Foto parti sambutan hari jadi ke-50 seorang wanita bernama Puspa Dewi, heboh bertebaran di media sosial sejak 29 September 2017 lalu. Manakala tahun lalu wanita ini telah menyambut ulang tahun yang ke 51 tetapi penampilannya tetap kelihatan muda remaja. Pasti ramai wanita yang mencemburui kejelitaan wanita ini dan ingin tahu apakah rahsia yang diamalkan.
Angka 51 itu langsung tidak mencerminkan wajah Puspa Dewi, seorang ibu separuh abad yang kelihatan seperti gadis remaja. Orangnya nampak muda betul!
Pada awal tahun ini anak lelakinya, Dennis Hadi merupakan seorang fitness & nutrition experts telah berkahwin dan apabila digandingkan bersama Puspa Dewi dan menantunya umpama sebaya.
Sering dilihat tersenyum manis, ibu kepada Dennis Hadi dan Daniel Hadi itu sebenarnya merupakan seorang pegawai bank yang disegani di Bank Danamon Indonesia. Beliau juga kerap membantu menjalankan perniagaan katering anak sulungnya iaitu HadiKitchen Healthy Catering.
Apabila menyelongkar gaya hidup Puspa Dewi, ternyata ada 3 amalan yang selalu dibuat oleh wanita beranak dua yang mesra disapa sebagai Mama Hadi ini.
(1) Aktif berzumba dan bersenamrobik. Tengoklah, lincah gerakannya!
(2) Mengamalkan pemakanan sihat dan melebihkan sayur-sayuran. Setiap kali tibanya waktu makan tengah hari, pek makanan Puspa Dewi akan dihantar sendiri oleh anaknya dari HadiKitchen Healthy Catering. Sedap dan berkhasiat!
(3) Sentiasa menjaga penampilan diri, gayanya persis anak remaja.
Selain gaya hidup aktif dan sihat, Puspa Dewi juga selalu dikelilingi ahli keluarga serta rakan-rakan yang positif. Beliau sentiasa positif dan berusaha menjauhi tekanan dengan melancong ke pelbagai tempat.
Nah, mungkin banyak ‘amalan’ wanita ini yang boleh kita amalkan dari sekarang. Maklumlah, siapa nak nampak berusia kan? Dengarnya Puspa Dewi ni juga adalah ibu saudara selebriti terkenal iaitu Sandra Dewi.
Sumber: Instagram @puspadewihc
20 Selebriti Chef Terkaya Di Dunia & Bergelar Billionaire, Gordon Ramsay Jatuh Tempat Ke-3
Kadang-kadang bagai tak tercapai di fikiran seorang tukang masak boleh bergelar Billionaire. Sebagai contoh, 20 selebriti chef dunia ini merupakan terkaya di dunia dan memperolehi pendapatan sehingga billion ringgit.
Bekerja di dapur dan menyediakan makanan untuk orang ramai sebenarnya kerjaya yang sangat terpuji. Bukan mudah juga untuk memenuhi selera orang atau menjamu mengikut selera semua orang tau. Kebersihan dan kualiti sangat penting dalam dunia pemakanan.
Di samping menyediakan makanan untuk orang ramai, menjalankan perniagaan restoran dan menjadi undangan untuk program televisyen merupakan pendapatan buat chef.
Ini membuktikan, dalam dunia ini tak kira apa jenis pekerjaan, jika dilaksanakan betul-betul sudah pasti meraih kedudukan tertinggi seperti 20 Selebriti Chef Terkaya ini. Setelah penat berusaha, berserah kepada Yang Maha Esa kerana rezeki seseorang telah diatur dengan cantik.
Jom kita tinjau 20 Selebriti Chef Terkaya Di Dunia;
20. Guy Fieri
Jumlah kekayaan: USD$20 Million
Lelaki ini memiliki 3 restoran di California dan pernah memenangi Emmy Award television series juga merupakan penulis buku masakan bertaraf best-seller.
19. Mario Batali
Jumlah kekayaan: USD$25 Million
Lelaki berusia 61 tahun ini dikenali melalui penampilan dalam program Iron Chef Amerika yang dipertontonkan melalui saluran Food Network. memiliki beberapa buah restoran di Amerika seperti New York, Las Vegas, Los Angeles dan California.
18. Rick Bayless
Jumlah kekayaan: USD$30 Million
Mengetengahkan masakan tradisional Mexico merupakan kepakaran selebriti chef ini. Malah Rick Bayless juga mempunyai makanan signature sendiri serta mempunyai beberapa buah restoran, produk makanan dan penampilan di program televisyen.
17. Giada De Laurentiis
Jumlah kekayaan: USD$30 Million
Selebriti chef yang cantik ini biasa dilihat dalam program masakan di televisyen. Seronok melihat Giada kongsi resipi masakan. Nampak senang nak buat dan menyelerakan. Giada merupakan pengasas GDL Food (katering) dan pernah memenangi beberapa anugerah seperti Daytime Emmy Award for Outstanding Lifestyle Host.
16. Marco Pierre White
Jumlah kekayaan: USD$40 Million
Lokasi personaliti televisyen, selebriti chef dan pemilik restoran ini ialah di Yorkshire, United Kingdom. Keupayaan Marco dalam bidang masakan bukan calang-calang kerana pernah dianugerahkan tiga bintang Michelin.
15. Levi Roots
Jumlah kekayaan: USD$45 Million
Chef ini terkenal dengan Reggae Reggae Sauce dan terjual di seluruh pasar raya di United Kingdom. Bermula dengan menjual secara kecil-kecilan di ekspo makanan kini British-Jamaican selebriti chef ini telah bergelar jutawan.
14. Charlie Ayres
Jumlah kekayaan: USD$45 Million
Memulakan karier dalam dunia kulinari sebagai executive chef di Ibu Pejabat Google di California. Kemudian lelaki ini telah membuka rangkaian cafe sendiri sehingga mampu meraih pendapatan yang lumayan.
13. Vikram Vij
Jumlah kekayaan: USD$50 Million
Lelaki ini berbangsa India yang dilahirkan di Kanada ini bukan sahaja bergelar selebriti chef malah merupakan personaliti televisyen dan usahawan serta pengarang buku masakan. Vikram juga merupakan pelabur untuk sebuah program realiti televisyen, Dragon’s Den.
12. José Andréas
Jumlah kekayaan: USD$50 Million
Selebriti chef ini merupakan pengasas kepada World Central Kitchen (WCK) dan mempunyai beberapa rangkaian restoran di Amerika Syarikat. Kepakaran selebriti chef ini dalam dunia masakan memang tidak perlu disangkal lagi kerana pernah dianugerahkan dua bintang Michelin.
11. Ina Garten
Jumlah kekayaan: USD$50 Million
Bila melihat wajah selebriti chef ini terus terbayangkan program masakannya, Barefoot Contessa. Lembut caranya berkongsi resipi dan sering menjamu orang makan. Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang formal dalam bidang kulinari namun Ina berjaya meraih pendapatan yang sangat lumayan.
10. David Chang
Jumlah kekayaan: USD$60 Million
Selebriti chef ini pernah dianugerahkan dua bintang Michelin dan mengasaskan sebuah program Netflix, Ugly Delicious. Bahkan David juga merupakan pengarang buku dan mempunyai beberapa rangkaian perniagaan yang menguntungkan.
9. Bobby Flay
Jumlah kekayaan: USD$60 Million
Wajah selebriti chef ini juga biasa dilihat di kaca televisyen. Sukses dalam perniagaan restoran, lelaki ini juga mengacarakan beberapa program masakan di saluran Food Network. Beberapa buku yang telah dihasilkan oleh beliau juga adalah best seller.
8. Emeril Lagasse
Jumlah kekayaan: USD$70 Million
Mendapat pendidikan secara formal dalam bidang kulinari pada tahun 1978 rupanya membawa tuah buat selebrti chef ini. Menempa nama dalam bidang masakan dan telah dianugerahkan beberapa anugerah dalam bidang masakan. Chef ini juga mempunyai restoran sempena namanya sendiri, Emeril’s.
7. Rachael Ray
Jumlah kekayaan: USD$80 Million
Hebat sungguh pendapatan yang diperolehi oleh selebriti chef ini. Terkenal melalui program masakan Quick and Easy yang berkongsi resipi mudah dan cepat disediakan.
6. Wolfgang Puck
Jumlah kekayaan: USD$90 Million
Lelaki yang berusia 72 tahun ini merupakan selebriti chef ke-6 terkaya di dunia. Daripada dunia masakan beliau mampu menjadi seorang jutawan. Mesti hebat air tangan selebriti chef ini. Sebagaimana selebriti lain, Wolfgang juga mempunyai perniagaan restoran dan perkhidmatan katering.
