Fabrik memainkan peranan penting untuk memastikan pakaian yang dipilih selesa saat ia dipakai. Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan ini. Pemilihan fabrik yang tepat perlu ditiitikberatkan agar anda berasa selesa sepanjang hari.
IKLAN
Ada di antara kita mengalami dehydration yang teruk semasa berpuasa, jadi bagaimana untuk kurangkan masalah dehydration ni? salah satu cara ialah dengan pemilihan material fabrik yang betul untuk dipakai sepanjang bulan Ramadhan ini. Nak tahu fabrik apa yang dimaksudkan? Jom Nona kongsikan 5 fabrik yang sesuai dipakai di bulan Ramadhan!
1. FABRIK COTTON
Fabrik mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim iaitu Cotton Fabric/Kain Kapas. Pada musim panas kain kapas ni mampu menyejukkan badan dan menyerap peluh dengan mudah dan ia memberikan rasa hangat jika dipakai pada musim sejuk. Jadi memang sesuailah untuk dipakai sepanjang bulan Ramadhan disebabkan fabriknya yang tidak panas dan si pemakai akan lebih selesa sepanjang berpuasa.
2. FABRIK SUTERA
Kain sutera dikenali sebagai kain semula jadi yang paling kuat di dunia. Terkenal dengan kelembutan, berkilau, cantik dan berpenampilan mewah, kain sutera adalah salah satu gred fabrik yang tinggi memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam semua jenis cuaca. Menyejukkan tubuh pada musim panas dan menghangatkan di musim sejuk.
3. SIFON
IKLAN
Rasanya ramai yang kenal kan dengan fabrik jenis chiffon ini. Kebanyakannya digunakan untuk gaun pengantin dan baju kurung moden serta juga muncul dalam pakaian malam, gaun prom, dan tudung. Sifon ni sangat selesa dan tak panas sebab kainnya yang nipis. Sifon boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti sutera, poliester, atau rayon.
4. AKRILIK
IKLAN
Kain akrilik juga boleh dirujuk sebagai bulu tiruan. Kegunaan utama kain akrilik adalah sebagai t-shirt. Kain akrilik ini terkenal dengan memberi keselesaan buat si pemakai. Akrilik juga tidak pudar dalam tempoh yang lama.
5. FABRIK CREPE
Sejenis kain yang nipis dan lembut dengan permukaan yang bergerutu, ia mudah digosok dan tidak mudah berkedut. Kain crepe ini bersifat jatuh , senang untuk dibentuk, selesa dan tidak panas. Tidak peliklah ramai yang memilih fabrik ini untuk dijadikan baju.
Berada di dalam penerbangan adalah perkara yang disukai oleh ramai orang, akan tetapi untuk berada di tempat duduk dengan memakai tali pinggang keledar sehingga anda tiba ke tempat yang dituju, ia sudah pasti bukan suatu situasi yang selesa. Oleh sebab itu, anda haruslah memakai pakaian yang paling selesa apabila berada di dalam perjalanan untuk mendapatkan pengalaman yang lebih baik. Mari ikuti tip fesyen untuk berasa selesa dan bergaya semasa dalam penerbangan.
1. ELAK MEMAKAI PAKAIAN YANG TERLALU KETAT
Anda digalakkan untuk memilih pakaian yang agak longgar untuk memastikan anda selesa dan senang untuk bergerak. Pakaian-pakaian ini tidak perlulah kelihatan terlalu besar. Satu langkah yang boleh diambil untuk menguji kesesuaiannya ialah mencuba pakaian yang dipilih itu, dan bayangkan anda sedang duduk di dalam penerbangan. Jika anda berasa selesa, anda boleh terus memakainya.
2. MENGENAKAN PAKAIAN YANG RINGKAS
Pilihlah pakaian yang ringkas agar anda berasa lebih selesa dan memudahkan pergerakan anda. Pakaian yang ringkas tanpa perhiasan dan sehelai seluar paling selesa yang anda miliki dapat memberi keselesaan yang tiada tara. Ini merupakan pilihan yang sesuai dan amat bijak sebagai pakaian semasa dalam penerbangan.
3. PILIHAN AKSESORI
Pilihlah aksesori yang senang ditanggalkan dan cuba untuk hanya memakai aksesori yang berguna seperti jam tangan. Lupakan tentang trend memakai barang kemas untuk sementara waktu. Anda boleh berbuat demikian setelah sampai di tempat yang dituju. Untuk tempoh penerbangan, pakailah aksesori seminima yang mungkin.
4.PILIH RONA-RONA YANG NEUTRAL
Gabungan rona neutral yang elegan dan bergaya kelihatan lebih cantik berbanding warna-warna terang dan berani. Lebih-lebih lagi apabila anda tidak mempunyai ekspresi gembira untuk dipadankan dengannya akibat tempoh penerbangan yang sangat panjang. Pilihlah warna neutral apabila anda berada dalam penerbangan kerana rona ini adalah lebih mudah untuk dipadankan dan tidak terlalu menonjol.
5. KENAKAN BEBERAPA LAPISAN
Pastikan anda mengenakan beberapa lapisan di atas pakaian anda kerana suhu di dalam penerbangan boleh menjadi sangat sejuk. Anda tidak disarankan untuk memakai baju panas yang tebal dan besar kerana anda mungkin menuju ke destinasi yang mempunyai cuaca yang panas. Dengan mengenakan lapisan lain di atas pakaian anda, anda boleh menanggalkannya dengan mudah.
Fasa kedewasaan banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Pada usia lewat 20-an, Daiyan Trisha antara selebriti cantik yang tidak terkecuali… diuji putus cinta. Lebih mengesankan, pandemik COVID-19 memburukkan keadaan seolah mencurahkan minyak ke dalam api.
Berusia 29 tahun, gadis asal Bangi bergelar pelakon, penyanyi dan model itu melahirkan rasa kecewanya sebaik putus cinta melalui single terbaharu, Penat.
Di sebalik wajah yang mempesona, tersimpan bakat menulis dan menggubah lagu yang cukup hebat dalam diri Daiyan Trisha. Orangnya kreatif, juga ekspresif dalam satu masa!
Lagu Penat dicipta sepenuhnya oleh Daiyan, menceritakan tentang kisah putus cinta yang dilalui. Bagi pendengar, memang terasa ‘kepenatan’ yang amat dalam kerana Daiyan berjaya membuai emosi dari susunan lirik Penat yang indah.
Tak percaya? Jom dengar sendiri lagu baru Daiyan Trisha ni…
Penat memberi makna cukup mendalam buat Daiyan Trisha kerana ia turut membawa emosi jujur yang dirasai ketika menulis lagu yang mengambil masa satu jam untuk dihasilkan itu.
“Apabila kita dihadapkan dengan emosi yang terlampau dalam dan berat, kita hanya mampu bersendiri dan menangis sambil berbisik, aku penat.
Bukan sahaja dalam soal putus cinta, tetapi juga merangkumi kepenatan kita terhadap perkara-perkara lain dalam kehidupan sehingga kita rasa begitu beremosi.
Saya percaya ramai orang merasakan perkara sama dan hubungkan dengan apa yang mereka lalui.” Daiyan Trisha
MIMPI
Sebagai anak kepada novelis terkenal, Samsiah Mohd Noh, tidak hairanlah jika Daiyan mewarisi bakat menulis ibunya melalui penulisan lirik.
Selain menterjemahkan rasa Penat dengan baik, penampilan Daiyan dalam koleksi terbaharu Alia B Raya 2022 Collection – ‘Dreams’ juga membuat ramai terpegun.
Sama seperti Daiyan, pereka fesyen Alia Bastamam turut menzahirkan emosi yang sama dalam karya fesyen ini sepanjang ‘terkurung’ hidup dengan pandemik.
“Dalam 2 tahun pandemik, saya perlu mencari ketenangan dalam diri saya, dan ia dizahirkan semasa mencipta koleksi ini.
Alia Bastamam
Saya menemui sesuatu untuk menggambarkan harapan dan impian dengan indah, sesuatu untuk dikongsi dengan gadis-gadis ALIA B.
Jadi saya menamakan koleksi ini sebagai ‘Dreams’…” Alia Bastamam
‘Dreams’ atau mimpi terdiri daripada 18 looks raya yang dipersembahkan baru-baru ini. Selebriti Daiyan Trisha dan adik Neelofa iaitu Ameera Khan telah dipilih menjadi wajah eksklusif pilihan Alia Bastamam.
Seperti terapung-apung di awan, gaya Daiyan Trisha menyerlahkan mimpi yang bisa menjadi kenyataan. Cantiknya!
Alia Bastamam juga turut melancarkan koleksi Alia Bastamam Eid 2022 yang lebih mewah dan elegan sempena musim perayaan tahun ini.
Jom tonton video eksklusif ketika Nona berkunjung ke butik Alia semalam…
Bila menyebut jenama BONIA, pasti ia begitu dekat di hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, cuba bongkar koleksi tas tangan milik ibu anda di dalam almari. Pasti terselit jenama BONIA sebagai tas tangan pilihan untuk digayakan ke tempat kerja.
Koleksi Caramello Pada tahun 1980-an
Ya, jenama BONIA begitu sinonim untuk penulis memandangkan arwah ibu, seorang kakitangan kerajaan mempunyai beberapa koleksi tas tangan BONIA di dalam koleksinya. Sehingga ke hari ini, tas tangan tersebut masih kami simpan rapi sebagai memonto serta kenang-kenangan ‘membesar’ bersama jenama tas tangan kegemaran ibu.
Pembuatan yang teliti menjadi aspirasi
Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, setiap koleksi BONIA menampilkan hasil kerja tangan yang halus serta mengetengahkan rekaan kontemporari mengikut peredaran masa. Selama hampir 46 tahun, jenama ini terus menghasilkan rekaan yang memenuhi citarasa pengguna dengan mengekalkan gaya yang everlasting, namun masih moden dan penuh citarasa tersendiri.
