Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika melakukan dekorasi ruang tamu. Mungkin ia dilakukan tanpa sedar namun kesilapan-kesilapan tersebut boleh menjejaskan keindahan ruang tamu sedia ada. Berikut Nona kongsi 8 faktor terhadap kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan. Mudah-mudahan anda lebih peka selepas ini.

IKLAN

SALAH PILIH SOFA

Salah memilih sofa boleh menjejaskan konsep ruang tamu. Sebelum membeli sofa pastikan terlebih dahulu sama ada ia sesuai atau tidak dengan konsep interior ruang tamu. Ambil kira juga ukuran, warna, rekaan dan fungsi utamanya. Contoh, anda boleh memilih sofa dengan rekaan ringkas bagi ruang tamu berkonsepkan minimalis.

Merimaskan, Ini 6 KESILAPAN Utama Ketika Menghias Ruang Tamu!

UKURAN PERMAIDANI

Kesalahan yang sering kali dilakukan ketika dekorasi ruang tamu ialah memilih permaidani yang berukuran terlalu kecil. Permaidani bersaiz kecil hanya sesuai untuk bilik tidur. Seeloknya, sebelum membeli permaidani ketahui dulu ukuran sebenar ruang tamu.

Jangan pilih hanya kerana motif dan warna yang menarik sedangkan ukurannya tidak sesuai dengan ruang tamu.

KOMBINASI GAYA

Anda boleh sahaja menggabungkan motif, warna, tema atau gaya pada interior kediaman agar lebih menarik. Tetapi, jangan sampai kombinasi itu boleh menjejaskan dekorasi ruang. Sesuaikan dengan tema interior ruang tamu agar dekorasinya nampak serasi.

IKLAN

Merimaskan, Ini 6 KESILAPAN Utama Ketika Menghias Ruang Tamu!

TELEVISYEN

Sering kali kita lihat, ruang tamu dijadikan umpama home theatre. Semua perabot disusun menghala ke arah televisyen. Sebaiknya, berikan sedikit ‘kebebasan’ pada ruang tamu.Tidak semua perabot di ruang tamu perlu menghalake arah televisyen. Jadilah lebih kreatif dalam menyusun atur perabot di ruang utama ini.

IKLAN

MERAPATKAN PERABOT KE DINDING

Tidak semua ruang akan kelihatan menarik dengan cara ini. Ia seolah-olah ada tarikan magnet yang menarik semua perabot ke dinding. Justeru, bijaklah dalam menata gaya ruang tamu khususnya dalam menyusun atur perabot agar terlihat seimbang.

TERLALU BANYAK HIASAN

Aksen dekorasi dan hiasan ruang tamu yang berlebihan boleh mengganggu keindahan dan ketenangan ruang. Lebih-lebih lagi jika anda meletakkan hiasan yang tidak sesuai. Ingat, jangan semata-mata mahu menampakkan kesan mewah pada ruang tamu anda melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keindahannya.

Kredit Foto: www.freepik.com

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI