Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau mesra disapa Shiera memang dikenali ramai sebagai seorang selebriti yang kelakar. Apa saja tingkah laku dan percakapan Shiera pasti mencuit hati peminat.

IKLAN

Pendek kata, menantu kepada Datin Maria Arshad ini layak diangkat sebagai penghibur kerana perwatakannya yang ceria dan menyenangkan.

Tidak hairanlah juga Shiera menjadi antara pengacara popular yang sering menerima tawaran mengendalikan acara mahupun majlis berprestij tanah air.

Tak kering gusi penonton dibuatnya dengan gelagat personaliti ini beraksi di atas pentas.

“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy

Terbaharu, Shiera sekali lagi menarik perhatian warga maya apabila berkongsi wajah zaman kanak-kanaknya kepada umum di media sosial.

Melihat rupa paras kanak-kanak tersebut, pasti ramai tidak menyangka individu berkenaan kini sukses dalam dunia seni dan penyiaran sebagai pelawak, pelakon dan pengacara dan DJ terkenal.

Dedah isteri Ijoy Azhari ini, “Mak kita cakap ambil gambo gi studio IC dengan pasport sekali time tu.”

IKLAN

Dalam pada itu, dia sempat berseloroh foto tersebut ialah dirinya dan bukan pelawak Bell Ngasri. “Eh ni gambar kita masa kecil tau. Bukan yak yak ye @bellngasriofficial.”

“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy
“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy
“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy
“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy

Ia nyata mengundang reaksi ramai. Malah ruangan komen selebriti ini turut dibanjiri followers, peminat dan rakan-rakan artis.

IKLAN

Shiera kini bertugas sebagai penyampai radio Suria FM dan menerima menantu pertama pada 11 November 2022. Anak sulungnya iaitu Allisya Tahir berusia 23 tahun ialah zuriat Shiera hasil perkahwinan terdahulu dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt atau Tahir Ali.

“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy
“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy
“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy
“Ni Gambar Kita Masa Kecil Tau, Bukan Bell Ngasri,” Shiera Kongsi Foto Masa Kecil Undang Reaksi Rakan Artis!
Kredit Instagram @shieraijoy

Mereka berkahwin pada tahun 1993 namun bercerai enam tahun kemudian. Shiera kemudian mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zulkifli Azhari atau Ijoy pada tahun 2003 dan dikurniakan empat anak.

Dia juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Nor Azleenda dan kakak kepada Sharifah Sakinah.

Artikel selanjutnnya https://www.nona.my/dari-kecil-terserlah-cantik-fasha-sandha-imbau-wajah-kanak-kanak-kenangan-zaman-berhingus/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI