Setiap kali menjelangnya hujung tahun pasti anda sudah mempunyai perancangan untuk pergi bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan baik. Sebelum meninggalkan rumah sebaiknya anda mengemas rumah terlebih dahulu.

IKLAN

Ini kerana jika meninggalkan rumah dalam keadaan tidak terurus, sekembalinya anda dari bercuti rumah pasti akan bertambah kotor. Sudahlah penat, terpaksa pula menatap pemandangan yang kurang menarik.

5 cara ini dapat membantu anda menguruskan rumah agar lebih bersih dan menarik sebelum pergi bercuti.

BIARKAN SINARAN PAGI MASUK KE RUMAH

Mulakan dengan membenarkan sinaran matahari menjengah masuk ke dalam ruang rumah. Diikuti dengan membersihkan tingkap dan menggantikan langsir secara rutin. Ruang rumah anda akan kekal bersih dan cantik walaupun ditinggalkan sementara.

KUMPUL BARANG MENGIKUT BENTUK

Membersih dan mengemas rumah sesuai dengan kategorinya. Contoh, buku-buku dikumpulkan bersama buku bacaan yang lain. Begitu juga dengan barang-barang yang lain dikumpulkan mengikut jenis yang sama. Barulah pemandangan menjadi lebih tenang.

Nak Pergi Bercuti? Tunggu Dulu! Pastikan 5 ‘PANTANG LARANG’ Ini Dilakukan Agar Rumah Kekal Bersih

IKLAN

BERSIHKAN KOTORAN DAN DEBU

Bersihkan setiap sudut meja, kerusi dan perabot sebelum meninggalkannya untuk pergi bercuti. Bersihkan juga ruang tamu, meja kerja, bilik tidur, bilik mandi dan kabinet dapur. Mulakan membersih dari lantai, dinding sehingga ke langit-langit agar rumah tampil menarik dan bersih.

IKLAN

SUSUN SEMULA PERABOT

Kadang kala perabot mahupun perhiasan rumah berubah-ubah kedudukan disebabkan aktiviti-aktiviti penghuninya. Kemaskan dan susun semula perabot serta perhiasan rumah di tempat asalnya agar lebih kemas.

SEGARKAN DENGAN HARUMAN

Setelah selesai aktiviti membersih dan mengemas tiba pula masanya untuk menjadikan ruang lebih harum. Sediakan haruman yang mampu membangkitkan aura ketenangan sepanjang berada di rumah. Selain itu, anda juga boleh meletakkan lilin aromaterapi yang lebih mendamaikan jiwa. AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI