Mudah Saja Nak Kurangkan Risiko Sakit Jantung, Pilih IKAN Sebagai Sumber PROTEIN UTAMA.

Sekarang ini mudah sangat kita jatuh sakit. Bagi kaum wanita pula, banyak sangat penyakit dan kanser yang menyerang jika lalai amalkan gaya hidup sihat. Alasan kekurangan masa untuk bersenam menduduki carta utama setiap kali ditanya tentang gaya hidup. Jom kita mulakan cara sihat dalam memilih hidangan harian. Jangan culas ok!

  1. Menyihatkan tulang dan menjaga otot

Ikan salmon kaya dengan protein berkualiti tinggi. Apabila anda mengalami kecederaan, pengambilan ikan salmon yang kaya dengan sumber vitamin dapat menyembuhkan luka anda dengan lebih cepat. Selain itu, ia juga menjsdikan tulang anda lebih kuat dan sihat.

  1. Menjaga kesihatan kulit.

Ikan salmon adalah salah satu sumber lemak omega-3 terbaik yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Selain itu, omega-3 juga telah terbukti dapat menurunkan risiko inflamasi, darah tinggi dan risiko terkena penyakit.

  1. Ikan tinggi dengan sumber nutrien penting

Keseluruhannya, setiap jenis ikan sangat baik untuk kita. Ia mengandungi protein berkualiti tinggi, iodin dan pelbagai vitamin serta mineral tambah-tambah lagi ikan yang tergolong dalam golongan ‘fatty fish’ seperti salmon, sardin, tuna dan tenggiri.

Fatty fish ini tinggi dalam nutrien lemak termasuk vitamin D, nutrien yang bertindak seperti steroid hormon dalam tubuh. Asid lemak omega-3 ini penting untuk tubuh dan otak untuk berfungsi dengan baik. jadi, amalkan makan ikan dua kali seminggu untuk mendapatkan nutrien terbaik untuk tubuh.

  1. Kurangkan risiko serangan jantung dan strok

Kedua-dua penyakit ini saling berkait rapat dan sangat digeruni. Asid lemak pada ikan memberi kebaikan kepada kesihatan jantung disebabkan kandungan omega-3. Terdapat banyak kajian menunjukkan kebaikan ikan pada tubuh manusia.

  1. Nutrien penting untuk perkembangan

Lemak asid omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan otak dan kesihatan mata. Ini diikuti DHA yang terkandung dalam ikan. Sebab itu ibu-ibu yang menyusu atau yang sedang hamil sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.

Namun, perlu diingat, sesetengah ikan mengandungi bahan merkuri tinggi, ironiknya membawa kepada masalah perkembangan otak. Disarankan, wanita hamil untuk makan ikan salmon, sardin dan trout

tidak lebih daripada 340gm seminggu.
  1. Membantu kawal depresi, menjadikan anda lebih gembira

Kemurungan adalah gangguan jiwa yang sangat serius dan biasa berlaku, tambah-tambah lagi sejak akhir-akhir ini. Ciri-cirinya; emosi sering terganggu, kekurangan tenaga dan hilang minat untuk menyertai aktiviti mahupun bersosial.

Terdapat kajian menunjukkan asid lemak omega-3 bertindak melawan depresi. Maksudnya, ikan boleh membantu membuatkan anda lebih gembira dan meningkatkan kualiti kehidupan lebih baik untuk anda. Malah asid lemak omega-3 juga membantu gangguan jiwa seperti bipolar disorder.

  1. Sumber vitamin D

Vitamin D sentiasa mendapat perhatian dalam dunia kesihatan. Vitamin ini menjadi hormon steroid dalam tubuh lebih-lebih lagi bagi anda yang jarang ‘bertemu’ matahari. Jika anda tidak suka makan ikan, boleh juga cuba mengambil pil minyak ikan atau supplemen yang mengandungi vitamin D.

  1. Mengurangkan risiko Type 1 Diabetes

Autoimmune disease berlaku apabila sistem imunisasi menyerang tisu badan yang sihat sebagai contoh penyakit diabetes tahap 1. Ia menyerang sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Baik untuk anda mahupun kanak-kanak, ikan sentiasa membantu memelihatan kesihatan anda menjadi lebih baik.

  1. Melindungi penglihatan ketika berusia

Semakin awal anda mulakan pelan pemakanan dengan pengambilan ikan, semakin tinggi peluang anda untuk menjaga penglihatan. Walaupun sudah berusia, anda masih memiliki penglihatan yang terang dan jelas!

  1. Meningkatkan kualiti tidur

Tidur yang cukup penting untuk menonjolkan wajah berseri dan mood gembira. Dalam kajian selama 6 bulan terhadap 95 lelaki pertengahan usia, pengambilan ikan salmon dalam setiap hidangan 3 kali seminggu membawa perubahan dalam rutin tidur mereka. Para pengkaji memberi spekulasi mungkin ia disebabkan vitamin D yang ada pada ikan salmon.

IKLAN
Share