati dirinya dijangkiti virus corona dari seorang pesakit melalui mata ketika bertugas di klinik. Saat itu matanya mulai meradang diikuti pelbagai gejala lain, sebelum ujian diagnosis mengesahkan beliau terinfeksi COVID-19.
Pakar tersebut mengakui tidak memakai kaca mata pelindung untuk menghindari penularan virus melalui mata. Pun begitu, ramai pakar perubatan lain mengatakan bahawa penularan virus melalui mata cukup rendah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, gunakan waktu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk merehatkan mata tanpa pemakaian kanta lekap. Dengan ini, kesihatan mata juga lebih terjaga dalam persekitaran sihat tanpa melihat skrin komputer terlalu lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki tidak pernah salah alamat. Kemenangan Tina Aziz yang dinobat sebagai Naib Juara Ratu Hijabista membuka peluang besar buatnya untuk mengembangkan bakat dan kerjaya impian. Jelas Tina atau nama sebenarnya Qistina Sofia Abdul Aziz, biarpun menyandang tempat kedua di pentas program Ratu Hijabista namun ia cukup bermakna buat dirinya.
Mengimbas kembali detik manis itu, gadis berusia 26 tahun ini bersyukur platform Ratu Hijabista membuka pelbagai peluang untuk dia mengembangkan bakat. “Pengajaran yang paling besar Tina pelajari adalah jika nak berjaya, mestilah versatil dan tak takut untuk mencuba perkara baharu.
Sebab dalam bidang pekerjaan juga akan berlaku perkara yang sama. You will not be in your comfort zone. Tina juga dapat rasakan sebagai anak, kita jangan ambil mudah pengorbanan ibu bapa kerana dari pertandingan itulah Tina sedar betapa ibu bapa mengorbankan masa tenaga untuk anak berjaya.”
Kredit Instagram @tinazizKredit Instagram @tinazizKredit Instagram @tinaziz
Sejurus tamat program Ratu Hijabista, Tina bertugas dalam bidang perundangan dan kini berkhidmat sebagai peguam korporat di syarikat oil and gas. Dalam masa sama, graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Undang-Undang ini juga bergelar model komersial dan menceburi dunia peragaan pada masa lapang.
Ditanya individu yang menjadi sumber inspirasi untuk berjaya, ini jawapan jujur Tina. “My mom. I know this sounds cliche tapi ibu saya seorang yang penyayang, penyabar dan happy go lucky.
Kredit Instagram @tinazizKredit Instagram @tinazizKredit Instagram @tinaziz
Semakin saya berusia, semakin saya look up to my mom sebab dia sangat pemurah dan sungguh mudah disayangi ramai. Sifatnya mulia dan Tina berharap menjadi seorang ibu dan isteri begitu juga.
Dalam masa lima tahun akan datang, Tina harap agar impian untuk belikan ibu bapa sebuah rumah dapat dicapai. Begitu juga kerjaya yang semakin berkembang dan kalau ada rezeki, ingin bekerja di luar negara.
Apa-apa pun, impian utama saya adalah menggembirakan hati ibu dan ayah sementara mereka masih ada. Ajal dan maut semua perancangan Tuhan, walaupun Tina takkan dapat balas semua jasa mereka, I want to make the most out of it,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.