SHARIFAH SOFIA

Wajah cantiknya pernah tarik perhatian peminat seni tanah air suatu ketika dulu. Mula muncul dalam sitkom Spanar Jaya sewaktu berusia 15 tahun, nama Sharifah Sofia terus jadi bualan selepas dia membintangi drama popular Nur Kasih dan Gol & Gincu.

IKLAN

Meniti usia 37 tahun, pemilik nama Sharifah Sofia Syed Hussein ini dilahirkan di United Kingdom. Dia juga merupakan kakak kepada bekas pemain bola sepak Malaysia, Syed Adney.

Hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suami Syed Ismail, aktres ini mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera. Sharifah Sofia berketurunan Melayu-Inggeris.

Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia

Dalam kesibukan sebagai anak seni, Sharifah Sofia dalam masa sama aktif sebagai aktivis.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ibu dua anak tersebut memperjuangkan pemeliharaan hidupan liar dan kecintaannya terhadap alam sekitar.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, wanita ini mengikuti aktiviti penanaman semula pokok di Tasik Chini, Pahang pada Februari lepas. Di samping menjalankan usaha pembersihan di Pantai Morib bersama rakan produksi Skop Productions pada Mac lalu.

IKLAN
Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia
Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia
Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia
Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia
Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia

Seramai 30 orang terlibat dalam aktiviti ini dan mengambil masa kira-kira dua jam mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai berkenaan.

IKLAN

Malah, Sharifah Sofia juga terlibat dalam usaha memelihara haiwan yang diancam kepupusan seperti Harimau Malaya.

Terserlah jiwa besar Sharifah Sofia dalam menjaga ekosistem hidupan liar dan alam semula jadi.

Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia
Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia
Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia
Mula Popular Sitkom Spanar Jaya, SHARIFAH SOFIA Aktif Jadi Aktivis Hidupan Liar & Alam Sekitar!
Credit Instagram @sharifahsofia

Walau sibuk dengan kerjaya dan menguruskan dua anak, selebriti ini tetap meluangkan masa dengan amalan gaya hidup sihat. Ada saja masa terluang, dia pasti menyertai acara larian dan mendaki. Antaranya di Bukit Batu Putih, Melaka; Gunung Rajah, Bentong; Gunung Berembun, Terengganu dan banyak lagi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI