Sepagi di kediaman mewah Dato’ Seri Aliff Syukri, banyak kisah keluarga termasuk kenangan usahawan selebriti ini dengan ibunya, Bonda Rozita yang disembangkan. Dalam degil-degil tu, rupanya terselit sifat beliau yang sangat menghormati ibu, khasnya ketika memilih calon jodoh dulu.

IKLAN

16 tahun berumah tangga, kini Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida Rashid sudah dikurniakan enam cahaya mata. Anak berderet-deret namun bahagia!

Anak-anak mereka Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah serta terkini, Luqman Al Hakim pastinya bertuah dilahirkan dalam sebuah keluarga senang.

Namun kata Dato’ Seri Aliff Syukri, beliau berkali-kali mengingatkan bahawa kesenangan itu adalah hasil titik peluhnya. Belum tentu anak-anak dapat merasa jika tidak bekerja kuat mencari rezeki.

“Nenek Lain Dok Layan Cucu, Dia Sibuk Buat Event” Aliff Syukri Anak Penyayang, Akui Bonda Rozita Garang!

 

“Nenek Lain Dok Layan Cucu, Dia Sibuk Buat Event” Aliff Syukri Anak Penyayang, Akui Bonda Rozita Garang!

 

IKLAN

Sambil berkongsi gambarnya dengan Bonda Rozita, Dato’ Seri Aliff Syukri menitip kata-kata jujur tentang ibu kesayangan.

“Mak saya selalu sibuk. Selalu saya ajak bercuti tapi memanjang sibuk. Nenek lain dok layan cucu tapi dia sibuk buat event di Rumah Terapi Alam.

Walau apapun saya amat bertuah memiliki mak (Bonda Rozita). Betapa bertuahnya saya memiliki ibu yang terbaik, yang penuh wawasan dan juga kelembutan serta ketegasan. Tanpa beliau pastinya saya tak sampai ke hari ini.” Aliff Syukri

IKLAN

“Nenek Lain Dok Layan Cucu, Dia Sibuk Buat Event” Aliff Syukri Anak Penyayang, Akui Bonda Rozita Garang!

 

Hampir-hampir bertemu jodoh dengan seorang anak kenamaan, lelaki segak berusia 36 tahun ini akhirnya mengikut kata hati dan memilih wanita jelita bernama Nur Shahida sebagai pasangan hidup.

Terharu dengar pengakuan hati ke hati ni, tonton video eksklusif sewaktu kami bersembang di bilik baby AS Palace…

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI