Ramai yang suka membaca tetapi sejauh mana minat membaca ini meresap ke jiwa golongan pertengahan? Atau kita sekadar ‘memaksa’ anak membaca sedangkan mak ayah sibuk dengan gajet di tangan!
Puan Emmy Hermina Nathasia binti Abdul Latif atau mesra dengan sapaan Emmy menerangkan, tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Ini berita baik!
IKLAN
“Kajian interim tahun 2017 oleh Perpustakaan Negara Malaysia telah mendapati bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia telah meningkat dari dua buah buku pada kajian tahun 1996 ke purata sebanyak 15 ke 20 buah buku setahun.”
Malah menurut Emmy lagi, senarai buku bahasa Malaysia yang mengungguli carta kebanyakannya bacaan umum ringan seperti genre travelog, motivasi, misteri, dan Islam, dengan genre cinta menggungguli takhta.
Sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Emmy yang juga seorang aktivis buku mula menyintai buku sejak kecil lagi.
“Penerapan minat membaca dimulakan di rumah. Ibu saya sendiri merupakan seorang pembaca tegar. Saya dan adik dibesarkan dikelilingi buku, kami ada Book Corner sendiri di dalam bilik tidur. Ibu juga akan membacakan buku kepada kami sebelum tidur.
Saya percaya, kedua-dua faktor ini berjaya memupuk minat membaca saya sehingga menjadi pencinta buku yang aktif menyokong dan mempromosi kegiatan perbukuan, pada hari ini.
Saya mula membaca Reader’s Digest pada usia 10 tahun, dan buku-buku Danielle Steel, Sidney Sheldon dan novel-novel cinta Mills and Boons di usia 11 tahun. Dan sejak dari itu, saya tidak berhenti.”
Emmy juga turut berkongsi tips untuk golongan middle age mulakan tabiat membaca.
Membaca e-book.
E-book merupakan medium buku elektronik yang boleh digunakan untuk membaca buku pada bila-bila masa dengan menggunakan telefon pintar. Di samping harga yang murah, anda juga dapat menjimatkan masa dengan membeli secara dalam talian dan tak perlu ke kedai buku.
IKLAN
Tetapkan masa
Nasihat yang sering diberikan untuk memulakan dan memupuk disiplin membaca ialah dengan membaca 20 minit sehari. Waktu terbaik membaca ialah pada waktu pagi, kerana minda kita segar. Boleh juga ikut kesesuaian masa anda.
Pilih bacaan ringan dan santai
Pilih bahan bacaan yang anda minat. Jika anda minat memasak, mulakan dengan membaca buku berkaitan genre masakan. Jika anda seorang ibu, mungkin anda mahu mulakan dengan bacaan mengenai tip keibubapaan. Jika anda seorang usahawan wanita, anda mungkin mahu membaca buku mengenai pengurusan kewangan dan perniagaan.
Pernahkah anda terkejut melihat penyata kad kredit anda pada hujung bulan selepas membeli sesuatu dari kedai dalam talian antarabangsa? Adakah caj keseluruhan yang dikenakan ke atas kad kredit anda kelihatan tidak sama jumlahnya dengan yang anda lihat semasa semakan akhir?
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membeli-belah secara dalam talian menjadi semakin popular kerana ia membolehkan kita membeli pelbagai barangan dengan hanya beberapa klik pada peranti elektronik kita. Pun begitu, ramai rakyat Malaysia masih terdedah kepada fi tersembunyi dan caj yang tidak adil apabila melakukan pembelian, pelancongan, dan pemindahan dana antarabangsa.
Dalam keadaan inilah pentingnya mempunyai akaun mata wang asing yang boleh membantu menyelaraskan cara anda menghantar, membelanja atau menerima wang.
Sama ada anda menggunakannya untuk tujuan peribadi atau perniagaan, akaun mata wang global ini memberikan kebebasan tambahan dan memadamkan sempadan. Di sini dikongsikan beberapa cara bagaimana akaun dan kad mata wang asing boleh membantu memudahkan hidup anda:
1. Berbelanja dalam mata wang tempatan apabila membuat pembelian antarabangsa
Kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia memang suka membeli-belah. Apabila pandemik melanda, ramai rakyat negara ini beralih daripada berbelanja di pusat beli-belah kepada kedai dalam talian, sama ada kedai tempatan mahupun antarabangsa. Peralihan ke pembelian dalam talian ini didorong oleh keperluan tetapi ia turut membantu ramai rakyat Malaysia untuk membeli barangan kegemaran mereka dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri. Bagaimanapun, transaksi begini boleh mengecewakan apabila kita berdepan dengan fi tersembunyi dan kadar tukaran yang tidak menentu. Oleh itu, cara terbaik bagi menangani perkara ini ialah dengan memilih untuk membayar dalam mata wang negara di mana anda membeli – di sinilah akaun mata wang asing anda akan memainkan peranannya. Membayar seperti orang tempatan untuk menjimatkan fi tambahan dan mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik!
