Sejak kebelakangan ini, kebanyakan wanita sudah mula prihatin soal penjagaan wajah dan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan rawatan wajah yang terbaik. Malah kehadiran klinik estetik juga hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang bertambah dari sehari ke sehari.

Nak Kulit Cantik Bak Selebriti Korea Ada Regim Yang Perlu Dijadikan Rutin!

 

Klinik estetik MyClinic mengembangkan sayap dengan pembukaan cawangan ke-10 di Shah Alam baru-baru ini. Menurut Pengarah Perubatan MyClinic, Dr. Choo Kher Wooi, kewujudan klinik estetik ini memberi ruang dan peluang setiap pelanggan mendapat khidmat nasihat bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, disesuaikan dengan bajet yang ada.

Meskipun terdapat pelbagai pilihan klinik estetik, namun sebagai pelanggan mereka perlu bijak memilih klinik yang bertauliah agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari. Menempatkan barisan pakar bertauliah yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nak Kulit Cantik Bak Selebriti Korea Ada Regim Yang Perlu Dijadikan Rutin!

“Klinik estetik berlesen perlu mempunyai doktor yang mempunyai Credentialing and Privileging (LCP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu barulah klinik tersebut akan mendapat kelayakan untuk membuka klinik estetik. Doktor kami mempunyai kepakaran dan profesional dalam mengendalikan masalah kulit dengan selamat.

Mungkin ramai beranggapan rawatan yang ditawarkan di klinik estetik tidak jauh fungsinya dari rawatan di salun, namun tanggapan tersebut sememangnya amat menyimpang apatah lagi rawatan di klinik estetik mempunyai paten dan kajian yang dijalankan sebelum ia diperkenalkan kepada para pelanggan. Ia amat penting untuk mengelakkan masalah-masalah seperti komplikasi kulit, alergik atau pengelupasan kulit secara berlebihan.

Nak Kulit Cantik Bak Selebriti Korea Ada Regim Yang Perlu Dijadikan Rutin!

“Rawatan paling popular ialah hydra facial di mana ia sesuai dengan semua jenis kulit. Rawatan kulit menjadi antara keperluan masyarakat kita kerana faktor media sosial. Semua mahu kelihatan cantik dan yakin apabila berjumpa orang. Nak muat naik gambar di media sosial juga perlukan usaha untuk nampak cantik.

Tambah Dr Choo lagi, masalah kulit paling lazim yang dihadapi rakyat Malaysia ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam. Jelasnya, penggunaan produk penjagaan kulit adakan rejim paling penting dalam memastikan kulit sihat dan bersih.

“Masalah kulit paling lazim yang dihadapi ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam disebabkan cuaca panas. Saya sarankan setiap orang lakukan rawatan muka seperti facial sekali dalam sebulan. Ia bukan lagi satu gaya hidup, sebaliknya satu keperluan. Kulit mati, bintik putih dan bintik hitam, pigmentasi antara sebab utama kenapa kita perlu lakukan rawatan muka.

“Sejak kebelakangan ini, golongan wanita sering memuji kulit bak selebriti Korea atau Korean glass skin. Tidak salah untuk bercita-cita memiliki kulit yang cantik bak selebriti. Namun, yang paling penting ialah perlu gunakan skincare yang bersesuaian.

Jangan culas bersihkan muka sebelum tidur. Penting untuk bersihkan solekan dan cuci muka dengan double cleanser, kemudian toner, serum, pelembab dan akhir sekali, wajib gunakan pelindung matahari, kena top up empat jam sekali,” ulasnya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI