Pertanyaan dalam hati saat melayari platform media sosial milik peribadi Datuk Seri Rossa terjawab apabila terdapat laporan menyatakan penyanyi lagu Pudar ini telah menghadiahkan sebuah kediaman mewah untuk ibu bapanya.
IKLAN
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Koleksi Majalah Nona
Khabarnya banglo tersebut telah didirikan di kampung halaman Datuk Seri Rossa sendiri iaitu di Sumendang, Jawa barat, Indonesia. Kediaman tersebut dianggarkan bernilai Rp20 Milliar atau kira-kira RM6 juta seperti yang dilaporkan MStar.
Patutlah apabila menyaksikan foto yang dikongsikan oleh Datuk Seri Rossa sejak akhir-akhir ini tidak sama dengan kediaman yang dikunjungi oleh team Nona sewaktu kunjungan ke Jakarta, Indonesia tempoh hari.
Tahniah! Datuk Seri Rossa kerana menjadi seorang anak yang menghargai jasa kedua ibu bapa. Walaupun nilainya agak mahal namun sebagai anak kita tidak mampu membalas jasa buat ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita di dunia ini. Pasti bahagia kedua orang tua Datuk Seri Rossa mempunyai anak sepertinya.
Mengimbau detik kunjungan ke kediaman Datuk Seri Rossa yang terletak di Kemang, Jakarta Selatan merupakan momen yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kelihatan dari jauh banglo milik figura yang terkenal dengan lagu Pudar ini begitu mewah umpama sebuah resort.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Koleksi Majalah Nona
Kediaman dua tingkat milik Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani ini tampak moden bersama percikan rona putih menghiasi segenap ruang dipadu mesra dengan penggunaan perabot serba ringkas.
Rupanya sudah sudah lebih lima tahun Datuk Seri Rossa menghuni kediaman ini. Wanita berkulit cerah ini selesa memilih elemen cermin dalam ilham dekorasi kediamannya sekali gus memancarkan nuansa elegan yang cukup nyata.
IKLAN
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Koleksi Majalah NonaFoto: Koleksi Majalah Nona
Bercerita tentang konsep kediaman mewah milik wanita yang berusia 43 tahun ini, “Konsep rumah saya sederhana sahaja. Saya suka dekorasi yang moden dan simple. Selain itu saya juga suka ada banyak tanaman sebagai hiasan,” tutur Datuk Seri Rossa yang menerima Anugerah ‘Datuk Seri’ pada tahun 2018 ini.
Ketika diajukan ruang yang paling digemarinya, “Ruang yang saya paling digemari sudah tentu ruang makan. Selalunya saya dan teman-teman atau keluarga berkumpul menikmati hidangan di ruang makan.
IKLAN
Foto: Koleksi Majalah Nona
Jadi saya tidak suka ruang makan ini disekat dengan dinding dan suka ruang yang lapang. Ini kerana saya selalu bertemu dengan banyak orang di luar, ketika berada dalam rumah, saya tidak mahu ada suasana yang formal di rumah sendiri. Saya inginkan suasana tenang dan santai,” jelas Datuk Seri Rossa.
Melangkah ke tingkat dua banglo mewah ini merupakan momen yang diidam-idamkan. Tingkat kedua kediaman ini meletakkan bilik make up Datuk Seri Rossa dan juga wardrobe meletakkan sebahagian baju-baju miliknya. Menelusuri kediaman 5 bilik ini merupakan momen yang berharga.
Foto: Instagram @itsrossa910
Datuk Seri Rossa menghuni kediaman ini bersama anaknya, Rizky Langit Ramadhan bersama beberapa orang pembantu.
Rezeki kita, Allah yang pegang. Minta dengan Dia dulu…
Dalam kehidupan ini, ramai di antara kita yang diuji dengan masalah kewangan atau kesuntukan duit yang menyesakkan dada.
Adakalanya hati dijentik cemburu. Terlihat kelebihan orang lain yang lebih murah rezekinya daripada kita. Mungkin saja dia bertuah dilahirkan dalam keluarga berada atau berkerjaya hebat.
