
Pewaris harta taikun teknologi, Bill Gates sudahpun menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati seorang atlet sukan berkuda. Anak gadis kesayangan Bill Gates ini telah memilih untuk mengadakan majlis resepsi di Westchester, New York pada Sabtu lalu.


Khabarnya, anak perempuan pengasas Microsoft ini, Jennifer Gates telah bernikah dengan suami, Nayel Nassar yang berasal dari Mesir pada hari Jumaat secara tertutup seperti yang dilaporkan oleh The New York Post.


Di majlis resepsinya, Jennifer yang kini berusia 25 tahun kelihatan menawan dengan gaun pengantin rekaan pereka fesyen terkenal Vera Wang di samping suaminya yang bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara sukan berkuda.
Nayel Nassar berusia 30 tahun dilahirkan di Chigaco namun dibesarkan di Kuwait. Ibu bapanya mempunyai perniagaan seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.


Pasangan sama cantik sama padan ini telah bertemu dan kemudiannya bercinta ketika sama-sama menuntut di universiti terulung dunia, Universiti Stanford Amerika Syarikat.


Majlis resepsi ini menelan belanja USD2 juta (RM8 juta). Masing-masing mencintai sukan berkuda sementara Jennifer merupakan alumni jurusan perubatan di universiti terkenal tersebut.



Walaupun ibu bapa kepada Jennifer iaitu Bill Gates dan Melinda telah berpisah secara rasmi namun masing-masing kelihatan sporting meraikan hari bahagia anak kesayangan mereka bersama.

Jennefer dan dua orang lagi adik-beradiknya dikhabarkan bakal mewarisi USD10 juta daripada USD98.1 bilion nilai kekayaan ibu bapa mereka.
3 Cara Tinggalkan Legasi & Pahala Yang Tetap Mengalir, Mudah Rupanya!