2.Kawal kewangan anda apabila melancong ke luar negara
Situasi pandemik yang semakin reda mendorong banyak negara untuk membuka sempadan mereka — keputusan yang mengujakan ramai rakyat Malaysia yang mula merancang percutian masing-masing dengan teliti. Oleh itu, jika anda bercadang untuk melancong ke luar negara, mempunyai kad mata wang asing akan membantu anda berbelanja dalam pelbagai mata wang tidak kira di negara manapun anda berada, dengan kadar tukaran yang lebih baik, dan biasanya lebih rendah daripada bank tradisional anda.
Anda tidak perlu risau tentang penipuan kerana anda sentiasa berada dalam keadaan terkawal apabila menggunakan akaun mata wang asing, dengan notifikasi transaksi yang pantas dan boleh membekukan kad anda serta merta. Anda juga dapat berbelanja seperti orang tempatan kerana anda boleh menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang daripada akaun mata wang asing anda di ATM di seluruh dunia.
3.Mendapat bayaran seperti orang tempatan walaupun dari pelanggan luar negara
Bekerja secara bebas adalah antara cara terbaik untuk menyokong gaya hidup yang tidak terikat dengan kerja pejabat yang tradisional. Bagi ramai orang, ia juga adalah peluang untuk bekerja dalam syarikat yang menarik di negara yang berbeza. Ia juga bermakna mempunyai kebebasan untuk merancang hari anda, dan pada masa sama, anda bertanggungjawab mengekalkan aliran kerja yang berterusan. Meluaskan horizon anda kepada kelompok pelanggan serantau atau global boleh membuahkan hasil yang lebih baik dan mungkin pendapatan yang lebih tinggi juga.
Tetapi timbul satu persoalan, bagaimana bayaran yang anda terima? Kebanyakan syarikat berusaha membayar pekerja bebas mereka dalam mata wang tempatan. Jadi, di sinilah terletaknya kepentingan akaun mata wang asing, yang membolehkan anda menerima gaji dan pembayaran invois dalam mata wang tempatan mereka, yang boleh ditukarkan ke mata wang tempatan anda untuk digunakan. Maka tiada lagi fi bank yang tinggi atau kadar tukaran wang yang tidak adil untuk kedua-dua belah pihak!
4.Menguruskan aset luar negara anda dari jauh
Sebaik anda membeli aset di luar negara, anda akan berfikir tentang cara yang paling sesuai untuk membayar utiliti, cukai, dan lain-lain fi mandatori. Untuk mentafsir caj yang tidak pasti dan tersembunyi yang dikenakan apabila melakukan pemindahan wang melalui bank memang boleh membuatkan kita berasa tertekan. Lagi pun, tiada siapa yang mahu membayar lebih daripada sepatutnya, kerana ia hanya akan menyebabkan kerugian wang.
Inilah hakikatnya jika anda membeli aset sebagai pelaburan dan menjadikannya sebagai Airbnb atau ruang acara untuk disewa. Satu pilihan yang bagus untuk menguruskan aset begini ialah dengan memiliki akaun mata wang asing, di mana anda boleh membayar dan menerima bayaran dalam mata wang tempatan, dan kemudian menukarnya ke dalam mata wang yang anda inginkan apabila mendapat kadar tukaran yang baik. Ia mempermudahkan urusan dan memadamkan kerumitan pengurusan aset — selain menjimatkan wang.
Anda juga perlu tahu pentingnya untuk memilih akaun mata wang asing yang membolehkan anda menyimpan sementara, menerima atau menukar pelbagai mata wang berbeza pada kadar yang serendah mungkin. Dengan Wise, anda akan dapat menikmati kadar tukaran pasaran pertengahan untuk pemindahan, penukaran dan banyak lagi tanpa fi tersembunyi.
Ciri lain yang perlu diperhatikan ialah pengesahan keselamatan 3-D, yang memastikan setiap transaksi adalah selamat. Jadi, jika anda mahu menjalankan transaksi antarabangsa dari suasana selesa di rumah anda atau mengelilingi dunia untuk melihatnya sendiri, maka memiliki akaun mata wang asing adalah satu langkah yang bijak.
Jika berada di samping isteri kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang memegang portfolio kepada Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya Sabah ini pasti dapat menyaksikan keceriaan wanita ini bersama anak-anak tersayang.
Foto: Instagram @zizieizette
Keriuhan sewaktu mengabadi foto Datin Sri Zizie Izette bersama Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette (kembar seiras) serta Aalisa Belle Izette untuk jadi penghias kulit Majalah Nona edisi Oktober 2020 mencipta momen terindah. Teruja melihat 5 kanak-kanak comel ini yang begitu sporting memberikan pose terbaik dan mendengar kata ibu mereka.
Patutlah Datin Sri Zizie sering berkongsi foto dan kehidupannya bersama lima anak-anaknya dengan penuh gelak-tawa di laman media sosial. Ramai yang gemar melihat telatah wanita putih gebu ini mengusik anak-anaknya. Mungkin ini berkat kesabaran wanita yang mula berlakon dalam filem Kekasih Awal dan Akhir ini berdoa tanpa henti untuk memiliki cahaya mata.
