Kulit yang sihat bermula dari dalam diri kita. Ini kerana setiap makanan yang masuk ke dalam badan kita akan terpancar pada kulit. Antaranya, tabiat suka mengambil makanan segera boleh menyebabkan kulit terlihat kusam dan berminyak.

IKLAN

Sebaliknya, jika kita mengamalkan pemakanan sihat serta kaya dengan vitamin dan mineral dapat menjadikan kulit kekal sihat, cerah dan juga awet muda. Amalkan pengambilan vitamin setiap hari khususnya untuk kulit agar kekal sihat dan cerah.

Berikut dikongsikan beberapa jenis vitamin yang baik untuk kesihatan kulit.

VITAMIN E

Sangat terkenal sebagai vitamin untuk kulit. Keperluan harian bagi dewasa ialah sekitar 15 mg. Vitamin E membantu merawat kulit kering, mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV dan mengekalkan keanjalan kulit. Sumber vitamin E seperti bayam, kekacang, minyak zaitun dan suplemen tertentu (atas nasihat doktor).

VITAMIN A

Bermanfaat menjaga kesihatan mata dan memelihara kulit. Golongan dewasa memerlukan sekitar 600 mikrogram vitamin A setiap hari. Antara sumbernya ialah ubi jalar, lobak merah dan sayuran hijau. Waspada dengan penggunaan suplemen berlebihan kerana boleh mengganggu nafsu makan, gangguan tulang, mual dan muntah serta penglihatan kabur. Vitamin A membantu mengurangkan kedutan, mengatasi kusam, menghaluskan kulit dan mengelakkan jerawat.

IKLAN

VITAMIN B KOMPLEKS

Terkandung dalam oatmeal, beras, telur dan pisang. Ia turut mengandungi biotin yang menjadi asas kepada pembentukan kuku, kulit dan sel rambut. Kekurangan vitamin B kompleks boleh menyebabkan dermatitis dan keguguran rambut. Keperluan vitamin B kompleks bergantung kepada usia dan keadaan kesihatan, namun sebaiknya dapatkan nasihat doktor dahulu.

VITAMIN C

IKLAN

Seringkali disebut sebagai antioksidan kerana bukan saja boleh menjadikan anda ‘kebal’ daripada serangan penyakit berjangkit malah baik untuk kesihatan kulit. Golongan dewasa memerlukan vitamin C sekitar 90 mg (lelaki) dan 75 mg (wanita). Sumbernya seperti sayuran hijau dan buah oren. Vitamin C juga diperoleh melalui suplemen dan suntikan. Vitamin C membantu mengurangkan kedutan wajah, mencegah kulit kering dan menyamarkan noda hitam.

VITAMIN K

Membantu mengatasi masalah stretch mark, bekas luka, bintik hitam dan lingkaran hitam bawah mata. Keperluan vitamin K bagi dewasa sekitar 65 mikrogram (lelaki) dan 55 mikrogram (wanita). Amalkan pengambilan sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan sawi. Elakkan berlebihan kerana boleh mengakibatkan penggumpalan darah.