5. Thomas Keller
Jumlah kekayaan: USD$130 Million
Menjadi salah seorang selebriti chef terkaya di dunia mungkin bukan lagi mimpi buat chef ini. Memulakan karier di restoran milik ibunya sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan dalam bidang masakan. Membuka restoran yang diberi nama Rakel pada tahun 1987 mungkin pembuka rezeki buatnya.
4. Nobu Matsuhisa
Jumlah kekayaan: USD$200 Million
Memulakan kerjaya di sebuah restoran sushi di Tokyo sehingga mampu bergelar jutawan dalam bidang kulinari benar-benar mencetus inspirasi. Kini selebriti chef ini mempunyai beberapa rangkaian restoran di seluruh dunia yang menyumbang kepada pendapatan yang diperolehinya kini.
3. Gordon Ramsay
Jumlah kekayaan: USD$220 Million
Siapa yang tak kenal dengan selebriti chef ini. Menduduki carta ketiga selebriti chef terkaya di dunia menyuntik inspirasi kepada orang ramai. Malah, Gordon pernah dianugerahkan 16 bintang Michelin, bukan suatu perkara yang mudah untuk diraih.
2. Jamie Oliver
Jumlah kekayaan: USD$400 Million
Memang dari dahulu suka tengok program masakan Jamie Oliver ini. Main campak-campak sahaja selebriti chef ini masak dan berkongsi resipi. Program televisyen The Naked Chef antara program yang sangat popular. Mempunyai rangkaian restoran dan mengarang buku masakan merupakan penyumbang kepada pendapatan beliau.
1. Alan Wong
Jumlah kekayaan: USD$1.1 Billion
Satu-satunya selebriti chef yang meraih gelaran Billionaire dengan pendapatan USD$1.1 Billion. Hebat! Sungguh. Mempunyai beberapa buat restoran di Hawaii serta Jepun dan salah satunya ialah Hawaii Regional Cuisine. Alan juga merupakan salah seorang juri program realiti, Top Chef.
Sumber: Chef Terkaya Di Dunia
Dapat 7A SPM Anak Lelaki Kembar Azhar Sulaiman Wakili Pasukan Hoki Ais Malaysia
Umum mengetahui selebriti popular Azhar Sulaiman mempunyai sepasang anak kembar. Masing-masing telah memperolehi keputusan cemerlang dapat 7A SPM tahun 2019 yang lalu.
Baik Andika Ress Pahamin mahupun Kasih Iris Leona bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dapat 7A SPM malah pasangan kembar tak seiras dan berlainan jantina ini turut aktif dalam ko-kurikulum di sekolah.
Ini terbukti apabila pasangan adik beradik kembar ini telah dianugerahkan oleh pihak sekolah dengan anugerah Tokoh Ko-kurikulum. Dalam ramai-ramai pelajar sekolah mereka yang terpilih, sudah tentu sumbangan adik-beradik ini telah mengharumkan nama sekolah.
Terbaharu, anak lelaki kembar pelakon popular 90an ini, Andika Ress Pahamin telah terpilih mewakili Malaysia dalam sukan hoki ais pula. Bukan calang-calang atlet yang boleh mewakili Malaysia dalam sukan ais ini.
Gembira dengan kecemerlangan anak lelaki kembarnya, pelakon utama filem Abang 92, Mira Edora dan Riang Tirana ini telah memuat naik sebuah video di laman Instagram milik peribadinya.
Pelakon yang memegang watak sebagai A. Rafee dalm filem Jimi Asmara ini telah memaklumkan bahawa cucu kepada bekas Pengerusi AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Rajab ini terpilih mewakili negara untuk pasukan hoki ais yang bertanding di Kyrgyzstan.
Tahniah buat Andika Ress Pahamin dan pasukan hoki ais kebangsaan dan semoga pasukan mereka dapat mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.
Namun, khabarnya pasukan hoki ais lelaki kebangsaan berdepan pelbagai cabaran menjelang penampilan sulung skuad itu pada Kejohonan Dunia Persekutuan Hokis Ais Antarabangsa (IIHF) 2022 Bahagian IV di Bishek, Kyrgyzstan, dari 3 hingga 9 Mac ini.
Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan kebangsaan ini adalah lima daripada 20 pemain telah didapati positif COVID-19 seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.
Andika Ress Pahamin kelihatan kacak dan bergaya menyarung jersi kebangsaan. Mungkin mewarisi wajah kacak ayahnya yang pernah menjadi pujuaan wanita suatu ketika dahulu.