‘Macam baru semalam jumpa, hari ni dia dah tiada’
Bayangkan bagaimana jika kata-kata yang sama kita ucapkan, esok menjadi kata-kata yang diucapkan ke atas kematian kita?
Begitulah rahsianya soal ajal dan maut manusia. Bila saatnya, dimana atau bagaimana cara kematian seseorang adalah bahagian dari amalan mereka di dunia yang dirahsiakan oleh Sang Maha Pencipta.
Sekadar contoh mudah, bayangkan tiba-tiba kita disahkan positif COVID-19 dan harus berpisah terus dengan ahli keluarga. Sekelip mata diisolasi, dan tanpa sempat menulis wasiat, nyawa kita dijemput Ilahi. Apa yang bakal berlaku pada ahli keluarga dan harta-benda yang ditinggalkan?
Boleh jadi juga kita menghidap kanser atau menjadi mangsa kemalangan langgar lari. Sempat ke kita tinggalkan pusaka yang bermanfaat untuk ahli waris selepas dunia ini ditinggalkan? Apa yang dapat kita tinggalkan sebagai legasi kita, amal pahala atau sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain?
Jangan sampai kerana hidup tak merancang pusaka, harta itu menjadi puaka kepada ahli waris. Demi masa depan dan keselamatan kewangan anda serta yang tersayang, masih belum terlambat untuk membina legasi seawal hari ini. Boleh cuba ikut 3 cara mudah di bawah sebagai bekalan menuju kampung abadi.
1. Hibahkan Harta
Bagi mengatasi masalah perebutan harta dan berlaku adil kepada pewaris, Islam menetapkan hukum faraid kalau si mati tak sempat meninggalkan wasiat. Ini penting sebab isteri dan anak-anak akan kehilangan hak dan tempat bergantung apabila suami atau bapa mereka meninggal dunia.
Hukum faraid tu pula akan lebih berat ke arah lelaki sebab lelaki diamanahkan untuk menjaga ibu dan saudara perempuan mereka.
Tapi, mungkin ada yang nak membantu orang lain contohnya adik-beradik atau sesiapa saja selepas dia meninggal dunia. Dan disebabkan itu jugalah Islam memperkenalkan pemberian terancang melalui hibah dan infaq.
Jadi golongan manakah yang digalakkan untuk membuat hibah? Antaranya termasuklah pasangan yang tidak mempunyai waris (anak), mempunyai anak perempuan sahaja, individu yang belum berkahwin atau berpoligami, ahli perniagaan mahupun individu yang ingin memberikan hartanya kepada sesiapa sahaja.
Hibah bermaksud pemberian harta secara suka rela dan niat ingin membantu kepada sesiapa yang dikehendaki sewaktu masih hidup, dan tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan. Jenis-jenis harta yang boleh dihibahkan ialah harta alih seperti wang tunai, barang kemas dan harta tak alih seperti rumah, tanah dan seumpamanya.
Hibah ni penting bagi mereka yang tak mempunyai waris faraid lelaki sebagai pendinding. Apabila hibah dah diberikan, maknanya harta tersebut takkan dikira sebagai harta pusaka yang akan diagihkan kepada waris, mengikut hukum faraid. Jadi jika si suami dah menghibahkan sejumlah wang, rumah atau harta lain kepada isteri dan anak-anaknya, maka ia tak boleh direbut sesiapa, apatah lagi dimasukkan dalam pengiraan faraid.
2. Jangan Tinggalkan Hutang
Berusaha untuk tidak membebankan pewaris anda dengan hutang-piutang yang belum dilangsaikan. Apabila seseorang meninggal dunia, segala aset yang dimiliki akan menjadi cagaran membayar hutang, jadi semakin banyak hutang yang ada maka semakin berkuranglah aset anda untuk diwariskan.
Misalnya anda mempunyai wang simpanan sebanyak RM150,000 tetapi masih berhutang pinjaman rumah RM100,000 dengan bank. Apabila meninggal dunia, wang tersebut akan digunakan oleh bank untuk menyelesaikan hutang rumah. Akhirnya keluarga anda hanya menerima RM50,000 sahaja daripada jumlah keseluruhan simpanan.
3. Beramal Untuk Masyarakat
Legasi yang baik bukan sekadar untuk keluarga semata-mata. Hulurkan bantuan semampunya dengan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik dan selamat untuk didiami. Islam juga amat menggalakkan umatnya untuk bersedekah, jadi jika berkemampuan, apa salahnya jika kita biarkan pahala terus mengalir dengan menyumbang di saluran yang betul seperti kepada badan kebajikan atau NGO yang memerlukan.
Bersifat pemurah bukan sikap orang kaya semata-mata, tapi aspirasi yang boleh dilakukan oleh sesiapa pun. Jika boleh, infaqkan sebahagian harta anda kepada golongan yang lebih memerlukan tetapi harus diingatkan terutamanya kepada ketua keluarga, sebaik-baik infaq adalah apabila nafkah kepada anak isteri sudah dilunaskan terlebih dahulu.
Bagi membina legasi yang baik, mula-mula sekali anda harus menyediakan tapak asas yang kukuh. Menyertai pelan Takaful adalah salah satu cara termudah untuk mencapai tujuan ini, lebih-lebih lagi ketika berdepan situasi-situasi yang tidak terjangka seperti kematian atau kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya secara menyeluruh.
Ketiga-tiga cara tersebut sebenarnya boleh disempurnakan dan dikecapi melalui pelan takaful keluarga A-Life Legasi daripada AIA PUBLIC Takaful yang dapat membantu memastikan masa depan orang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik.
A-Life Legasi adalah pelan patuh syariah yang bukan sahaja dapat melindungi dan mempertingkatkan simpanan malah memberi peluang kepada pelanggan untuk menyumbang kepada komuniti dengan berkongsi legasi yang dibina. Secara asasnya pelan ini memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau kematian semasa mengerjakan Haji atau Umrah termasuk Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).
Hibahkan sehingga 6 kali ganda jumlah dilindungi kepada yang tersayang
Istimewanya pelan ini adalah ia juga bertindak sebagai salah satu kaedah pengurusan harta buat pelanggan di mana ia menawarkan nilai perlindungan yang tinggi dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM350,000 dan membayar sehingga 600% daripada jumlah yang dilindungi dalam bentuk hibah kepada orang yang tersayang.
Pelanggan juga boleh mendapatkan perlindungan sehingga RM4 juta tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan. Fungsi hibah melalui pelan takaful ini jugalah yang menjadi legasi yang boleh diwarisi terutamanya oleh pasangan dan anak-anak, supaya masa depan mereka juga lebih terjamin.
Terima ganjaran setiap 2 tahun
Antara ciri unik pelan ini adalah Akaun Legasi yang dapat membantu meningkatkan simpanan dengan memberikan ganjaran berterusan apabila pelanggan mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik dan apabila mencapai sesuatu peringkat kehidupan yang penting.
Sebagai contoh jika pelanggan membuat caruman dalam tempoh yang ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi setiap dua (2) tahun, pada tahun ke-20 dan pada tempoh matang sijil. Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50% daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada mereka. Siapa nak tambah duit dalam akaun kita, ye tak?
Infaqkan faedah takaful kepada badan amal
Bukan setakat itu sahaja, apa yang membezakan A-Life Legasi daripada pelan lain di pasaran adalah unsur amal rider (faedah tambahan) A-Plus Infaq yang pertama seumpamanya. A-Plus Infaq direka sebagai sebahagian daripada ciri produk yang memberikan kemudahan kepada para pelanggan untuk mengagihkan legasi mereka tanpa perlu mendapatkan bantuan pihak luar.
Dalam erti kata lain, pelanggan disediakan saluran untuk menderma kepada badan amal pilihan mereka dengan lebih mudah melalui kaedah yang lebih mampan walaupun mereka sudah tiada.
Ini bermakna, jika berlaku kematian, amaun perlindungan rider akan disalurkan kepada badan amal pilihan atau boleh memilih untuk menginfaqkan jumlah tersebut kepada rakan amal rider berkenaan iaitu Mercy Malaysia atau Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Bertindak dari awal mampu membawa perubahan besar untuk masa depan keluarga anda. Rancang kewangan sebijak mungkin dan hibahkan harta untuk orang tersayang. Apa yang penting, kita perlu usaha dulu baru tawakal. Kalau bukan kita yang jaga keluarga, siapa lagi, kan?
Pelan A-Life Legasi tersedia untuk individu yang berumur antara 14 hari dan 70 tahun yang turut menawarkan pelbagai terma perlindungan dan caruman yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Legasi dan A-Plus Infaq serta penyelesaian dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful, sila layari www.aia.com.my.
Waktu Yang Tepat Untuk Minum Air Putih, Ikut Cara Ni Barulah Confirm AWET MUDA!

Ramai orang cakap, ‘Petua awet muda ialah minum banyak air kosong’. Tapi apa maksudnya?
Air merupakan salah satu elemen terpenting dalam tubuh perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda menjadi cergas dan bertenaga. Air perlu diambil pada waktu dan jumlah yang tepat serta konsisten.
Bilakah Waktu Yang Tepat Untuk Minum Air Putih?
(a) Minum Dua Gelas Air Selepas Bangun Tidur
Tidur pada waktu malam membenarkan tubuh berehat dan organ melakukan proses detoksifikasi. Ketika ini tubuh akan mengalami dehidrasi atau kekurangan cecair. Sebaik-baik sahaja bangun daripada tidur adalah waktu terbaik untuk minum air putih. Air putih ini boleh membantu menggiatkan organ dalaman, merangsang metabolisme dan membuang racun di dalam tubuh.
(b) Minum Satu Gelas Sebelum Mandi
Kuasa air putih memang tidak perlu disangkal lagi. Sebelum masuk ke bilik air disarankan untuk mengambil segelas air suam kerana jumlah air ini dapat membantu mengembangkan pembuluh darah yang mengakibatkan tekanan darah turun. Kemampuan air putih ini turut mencairkan tingkat natrium dalam tubuh juga turut membantu menurunkan tekanan darah dalam tubuh.
(c) Minum Satu Gelas Air 30 Minit Sebelum Makan
Makan bersulamkan air adalah suatu amalan yang patut ditinggalkan. Sebaik-baiknya minum segelas air setengah jam sebelum makan untuk membantu penghadaman. Sementara itu, selepas makan digalakkan untuk minum air semula selepas 30 minit. Air yang terlalu banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana mengganggu sistem semula jadi asid dan empedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.
(d) Minum Air Ketika Penat
Hampir setiap organ tubuh memerlukan air untuk berfungsi terutamanya otak dan sistem saraf. Memiliki jumlah air yang mencukupi dapat membenarkan otak berfungsi dengan lebih baik. Kekurangan air pada otak bukan sahaja mempengaruhi fungsi otak malah boleh menyebabkan tubuh cepat penat, hilang fokus, sakit kepala, cepat marah dan mempunyai masalah tidur.
(e) Minum Air Sebelum Dan Sesudah Bersenam
Keperluan air selepas bersenam tidak perlu disangkal lagi. Tubuh secara automatik akan mencari air putih untuk menghilangkan penat selepas bersenam. Ironinya dalam situasi ini air putih lebih berharga berbanding dengan jus oren atau tembikai. Minum air putih dengan banyak sebelum dan sesudah bersenam juga boleh membantu meningkatkan daya otot tubuh.
(f) Minum Satu Gelas Air Sebelum Tidur
Ramai yang tidak suka untuk minum air putih sebelum tidur kerana khuatir perlu bangun malam untuk membuang air kecil. Sebenarnya minum air sebelum tidur adalah tindakan yang baik untuk membuang toksik yang tidak diperlukan dalam tubuh. Minum segelas air putih sebelum tidur juga boleh membantu mengelak serangan angin ahmar dan serangan jantung. Selain itu, minum segelas air putih sebelum tidur juga akan membuat tidur kita terasa lebih nyenyak.
‘Mencuit’ Betul Ucapan Anniversary Ke-11 Tengku Zafrul Untuk Isterinya, Romantik Tapi Suka Mengusik!

Akur terhadap komitmen kerjaya sebagai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berlepas terbang ke Sabah meskipun menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-11, yang jatuh pada Ahad lepas.
Pengorbanan itu walau bagaimanapun tidak menandakan beliau ‘terlupa’ tarikh bermakna tersebut, sebaliknya Tengku Zafrul dilihat meluahkan ucapan romantik melalui satu hantaran kepada isteri, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.
Anggota kabinet berusia 48 tahun itu menzahirkan ucapan di bawah sebagai pengganti diri. Alahai sweetnya!

“Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kesebelas. Sungguh cepat masa berlalu. Hari akad nikah kami rasanya seperti baru semalam.
Syukur kepada Allah SWT kerana menemukan jodoh dengan isteri saya, yang juga ibu dan tunggak terbaik buat keluarga kami. Every day with you is a blessing, Alhamdulillah.”
Behind every successful man there is a woman.
Sambung Tengku Zafrul, tanpa pengorbanan seorang isteri mana mungkin seorang suami dapat mengejar cita-citanya.

“Terima kasih Dina kerana sentiasa memastikan semua keperluan keluarga dipenuhi terutama dengan ketiadaan saya yang kerap akibat tanggungjawab rasmi, dari dulu sampai sekarang.
Dan sudah tentu terima kasih kerana menerima saya walaupun pada masa itu saya lebih ‘berisi’ dan mungkin kurang handsome berbanding sekarang.” Tengku Zafrul
Sambil berkongsi beberapa foto pernikahan mereka 11 tahun lalu, bapa kepada empat cahaya mata itu turut memohon maaf kerana tidak dapat meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka bersama-sama.
“I am sorry I can’t be with you today due to official duties, tapi InsyaAllah saya akan cari ikan bilis yang terbaik di Sabah untuk kita cuba!”
Wah, ayat hujung-hujung tu sempat lagi mengusik isteri!
Menegaskan bahawa ucapan di atas adalah ikhlas dari hati, lelaki yang gemar bersukan itu terus-terang mengakui bahawa beliau tidak ‘membodek isteri’ kerana tidak dapat meraikan anniversary.
Dalam perkembangan terkini, Tengku Datuk Seri Zafrul sedang berada di Sabah di atas urusan rasmi termasuk memperkenalkan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang menyediakan 600,000 peluang pekerjaan membabitkan peruntukan RM4.8 bilion.