Koleksi dan logo baharu menjengah pasaran
Baru-baru ini, BONIA memperkenalkan logo terbaharu mereka dikenali sebagai Neu B yang dihasilkan dengan gabungan koleksi kontemporari dinamik yang membawa revolusi terbaharu jenama tersebut menuju masa hadapan yang lebih gemilang.
Setelah empat dekad dalam industri fesyen serta melakar pelbagai sejarah, jenama yang bermula dengan pelbagai barangan berasaskan kulit ini kini lebih dikenali sebagai jenama gaya hidup yang kontemporari.
Edisi terhad sempena ulangtahun ke 40 tahun cukup eksklusif!
Jatuh cinta dengan logo terbaharu BONIA iaitu ‘neu-B’ kerana ia sekaligus melambangkan kematangan jenama tempatan itu dalam menyelusuri arus kemodenan. Malah, ia turut memberi penghargaan melalui rasa cinta pengasas jenama BONIA terhadap Italy di mana era renaissance dan historical sculptor Giambalogna menjadi antara sumber inspirasi.
Malah jenama fesyen tempatan ini melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan koleksi yang menawan dan memenuhi citarasa moden iaitu Neu Romantic.
Gabungan logo baharu dan koleksi terkini ini membawa jenama lebih dikenali tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan sejarah kegemilangan pembuatannya yang teliti dan halus.
Koleksi Neu Romantic bukan sahaja mempunyai pelbagai koleksi menarik untuk wanita, malah ia turut memberi tumpuan terhadap kaum lelaki yang gemar berfesyen. Istimewa untuk wanita, ia menampilkan empat siri untuk dijadikan pilihan iaitu Miley, Samothrace, Dravmo dan Meghan. Koleksi Miley direka untuk memenuhi gaya formal dan kasual, Samothrace pula menampilkan rekaan tote bag diinspirasi dari Winged Victory of Samothrace.
Sementara itu, koleksi Dravmo menampilkan diri unik untuk si penggemar aktiviti sukan manakala Meghan lebih berciri sofistikated di mana ia diaspirasi melalui penampilan Meghan Markle. Untuk kaum lelaki, koleksi Digouflage boleh dijadikan pilihan apatah lagi ia mengambil inspirasi melalui cetakan military yang tampak maskulin untuk lelaki sejati!
Manakala koleksi Aston mempunyai pelbagai fungsi diinspirasi dari gaya hidup masa kini.
Bijak menyesuaikan gaya hidup masa kini dengan koleksi yang dihasilkan, kisah di sebalik pengasas jenama BONIA ini juga tidak kurang hebatnya. Kisah kehidupannya keluarga yang hanya menyara kehidupan sebagai penoreh getah dan mempunyai adik-beradik yang ramai menjadi faktor Chiang Sang Sem terpaksa berhijrah ke Pulau Pinang untuk tinggal bersama bapa saudaranya.
Walaupun berjauhan dengan keluarga, rupanya ini menjadi titik tolak untuk dirinya lebih berdikari dan ‘belajar benda baharu’. Ketika usia baru mececah 15 tahun, dia bekerja kilang beg tangan bapa saudaranya dan memperolehi kemahiran melukis beg, menggunting, menjahit hingga siap sebuah beg tangan dengan upah RM15 sebulan.
Mengambil keputusan merantau ke Singapura pada tahun 1971 dan diterima bekerja di sebuah kilang membuat beg di sana, rupanya ia belum memberi kepuasan buat dirinya untuk berjaya.
Berbekalkan simpanan yang ada, Chiang memberanikan diri membuka sebuah kilang kecil di republik itu dengan memiliki tujuh orang pekerja.Hasil kerja keras tanpa mengenal penat dan jemu, Chiang memindahkan operasi ke Johor Bahru dan mula menghasilkan beg tangan untuk syarikat besar pula.
Kesempatan berkunjung ke Bologna,Itali pada tahun 1979 mencetuskan inspirasi buat Chiang untuk jenama beg tangan keluarannya dengan melihat nama Bologna yang diubah suai menjadi Bonia. Sejak itu, jenama Bonia mula bertapak di Kuala Lumpur!
Antara koleksi yang menarik perhatianKoleksi Sonia 2014 mengambil inspirasi dari nama aktress popular Taiwan, Sonia Sui
Kini, setelah lebih 46 tahun di pasaran, ia mempunyai pelbagai koleksi untuk wanita, lelaki dan bersesuaian dengan apa sahaja acara yang bakal dihadiri. Rekaan Moden dalam kemasa tradisional yang halus dari segi pembuatannya menjadikan Neu B semakin dekat dihati rakyat Malaysia. Apatah lagi dalam situasi kini, promosi barangan jenama tempatan begitu rancak dicanang selaras untuk memperkembangkan ekonomi dalam negara demi memastikan jenama tempatan terus berdiri megah dan bersaing dengan jenama antarabangsa! Syabas!