Sudah tentu Azhar Sulaiman dan isterinya Chempaka Emalin Pahamin begitu bangga dengan pencapaian anak lelaki mereka. Pasangan sama cantik ini telah berkahwin pada tahun 1996 dan mempunyai seorang lagi anak perempuan, Kasih Leia Ixora.
Baca juga; 9 Jenis Sukan Erra Fazira Dah Cuba
Ambil Inspirasi Dan Semangat Ibu Tersayang, JOHAN “JOJO” GHAZALI Kini Bintang ‘Masa Depan’ Sukan Muay Thai
Beberapa hari lepas, tular video atlet Muay Thai kebangaan negara berusia 16 tahun, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar ‘menghadiahkan’ pukulan KO kepada atlet Muay Thai dari Thailand dan sekaligus melakar kejayaan dengan meneruskan kecemerlangan dalam siri One Championship
Dalam pertarungan itu, atlet muda dari Sarawak itu menumbangkan lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.
Menerusi rakaman yang dikongsikan Beyond Kickboxing, Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo bertarung dengan lawan dari Thailand, namun apa yang menarik perhatian dia tetap tenang walaupun sering kali diprovok oleh peninju Gajah Putih itu dengan menjelirkan lidah berkali-kali kepada Jojo.
Namun, Jojo yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap kekal tenang dan membalas dengan tumbukan sebelum menumbangkannya dengan pukulan KO.
@jaffleemoss Johan Ghazali Juara One Championship|16 Tahun Juara One Championship Muay Thai #muaythai #johanghazali #onechampionship #flyweight #borneo #anaksarawak ♬ The Champion – Lux-Inspira
Ketika diwawancara selepas perlawanan, Jojo kelihatan dilihat sangat teruja dengan kejayaan yang diraihnya, sambil berkata kejayaaan pada hari itu adalah berkat sokongan ibu tercinta yang berada di stadium ketika itu, bersorak buat anak tercinta.
“Saya kuat kerana ada sokongan daripada ibu di stadium, bapa saya yang menonton di rumah selain rakan-rakan yang datang dari Malaysia, jadi tak adil kalau saya tidak berikan 100 peratus dalam pertarungan ini.
“Sasaran saya seterusnya untuk mendapatkan kontrak, saya rasa belt One Championship ini ditakdirkan buat saya. Saya adalah masa depan,” katanya dalam rakaman berkenaan.
Johan dilahirkan pada 11 November 2007 di Sarawak dan merupakan anak lelaki kedua kepada bapa Zulfikar dan ibu Jennana Johnson di Sarawak, Malaysia.
Zulfikar dan Jennana turut mempunyai dua lagi anak lelaki dan seorang anak perempuan, yang turut sama aktif dalam sukan Muay Thai. Kedua dua mereka juga dilihat cukup komited menumpukan kepada pembangunan sukan Muay Thai di Sarawak.
Menurut sumber The Borneo Post, ibunya Jennana, dilahirkan pada tahun 1979 kini berusia 44 tahun dia serta suami kedua-duanya cukup aktif dalam bidang Muay Thai semasa usia muda mereka. Jennana mula terlibat dalam sukan Muay Thai pada usia 16 tahun.
Jennana juga merupakan dorongan terbesar kepada Johan dan banyak menghabiskan masanya memberikan latihan dan memfokuskan kepada pembangunan sukan kanak-kanak lelaki Muay Thai sekaligus mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik dalam sukan itu. Malah ibunya juga bertindak sebagai ‘trainer’ kepada Johan seperti apa yang dikongsikan Johan menerusi video di bawah.
“Muay Thai satu sukan yang mencabar fizikal, dan tidak semua orang boleh melakukannya. Saya bermula di usia 16 tahun, jadi saya tahu bagaimana rasanya. Saya faham pengorbanan mereka,” jelas Jennana dalam satu temubual.
Johan juga dilihat cukup rapat sekali dengan ibunya dan tak lokek berkongsi gambar bersama ibu di laman media sosial Facebooknya.
Malah setiap kali Hari Ibu, pasti Johan akan memuatnaik gambar ibunya. Semoga keakraban dan perhubungan istimewa antara anak dan ibu ini melahirkan banyak lagi kejayaan buat Johan Ghazali di masa hadapan. Tahniah sekali lagi NONA ucapkan kepada Johan, anda seorang anak muda yang hebat!
Gambar: FB & Instagram Johan “JOJO” Ghazali