Cepat atau lambat akhirnya Datin Sri Zizie akhirnya memiliki sepasang anak kembar dan tiga lagi anak yang lain untuk menyerikan hidupnya bersama suami tersayang. Mengimpikan sebuah keluarga yang besar, Datin Sri Zizie tidak pernah berselindung tentang kedua-dua anak angkatnya. “Ramai orang bertanya tentang kasih antara anak kandung dan anak sendiri.
Foto: Instagram @zizieizette
Jawapan saya senang saja. Sedangkan anak sendiri pun kita sebagai ibu kadang-kadang tak boleh nak berlaku adil. Maksud saya, pernah tak kita dengar rungutan kawan-kawan, ibu mereka melebihkan kasih sayang kepada kakak atau abang padahal sebenarnya situasi itu tidak berlaku.
Foto: Instagram @zizieizette
Setiap ibu sayang sama rata kepada semua anak-anak mereka. Cuma kadang-kadang ada hari-harinya seorang terlebih yang ini dan seorang terlebih yang itu. Tapi sebagai seorang ibu, kita cuba beri yang terbaik untuk anak-anak,” tutur Datin Sri Zizie sambil tersenyum.
Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak bila umur mereka rapat-rapat dan diakui sendiri oleh pelakon yang membawakan watak sebagai Puan Sri Mawar dalam drama Hero Seorang Cinderella ini. “First of all saya tak boleh ambil kredit untuk diri sendiri sebab saya ada 2 orang pembantu untuk jaga 5 orang anak.
Foto: Instagram @zizieizette
Tapi walaupun ada pembantu, saya tak lepaskan semua tanggungjawab kepada pembantu. Saya akan monitor setiap pergerakan mereka kerana saya seorang ibu yang sentiasa ada di rumah,” ucap Datin Sri Zizie sambil memandang kelima-lima orang anaknya penuh kasih.
Foto: Instagram @zizieizette
Seronok melihat cara Datin Sri Zizie melayan anak-anaknya. Jelas terpancar naluri keibuan dalam diri wanita yang mudah tersenyum ini. Bila ditanya tentang perasaannya melahirkan anak di usia 40 tahun, jawabnya, “Saya melahirkan Aalisa di usia 40 tahun. Saya tak tahu mengapa ramai wanita yang takut mengandung di usia 40.
Foto: Instagram @zizieizette
Pada pandangan saya mungkin ramai wanita takut sebab mereka ada masalah kesihatan. Saya tahu tahap kesihatan saya dan selalu buat medical check-up. So far, saya tidak mempunyai masalah ketika mengandung seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Jika kita tidak mempunyai sebarang penyakit, insyallah sepanjang tempoh mengandung itu akan dipermudahkan,” ujar Datin Sri Zizie yang mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh berpantang.
Mesti ramai mak-mak yang suka pakaikan anak-anak baju sedondon macam Datin Sri Zizie Izette ni kan.
Happy birthday! 27 Julai menjadi tarikh bermakna buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Bukan hanya kerana ia ulang tahun kelahirannya, lebih istimewa tarikh tersebut juga merupakan hari lahir anak kembar lelaki Dr Sheikh Muszaphar iaitu Adam dan Noah. Double celebration!
Memuat naik video di Instagram miliknya, kongsi Dr Sheikh Muszaphar, “Birthday boys today, 27th July. Happy birthday to us. Adam and Noah 27.7.2017, Daddy 27.7.72.
We are at Universal Studio Singapore. Thank you everyone for your wishes. Love as always. The twins are five and me 50 today.”
Genap berusia 50 tahun, kehidupan angkasawan pertama negara ini sering menjadi inspirasi kerana kisah kejayaan Dr Sheikh Muszaphar dalam dunia kerjaya, rumah tangga dan anak-anak.
Gemar berkongsi rutin harian bersama followers, suami Datin Dr Halina ini berada di Singapura selama tiga hari untuk menghadiri persidangan angkasa.
“Attending a Space Conference in Singapore for three days. Brought Adam and Noah along. Tak sampai hati. Just me and the twins.”
Credit Instagram @drsheikhmuszaphar / Dr Sheikh Muszaphar sebelum berkahwinCredit Instagram @drsheikhmuszaphar / Pernah bergelar model suatu ketika duluCredit Instagram @drsheikhmuszaphar / Di samping isteri tercinta ketika mengerjakan haji tahun 2010
Meniti usia separuh abad, Dr Sheikh Muszaphar telah berjaya mencapai pelbagai pencapaian membanggakan. Selain dikurniakan enam cahaya mata comel dan bijak, beliau juga seorang ortopedik, penulis, pengusaha restoran, model dan penceramah.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina ialah suami isteri contoh kerana sikap mereka yang saling menghormati pasangan.
Mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010, pasangan romantis ini dikurniakan enam anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta sepasang anak kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang dilahirkan pada 20 November 2020.
Nak anak celik Al-Quran, dapatkan My Qalam Elite Digital Kids Set dengan harga promosi menggunakan kod NONGSP5 di sini.