Berkali-kali Nona katakan, jalan hidup kita ini telah diatur secantik-cantiknya oleh Tuhan. Tiap satunya yang terjadi ada hikmah untuk dipelajari.
Bagi yang selalu merasai kesempitan rezeki, cuba amalkan ikhtiar ini untuk buka pintu-pintu rezeki. Mana tahu dengan keikhlasan dan kepercayaan, insyaAllah diperkenankan-Nya?
(1) Beribadah
Allah tidak mempersia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
(2) Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi SAW:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
(3) Menjauhi Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi SAW:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
(4) Mengingati Allah
Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
(5) Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
(6) Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi SAW:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
(7) Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
(8) Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
(9) Amal Kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
(10) Seawal Pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
(11) Mengeratkan Silaturrahim
Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
(12) Melazimi Kekal Berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda SAW bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
(13) Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
(14) Melazimi Solat Malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
(15) Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
(16) Bersyukur Kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
(17) Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau Asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
(18) Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
(19) Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
(20) Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi SAW bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Dengan takwa, Allah akan beri “Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Norzalina Mohd Alias
Apabila berpisah dan si dia memperlakukan anda dengan buruk atau menyakitkan, ia adalah tindak balas semula jadi untuk marah. Namun sampai bila mahu menyalahkan, bersedih atau terbawa-bawa perasaan? Tiba masanya untuk move on dengan tip ini.
(1) Sekadar berkawan
Cuba lakukan seketika bahawa anda boleh hidup sendiri tanpa perlu berteman. Mengekalkan bekas teman lelaki sebagai kawan mungkin bukan satu kematangan pada diri sendiri jika anda tidak bijak mengawal emosi dan menjaga diri.
Mungkin ada yang berpendapat, mengekalkan persahabatan itu adalah satu jalan pendamaian yang baik kepada kedua-dua pihak. Benar, tetapi untuk berlakunya secara tulen amat sukar, keadaan ini memerlukan satu jangka waktu untuk yang panjang agar tidak ada pihak merasakan sakit. Jangan mudah terdedahkan diri anda yang sudah terluka dengan sesuatu yang lebih menyakitkan.
Boleh berkawan tetapi mungkin selepas satu waktu tempoh yang panjang setelah hati masing-masing terubat dan sekadar berkawan untuk elak bermusuhan tetapi sebaiknya tidak terlalu rapat sepertinya seorang sahabat untuk berkongsi kisah hati dan perasaan.
Jika hati anda tidak boleh menerima keadaan ini, sebaiknya jangan terus berhubung sebagai kawan dan masing-masing meneruskan kehidupan peribadi sendiri tanpa mengambil tahu perihal antara satu sama lain lagi.
(2) Bukan sebuah impian
Dalam satu perhubungan, biasanya perpisahan itu berlaku dengan bersebab. Ia jarang sekali berlaku jika hanya perkara tersebut isu kecil ditimbulkan sehingga berlakunya pergaduhan dan perpisahan. Cuba tulis atau senaraikan sebab-sebab perpisahan itu dan impian yang pernah dijanjikan dalam perhubungan tetapi sayangnya tidak kesampaian. Ia pasti menyakitkan apabila segala-galanya itu telah dikhianati.
Dengan menulis segala setiap perkara yang menyakitkan hati anda, baca untuk diri sendiri berusaha untuk melupakan segala kenangan itu sehingga perasaan yang menyakitkan itu hilang dan anda dapat menerima bahawa semuanya ini telah terjadi dan tidak mampu diperbaiki. Mungkin dia bukan insan yang diimpikan untuk memenuhi segala impian anda.
Keadaan ini pada awalnya mungkin membuat anda marah tetapi ia sebenarnya melibatkan proses penyembuhan untuk memaafkan dan melupakan, tetapi untuk melepaskan sesuatu anda harus terlebih dahulu mengakui dan menerima bahawa perkara ini pernah terjadi dalam hidup anda.
(3) Berdamai dengan masa lalu
Kemarahan membantu anda menyedari keadaan yang tidak baik itu untuk berada dalam hidup anda dan ke arah proses perpisahan daripada hubungan yang tidak sihat. Tetapi apabila kita berpegang kepada kemarahan dan kebencian dari pengalaman masa lalu, sukar untuk membawa kita meneruskan kehidupan lebih baik di masa hadapan.
Apabila seseorang mengkhianati kepercayaan yang anda berikan, ia menyakitkan. Keadaan ini sukar untuk anda bergerak maju menguasai hidup yang lebih baik. Belajar untuk memaafkan dan membuat perdamaian dengan perkara-perkara yang berlaku pada masa lalu dan lebih mudah apabila anda mengambil fokus anda dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada perspektif orang yang terlibat. Mungkin benar memaafkan orang lain nampak mudah, tetapi sejauh mana memaafkan disertakan dengan keikhlasan itu dapat diberikan kerana setakat maaf sahaja tidak mencukupi untuk anda lebih tenang dan bahagia.
Sekiranya anda mendapati diri anda masih bersembunyi dengan kemarahan atas sesuatu yang dilakukan oleh orang lain, cuba tarik semula sifat-sifat baik yang anda lihat di dalamnya dan mengakui bahawa kita semua mempunyai kelemahan dan kita semua membuat kesilapan. Maafkanlah dengan keikhlasan… Ketahuilah baik untuk tetap mencintai mereka.
(4) Cinta tidak pernah salah
Apabila seseorang datang ke dalam hidup anda yang membolehkan anda berpeluang untuk mengalami cinta, itu selalu menjadi hadiah sejati. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kematangan mengiktiraf bahawa cinta dengan sendirinya tidak selalu cukup untuk membuat kerja dalam perhubungan. Banyak faktor dan keadaan lain, seperti masa, keserasian, atau pilihan yang kita buat, memainkan peranan penting dalam sama ada hubungan boleh berkembang dan terus dipertahankan.
Hubungan yang tidak berfungsi tidak selalu tentang mengakhiri cinta yang anda rasa. Kadang-kadang satu-satunya cara untuk melepaskan adalah mencintai seseorang yang cukup untuk menginginkan yang hanya terbaik untuknya walaupun itu bermakna pentingkan diri sendiri.
Terdapat banyak bentuk cinta, dan ia mempunyai keupayaan untuk beralih, berkembang, dan berubah dari semasa ke semasa. Biarkan cinta romantis yang anda rasakan berevolusi menjadi sejenis cinta yang merangkumi kepedulian dan belas kasihan bagi seseorang yang mempunyai tempat yang penting dalam hidup anda. Ini akan membantu memudahkan proses penyembuhan.
Kesakitan yang hebat yang kita rasakan apabila perhubungan berakhir mempunyai kaitan dengan kehilangan yang kita inginkan. Menyedapkan keadaan dengan dasar kasihan itu sebagai peralihan dan bukannya kerugian boleh mengurangkan beberapa kecederaan. Kebenaran adalah hubungan yang ada dalam hidup kita selama-lamanya. Mereka berada di dalam kenangan kita, dalam perasaan yang kita miliki ketika kita memikirkannya, tentang siapa kita setelah tidak bersama mereka dan pengajaran yang kita ambil dari mereka untuk kita meneruskan kehidupan lebih baik.
(5) Lebih suka diri anda
Akhirnya, cintailah diri sendiri. Bagi sesetengah pihak, ini adalah bahagian paling sukar. Percaya bahawa anda berhak berada dalam hubungan yang penuh kasih dengan seseorang yang berkongsi nilai-nilai anda dan memperlakukan anda dengan baik, memerlukan anda melihat diri anda dalam cahaya yang positif. Tetapi sewajarnya, anda tidak boleh mengharapkan orang lain untuk memperlakukan anda lebih baik daripada anda merawat diri anda.
Anda mungkin merasakan bahawa ada perkara yang anda boleh lakukan secara berbeza, tetapi tidak mungkin untuk mengetahui apa hasil yang berbeza. Menyalahkan diri sendiri dengan hanya membawa emosi negatif, hanya akan menangguhkan proses penyembuhan. Sebaliknya, pilih untuk menjadikan kesakitan menjadi keuntungan. Setiap hubungan, jika kita membiarkannya, dapat mengajar kita sesuatu tentang diri kita sendiri dan memberi kita kejelasan yang lebih jelas mengenai apa yang kita perlukan untuk menjadi bahagia. Mengakui peranan anda dalam apa yang salah dengan hubungan boleh menjadi bahagian penting dalam proses pembelajaran.
Apabila dua orang berada dalam hubungan, mereka mewujudkan dinamik dan apa saja yang berlaku, kedua-duanya menyumbangkannya dalam beberapa cara. Apabila anda mempunyai wawasan untuk memahami peranan anda, anda akan berada dalam kedudukan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Sekiranya anda percaya bahawa ini mungkin berguna untuk membuat perubahan tertentu dalam tingkah laku anda sendiri, seperti belajar menetapkan sempadan yang lebih baik atau meningkatkan kemahiran komunikasi anda, kemudian merangkul peluang anda untuk melakukan ini supaya hubungan seterusnya dapat menjadi lebih menakjubkan.
Figura kerabat diraja berketurunan Melayu-Thailand, YM Tengku Nur Badariah Tengku Ahmad Nashruddin atau lebih mesra disapa sebagai Tengku Nur Badariah ini seorang yang mudah didekati. Berusia 33 tahun Tengku Nur Badariah merupakan anakanda bungsu daripada dua beradik dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan.
Di kalangan keluarga dan saudara terdekat Tengku Nur Badariah dikenali dengan panggilan manja, Ku Chik. Ibunya, Burachatra Sricharoon atau Kamariah Abdul Wahab berasal dari Bangkok, Thailand.
KARIER MANTAP
Bertugas sebagai Ketua Jabatan Grafik di sebuah syarikat terkemuka di samping bergelar ibu kepada Putri Eriena Mohd Azrien berusia (2 tahun) menjadikan Tengku Nur Badariah seorang yang berdikari. Tengku Nur Badariah mahu memberikan yang terbaik serta memastikan kepentingan keluarga dan karier menjadi sebahagian daripada ‘jiwanya’.
Seorang ketua yang bagus perlu tahu peranannya. Bukan hanya pandai memberi arahan sahaja. Salinglah berkongsi ilmu dan objektif syarikat bersama kakitangan,” kongsi graduan Diploma Lanjutan Aplikasi Multimedia & Reka Bentuk ini.
TRADISI LEBARAN DI THAILAND
“Memandangkan bonda berasal dari Bangkok, Thailand saya mempunyai ramai saudara di sana. Kebanyakan mereka tinggal berdekatan dalam satu kawasan. Tradisi lebaran di sana ialah selepas solat Hari Raya di masjid kami akan berkumpul di sebuah dewan berhampiran yang dibina khas untuk majlis.
Di situ kami akan berkumpul dan saling bermaafan sambil menjamu selera. Juadahnya terdiri daripada hidangan Thailand, kuih muih tradisi di samping menu Arab seperti Nasi Beriani atau Khao Mok Gai,” bual Tengku Nur Badariah yang gemar memasak hidangan Thailand.
PERANCANGAN SYAWAL
Tahun ini Tengku Nur Badariah teruja untuk menyambut lebaran kerana bakal membawa suami dan anak berhari raya di Bangkok, Thailand. Tahun ini kali pertama suaminya bakal ke sana.
“Tahun lalu saya menyambutnya di rumah keluarga suami. Tahun ini giliran keluarga saya pula. Memandangkan suami belum pernah berhari raya di Thailand saya bercadang untuk menyambutnya di sana bersama keluarga,” bicara Tengku Nur Badariah yang menjadikan bondanya sebagai inspirasi.