Nama Rihanna tidak asing lagi dalam dunia muzik antarabangsa. Kejayaan lagu-lagunya seperti Umbrella, Unfaithful, Don’t Stop The Music, Shut Up And Drive dan yang terbaru, Lift Me Up sempena filem Black Panther: Wakanda Forever menjadikan bintang ini antara penyanyi terbaik di dunia.
IKLAN
Bukan sahaja irama muziknya yang menjadi siulan ramai, malah gaya fesyennya juga seringkali menjadi tumpuan lensa kamera untuk dijadikan sebagai rujukan fesyen masa kini. Mengakhiri zaman bujangnya bersama kekasih pilihan hati, kehidupannya seringkali menjadi perhatian paparazzi yang ingin mengetahui tentang perkembangan semasa penyanyi yang baru sahaja bergelar ibu.
Akhirnya, penyanyi terkenal Rihanna, 34, berkongsi secara umum wajah bayinya buat kali pertama. Selepas tujuh bulan melahirkan putera sulungnya, media sosial kini sedang hangat membualkan tentang wajah anaknya itu yang kelihatan comel belaka.
Video yang dimuat naik dalam akaun TikTok nya mendapat lebih 11 juta tontonan disebabkan kecomelan anak pelantun lagu Umbrella ini yang tersenyum manis sambil bersandar di tempat duduk kerusi bayi.
Dalam video tersebut, Rihanna berbual dengan anaknya yang cuba mengambil telefon bombit daripadanya.
IKLAN
“Oh, awak cuba ambil telefon Mommy ya,” katanya.
IKLAN
Penyanyi yang meraih 57 juta tontonan di Youtube menerusi muzik video terbarunya, Lift Me Up Ini kelihatan mesra dengan anak lelakinya. Ternyata, netizen juga turut teruja melihat wajah anaknya itu dan menyifatkan putera sulungnya itu memiliki wajah yang sangat comel dan manis.
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang menyifatkan bayinya memiliki wajah seiras dengannya.
Sekadar info, Rihanna melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei 2022, namun dia tidak mendedahkan nama anaknya kepada umum. Rihanna dan pasangannya iaitu A$AP Rocky mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020 selepas beberapa tahun berkenalan.
Nama pendakwah, penulis buku dan dermawan Ustaz Ebit Lew, ke mana saja pasti harum mewangi serta diingati ramai kerana budinya. Inspirasi kejayaan beliau tentu sekali terletak pada keikhlasan serta sifat jujur dengan orang tersayang.
Dalam satu perkongsian beliau tentang keberkatan hidup, Nona tertarik dengan kata-katanya bahawa suami kenalah belajar menyenangkan hati isteri dan keluarga. Banyak hikmahnya bila ‘orang rumah’ senang hati.
JUJUR PADA ISTERI
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga… Jaga isteri, ibu bapa dan jujur… itulah kuncinya dalam pekerjaan.
Ya Allah…. kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya… yerlah kontraktor… buat sendiri jer… Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya.
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah… saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibu bapa, ibu bapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak… bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada Pemberi Rezeki?
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz. Siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga… mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz… benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga… jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamor. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur.
Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibu bapa tidak dihormati. Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua.
Bagaimana kita melayani yang di bumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah.
Rasanya masih baru menerima perkhabaran seorang teman waktu kuliah dahulu, dia selesai menjalani pembedahan membuang fibroid di dalam rahimnya. Tiba-tiba hari ini teman rapat di pejabat pula beritahu, doktor sahkan dia mempunyai cyst di situ juga!
Fibroid dan sista (cyst) merupakan dua masalah yang kerap dibimbangkan oleh kaum wanita. Walau bagaimanapun masih ramai wanita yang keliru dan merasakan fibroid dan sista adalah masalah yang serupa. Ramai juga yang menganggap sebarang simptom abnormal di bahagian perut semestinya disebabkan dua penyakit ini.
Fibroid adalah bengkak jenis pejal di bahagian rahim (uterus) wanita. Fibroid agak kerap dihidapi wanita antara 20 hingga 50 peratus. Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang masalah dan fibroid ini kebetulan dijumpai semasa prosedur imbasan bunyi yang dijalankan bagi tujuan lain.
Hampir ke semua fibroid adalah ketumbuhan benign iaitu bukan kanser. Fibroid boleh tumbuh di bahagian dinding tengah (intramural), menghala ke luar rahim (subserosal) atau pun ke arah kaviti rahim (submucosal). Selain saiz, lokasi pertumbuhan fibroid ini akan memberikan kesan ataupun simptom yang berbeza kepada setiap wanita.
Manakala sista pula adalah merupakan bengkak yang kerap dijumpai pada ovari di kalangan wanita di usia reproduktif. Bengkak sista mengandungi cecair atau separuh cecair.
Kebanyakan sista ovari adalah disebabkan proses fisiologi kesuburan dan bukan sejenis penyakit. Setiap bulan semasa permulaan kitaran haid, sejenis hormon daripada kelenjar pituitari otak akan mula merangsang perkembangan folikel telur di dalam ovari. Ia akan membentuk sista yang dinamakan Cyst Folikula.
Apabila ianya telah mencapai kematangan, folikel ini akan pecah (ovulasi) dan telur yang terlepas akan mencari jalan untuk melalui tiub falopia. Folikel yang tinggal boleh menakung air atau darah lalu membentuk Cyst Korpus Luteum. Sista fisiologikal seperti ini biasanya tidak berbahaya dan akan mengecut sendiri selepas satu atau dua kitaran haid.
Adakalanya sista ovari adalah jenis Endometriosis (penyakit senggugut) ataupun ketumbuhan yang kebanyakannya ialah benign (bukan kanser). Sista jenis ini memerlukan rawatan sama ada secara ubatan atau pembedahan.
Gejala-gejala
Fibroid
Kebanyakan fibroid tidak memberi sebarang masalah sehinggakan kewujudannya tidak disedari. Simptom yang kerap dialami oleh wanita yang mempunyai fibroid adalah aliran haid yang berlebihan dan ada kalanya turut disertai oleh rasa sakit senggugut (crampy pain).
Saiz fibroid yang agak besar (melebihi 5 sentimeter) atau lokasi tumbuhnya fibroid seperti jenis submucosa sering menyumbang kepada masalah aliran haid yang berlebihan ini. Kehilangan darah yang banyak dan berpanjangan akhirnya akan menyebabkan anemia (kurang darah merah/haemoglobin).
Fibroid jarang mengganggu kitaran haid. Fibroid jenis subserosa juga jarang memberi sebarang masalah melainkan saiznya terlalu besar. Fibroid jenis tergantung atau bertangkai (pedunculated submucosal) kadangkala boleh menyebabkan pengeluaran cecair (discaj) yang berlebihan dan tidak normal.
Sista
Sista ovari fisiologikal jarang memberi sebarang simptom melainkan saiznya melebihi 5 sentimeter. Sakit perut ketika haid (senggugut) adalah salah satu simptom penting penyakit Endometriosis. Senggugut penyakit Endometriosis ini biasanya berlarutan sehingga ke akhir tempoh haid dan ada kalanya melepasi tempoh haid.
Sebahagain pesakit endometriosis menderita sakit semasa hubungan seks dan sakit ketika buang air kecil atau air besar. Sista ini mengandungi darah pekat lama yang dinamakan chocolate cyst kerana rupanya yang seakan-akan coklat masakan. Penyakit ini biasa akan menyebabkan pembentukan parut dan lekatan pada organ-organ pelvis (adhesion).
Fibroid dan sista yang besar boleh dirasai dengan pemeriksaan abdomen. Walau bagaimanapun pemeriksaan imbasan bunyi adalah mandatori bagi para doktor membuat diagnosis yang tepat, mengukur saiz bengkak terbabit dan melihat kemungkinan terdapat kesan tekanan kepada organ lain seperti salur kencing mahupun buah pinggang.
Adakalanya ujian CT scan diperlukan sekiranya doktor mengesyaki ketumbuhan jenis kanser ataupun rupa bengkak yang kompleks semasa ujian imbasan bunyi. Kebanyakan sista akan memberi ciri-ciri yang berbeza dan boleh dikenal pasti oleh doktor sakit puan semasa ujian imbasan bunyi. Ujian darah dijalankan sekali-sekala untuk membantu diagnosis dan pemantauan rawatan. Hamizatul Maizan Mohamed
Sukarnya mendidik anak dewasa ini. Entah mengapa, pengaruh luar lebih terkesan pada diri mereka hingga menjadi seorang yang sukar dibentuk. Kaedah ‘kuku besi’ sudah tidak relevan kerana mereka lebih cenderung untuk memberontak dan bertindak lebih agresif.
Jadi, sebagai ibu muda anda perlu mencari pendekatan terbaik dan bersesuaian dengan anak-anak.
#TIP 1
BERI PUJIAN
Apabila anda memberikan pujian kepada si kecil, hati mereka pasti berbunga-bunga. Pujilah pada kebaikan yang dilakukan, jangan sesekali memuji kenakalan mereka kerana mereka akan melakukannya lagi dan lagi. Jangan biarkan mereka terbawa-bawa dengan perangai buruk di depan orang lain.
Saat memberikan pujian, tunjukkan bahasa tubuh yang menyenangkan seperti dalam tawa atau senyuman penuh keikhlasan. Pandang tepat ke arah matanya. Bahasa tubuh yang baik amat penting untuk menunjukkan perasaan anda terhadap mereka.
# TIP 2
ABAIKAN JIKA NAKAL
Jika si kecil tiba-tiba berperangai nakal, abaikan mereka. Tetapi apabila mereka sudah kembali baik, anda juga perlu terus mengubah sikap anda terhadap mereka.
Contohnya, jika mereka tidak mahu keluar dari kedai mainan, katakan kepada mereka, “Jika kamu tidak mahu balik tak mengapa, tetapi ibu akan pulang.” Apabila mereka keluar, anda pujuk mereka dengan baik.
# TIP 3
KERJASAMA
Teknik pilihan dengan memberi kebebasan ada si kecil untuk memilih barang sesuai keinginannya. Cara-caranya dengan memberi dua atau tiga pilihan barang.
Good behavior chart seperti sistem token dengan memberikan stiker kepada mereka jika mereka berkelakuan baik. Tiba masanya, hitung stiker dan berikan hadiah kepada mereka. Tidak perlu mahal, sekadar boleh menggembirakan hati si kecil.
# TIP 4
GANJARAN
Berikan pelajaran kepada si kecil mengenai konsekuensi. Sekiranya mereka berkelakuan baik, tunaikan permintaan mereka yang relevan. Sekiranya mereka tidak berkelakuan baik, perjelaskan konsekuensinya. Pastikan anda konsisten dengan kata-kata anda kerana bimbang si kecil akan mengulangi perbuatannya tanpa merasa perlu untuk mematuhi anda.
# TIP 5
MARAH DAN MENGHUKUM
Ia merupakan pilihan terakhir untuk anda terapkan pada diri anak-anak.
Sekiranya mereka sudah diberi amaran dan diperjelaskan dengan konsekuensi, maka anda boleh memilih untuk memarahi mereka tetapi jangan berlebihan.
Antara jenis hukuman yang boleh diberikan adalah seperti tidak membenarkannya menonton televisyen, melarangnya daripada keluar bermain atau menikmati makanan manis seperti coklat dan gula-gula. KR
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...