
Wanita dan bra umpama ‘sahabat baik’ yang tidak dapat dipisahkan. Pakaian dalam wanita ini sebenarnya membantu membentuk payudara. Namun kebanyakan kaum Hawa seringkali salah memilih ukuran bra sehingga boleh mengancam kesihatan.
Murah atau mahal bukanlah persoalan. Apa yang penting keselesaan dan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap aset berharga ini. Menurut pakar kesihatan, seorang wanita tidak seharusnya memakai bra dalam tempoh yang agak lama.

TAHU WAKTU TIDAK PERLU MEMAKAI BRA
Anda perlu tahu waktu yang sesuai untuk tidak memakai bra ialah pada waktu tidur. Namun, ada juga wanita yang tidak memakai bra sehingga beberapa jam sebelum atau selepas tidur. Ini adalah baik untuk aliran di bahagian payudara.
GUNAKAN PAKAIAN YANG BETUL
Pakaian yang disarankan ketika anda tidak memakai bra adalah pakaian yang longgar dengan warna yang gelap dan tebal. Elakkan menggunakan pakaian berwarna putih kerana ia boleh menyerlahkan bentuk payudara anda.
URUTAN
Ini perlu untuk anda menjaga aliran darah agar berjalan dengan lancar. Urutan ini juga penting untuk anda yang sering menggunakan bra atau pakaian yang ketat.

PEMERIKSAAN KESIHATAN
Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ketika tidak memakai bra. Keadaan ini membantu anda untuk mengesan benjolan di bahagian payudara. Jangan takut untuk melakukannya kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawatnya.
DUDUK TEGAK
Ketika anda tidak memakai bra pastikan anda berada dalam postur duduk dan berdiri yang biasa anda lakukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Pernah Jejak SPA! Ini ‘Rahsia’ FIZA HALIM Miliki Kulit Licin Bak ‘Porcelain Doll’ Di Usia 40-an

Tak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Namun selebriti cantik berusia 42 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit


Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja

Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber Foto: Instagram Fiza Halim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
22 Tahun Kahwini Jutawan Amerika, Wajah Cantik THALIA Buat Ramai Terpesona Walau Dah 51 Tahun!

Memang tak pernah jemu tengok kecantikan yang dimiliki Thalia! Sekali terpandang wajahnya mesti nak tengok berkali-kali. Bagi peminat drama Latin pasti mengenali aktires rupawan yang pernah membintangi telenovela popular Maria Mercedes tahun 1992 ini.
Aura mempersona selebriti Mexico ini memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Mana tidaknya, tanggal 26 Ogos lalu ialah ulang tahun kelahiran ke-51 Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda.





Lebih istimewa, 3 Disember lepas pula ialah ulang tahun perkahwinan ke-22 Thalia dan Tommy Mottola yang merupakan Pengerusi Mottola Media Group dan bekas CEO Sony Music.
Hasil perkongsian hidup bersama jutawan kelahiran Amerika berkenaan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 14 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 11 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.






Berkongsi kegembiraan ketika sambutan anniversary berkenaan, Tommy menerusi media sosialnya meluahkan rasa teruja dapat memperisteri wanita cantik dan penyayang.
“The best day of my life! Happy Anniversary to my only true love ever! You are my bright shining star. Every day you bring me light, love, happiness and eternal optimism, and a pleasant “Buenos Dias” to cheer up my happy daily BRONX attitude. I love you so deeply in my soul, and it will be for eternity!”
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 20 juta peminat!




Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’.
November lalu, Thalia menerbitkan single terbaharunya dan dia turut menempa kejayaan luar biasa apabila lagu dendangannya memperoleh +9 Billion Lifetime Streams Worldwide!
Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Air Tangan’ Abah Kunci Kejelitaan Ziana Zain, Awet Muda Di Usia 56 Tahun!

Siapa sangka dalam usia 56 tahun penampilan Ziana seperti tidak dimamah usia, masih cantik dan langsing. Tidak dinafikan selebriti ini dari dahulu sehingga sekarang menjaga kecantikan dak kesihatan dirinya.
Penampilan selebriti ini setiap kali muncul di khalayak ramai pasti menarik perhatian ramai. Sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah.
Untuk kekal dalam industri pastinya penampilan seseorang itu juga perlu dititiberatkan, begitu juga ibu kepada empat orang anak ini. Siapa sangka artis lokal yang bertaraf antarabangsa ini masih mengamalkan petua lama untuk menjaga kecantikan wajah.
Ziana Jaga Muka Guna Masker Beras & Minyak Kelapa Untuk Rambut Sihat Air Tangan Abah

Menurutnya lagi dalam satu temubual bersama Intrend penampilan dan kecantikan wajahnya dijaga oleh abahnya. Seorang lelaki yang sentiasa menjadi tulang belakang kerjayanya iaitu abah.
“Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah! Menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Ziana berterima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan.
“Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan. Disiplin itu penting!
“Masker muka dan minyak kepala sendiri, antara petua Abah yang sampai sekarang Ziana Zain amalkan. Masker muka yang dibuat oleh abahnya, mudah sahaja dengan rendamkan beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Biarkan di muka!
“Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut,” jelasnya.
Badan Fit, Kekal Stamina Dan Bertenaga!

Berstatus ibu tunggal, Ziana Zain tetap aktif di pentas seni. Malah setiap persembahannya penuh bertenaga. Pasti Ziana Zain mempunyai persiapan dan penjagaan diri bagi mengekalkan kesihatannya.
“Amalkan minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi, sekurang-kurangnya minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, Ziana hanya ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukup sekadar sayur- sayuran atau lauk.
“Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, paling penting lari keliling rumah, janji peredaran darah perlu lancar.
“Badan mesti aktif! Sekiranya tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Kak Ziana lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting,” kongsinya lagi. Penting bagi seorang penyanyi menjaga kualiti suara, bagi Ziana dia tidak pernah sentuh ais, melainkan terlalu teringin,” tambahnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sumber Foto: Instagram Ziana Zain
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


