Tak dapat nak gambarkan perasaan yang sedang dialami oleh selebriti tinggi lampai ini. Selama ini Siti Elizad Mohamad Sharifuddin tidak pernah berselindung tentang usahanya untuk memiliki zuriat. Malah sering berkongsi tentang perjalanannya melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).
Siapa sangka, berita gembira yang ditunggu-tunggu akhirnya datang menyapa namun hanya mampu bertahan selama seminggu. Kongsi wanita yang lebih mesra disapa Elizad ini di laman media sosialnya, “Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas. Tapi DIA ambil balik. Terjentik sungguh ‘RASA’ itu,” coret Elizad yang pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kirinya.
Tambah wanita yang berusia 36 tahun ini lagi, “Dimaklumkan pregnant minggu lepas. Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana. Terduduk seketika,” tulis wanita yang rela berkorban meninggalkan sementara hobinya menunggang motorsikal berkuasa besar semata-mata ingin memiliki cahaya mata.
Kagum dengan semangat Elizad kerana tetap mahu berusaha tanpa mengenal putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah SWT. “Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive and will keep on praying.
See you again doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive and keep praying for my IVF journey,” kongsi Elizad. Semoga doa Elizad dimakbulkan oleh Allah SWT dan memberinya peluang untuk bergelar seorang ibu.
Setiap wanita yang bergelar isteri sudah pasti gembira dan teruja apabila telah disahkan hamil anak pertama. Selebriti terkenal Emma Maembong juga sedang melalui fasa tersebut dan kelihatan begitu bahagia dengan kandungan pertamanya itu.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Kebahagian jelas terpancar di wajahnya dan lihat saja wajah Emma Maembong yang begitu berseri-seri sejak mengandung. Pasti anak yang bakal dilahirkan pada bulan November nanti mewarisi kecantikan ibunya dan ketampanan ayahnya. Semoga perjalanan Emma Maembong bergelar seorang ibu dipermudahkan.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Sebelum ini, Emma Maembong telah menoktahkan ikatan cinta bersama suami tercinta yang merupakan juruterbang pada tarikh yang sangat indah iaitu 20.02.2020.
Mengimbau kembali momen indah pasangan sama cantik sama padan ini, “Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober 2019, keluarganya datang merisik di rumah keluarga saya,” kata Emma Maembong.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Emma Maembong bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32 tahun, telah dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
Foto: Instagram @blackpepperproduction
Emma Maembong atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail kelihatan berseri-seri di majlis pernikahannya dalam persalinan rona putih rekaan pereka terkenal, Ezuwan Ismail. Emma Maembong memilih rona warna putih melatari majlis pernikahannya turut diserikan dengan kehadiran 300 orang tetamu.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun Uqasha Senrose. Namun ketika itu mereka hanya berbual kosong dan tidak pernah menjangkakan ada ‘percikan cinta’ selepas itu.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata Emma Maembong di majlis pernikahannya tempoh hari.
Pelakon Raysha Rizrose selamat melangsungkan pertunangan bersama kekasihnya yang juga pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, hari ini.
Selepas 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, Raysha Rizrose dan Nabil sepakat memilih tarikh 14 Februari sebagai tarikh pertunangan mereka. Nabil Jeffri merupakan pelumba kereta Formula 3. Perkara itu dikongsikan sendiri Raysha, 27, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
“Alhamdulillah. I am officially engaged,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram miliknya.
Raysha Rizrose, 26, pernah sekali mengalami fasa ‘putus cinta’ dengan kekasihnya, Nabil Jeffri, 29, juga seorang pelumba kereta Formula 3 sepanjang 10 tahun percintaan mereka sejak dari sekolah menengah.
Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz ditemui berkata, mereka pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum akhirnya berbaik semula selepas Nabil berjaya memujuknya.
“Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.
Raysha yang juga adik kepada pelakon, Uqasha dan Nelydia Senrose turut berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangannya di Instagram Story. Hubungan Raysha dan kekasihnya, Nabil sudah terjalin sejak mereka di alam persekolahan lagi.
Hubungan kedua-duanya bukanlah rahsia di kalangan keluarga terdekat dan sahabat handai. Majlis pertunangan Dewi Remaja 2014/2015 ini telah diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.
Masalah fibroid dan cyst kerap didiagnos di kalangan wanita tetapi ramai tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan fibroid dan cyst serta persamaan dan perbezaan di antara kedua penyakit ini.
Walaupun fibroid dan cyst selalunya tidak bergejala dan hanya dapat dikesan ketika pesakit menjalani pemeriksaan imbasan ultrasound abdomen dan pelvis, pakar perunding daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) berkongsi jawapan kepada pelbagai persoalan yang sering menjadi tanda tanya ramai wanita.
Soalan: Bolehkah pesakit mendapat fibroid dan cyst pada masa yang sama?
Dr Wong Yen Shi, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan daripada SMCV berkongsi bahawa fibroid adalah ketumbuhan bukan kanser yang bermula daripada otot rahim dan sering terjadi kepada wanita semasa mereka berada di fasa reproduktif.
Manakala bagi sista ovari atau ovarian cysts, ia adalah kantung yang kebanyakannya mengandungi cecair, kadangkala tisu atau darah yang tumbuh di dalam ovari atau di permukaannya.
Tidak seperti fibroid yang merupakan ketumbuhan bukan kanser, cyst berkemungkinan untuk menjadi beningna (tumor bukan kanser) atau malignan (tumor jenis kanser).
Doktor akan menggunakan imbasan ultrasound dan ujian penanda tumor CA125 untuk membezakan kedua jenis ketumbuhan ini. Ketumbuhan ovari lebih banyak berlaku kepada wanita berusia 60 ke 65 tahun.
“Kebanyakan cyst akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan manakala cyst tidak berbahaya seperti follicular cyst atau corpus luteal akan membesar dan hilang bersama kitaran haid seseorang wanita.”
Seseorang wanita boleh menghidapi fibroid dan cyst pada masa yang sama – memandangkan keadaan pesakit adalah berbeza-beza, cara merawat dan memantau penyakit ini bergantung kepada saiz dan simptom yang dialami pesakit.
Soalan: Apa yang menyebabkan penyakit ini berlaku dan apakah simptom untuk dikenal pasti?
Walaupun punca sebenar mengapa fibroid boleh berlaku masih lagi tidak dapat dikenal pasti sehingga kini, Dr Wong menyatakan bahawa hormon, genetik dan faktor pertumbuhan (produk gen yang boleh menggalakkan atau menghalang mitosis atau menjejaskan pembezaan selular) dikatakan sebagai faktor kepada berlakunya fibroid dan cyst.
“Seperti fibroid, cyst berlaku secara semula jadi. Kehamilan, jangkitan pada pelvis, endometriosis dan sejarah kesihatan mengalami cyst ovari juga boleh meningkatkan kemungkinan untuk mendapat cyst ovari.
Fibroid dan cyst juga mungkin menunjukkan simptom yang sama. Contohnya, haid yang tidak teratur atau menyakitkan, kerap membuang air kecil atau sembelit, kembung perut, sakit belakang, pertambahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan atau persetubuhan yang menyakitkan.
Manakala mereka yang mengalami fibroid berkemungkinan untuk mengalami pendarahan haid yang banyak jika dibandingkan dengan cyst. Dalam kes ketumbuhan ovari, rasa cepat kenyang ketika makan, hilang berat badan dan selera makan adalah antara simptom yang pesakit boleh perhatikan.”
Soalan: Bolehkah fibroid dan cyst memberi kesan terhadap kesuburan?
Dr Farah Leong Rahman, Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan berkongsi bahawa kebanyakan wanita yang menghidapi fibroid dan cyst tidak mempunyai masalah untuk hamil.
Namun, bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid tersebut, ia mungkin memberi kesan kepada tahap kesuburan pesakit.
“Fibroid dan cyst selalunya tidak akan menjadi penghalang jika seseorang pesakit itu ingin hamil. Namun terdapat kemungkinan bagi kedua penyakit ini untuk menyebabkan tiub fallopio tersumbat atau menyebabkan persekitarannya menjadi tidak kondusif untuk implantasi embrio terutamanya bagi fibroid yang terletak pada dinding rahim.
Manakala rawatan bagi penyakit ini bergantung kepada simptom yang dialami pesakit dan pembedahan hanya akan dilakukan jika ia dapat meningkatkan peluang kehamilan.”
Soalan: Adakah fibroid atau cyst akan memberi kesan kepada perkembangan bayi atau kesihatan ibu?
Dr Farah berkongsi bahawa kebimbingan terbesar apabila mempunyai fibroid ketika hamil adalah risiko kelahiran awal.
“Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk di mana fibroid akan melebihi bekalan darah pesakit. Jika fibroid bersaiz besar, ia boleh menyebabkan kedudukan bayi berada pada posisi yang salah (kepala tidak berada di bawah walaupun sudah cukup bulan).”
Manakala bagi cyst ketika kehamilan, ia selalunya tidak akan memberikan mudarat kecuali jika cyst itu cukup besar dan menyebabkan koyakan.
Dr Farah menasihatkan pesakit untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memulakan perancangan kehamilan mereka bagi memastikan semuanya berada pada keadaan yang baik.
Soalan: Bagaimana untuk merawat fibroid dan cyst?
Seperti dikongsi Dr Farah, rawatan individu atau ‘personalized treatment’ adalah kunci untuk merawat fibroid dan cyst – cyst bersaiz kecil selalunya tidak memerlukan rawatan dan pertumbuhannya akan dipantau, manakala cyst bersaiz besar akan memerlukan pembedahan secara laparoskopi atau secara terbuka (open surgery).
“Pembedahan masih kekal sebagai solusi bagi rawatan fibroid. Apabila kesuburan menjadi kebimbangan, miomektomi (pembuangan fibroid) boleh dilakukan melalui pembedahan terbuka, laparoskopi atau melalui miomektomi histeroskopik bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid.
Bagi wanita yang tidak mahu menambah cahaya mata atau dalam fasa selepas menopaus, histerektomi (pembuangan rahim) akan dipertimbangkan.”
Uterine arteri embolisasi dan kemajuan baharu dalam teknologi seperti pembedahan High Intensity Focused Ultrasound (HIFU) adalah antara alternatif lain tetapi rawatan-rawatan ini masih belum tersedia secara meluas di kebanyakan hospital.
Bagi pesakit yang tidak memerlukan pembedahan, mereka akan diberikan rawatan perubatan untuk melegakan simptom seperti pendarahan haid yang banyak serta haid yang menyakitkan.
Soalan: Apa yang boleh dilakukan untuk menghindari penyakit ini?
Dr Farah menekankan bahawa fibroid dan cyst bukan penyakit yang boleh diwarisi – bermakna ia tidak diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Namun, ia masih boleh berlaku dalam sesebuah keluarga.
Beliau mengesyorkan para wanita untuk melakukan pemeriksaan ginekologi secara berkala kerana ketumbuhan fibroid dan cyst mungkin tidak menyebabkan sebarang simptom dan mungkin tidak disedari.
“Amat penting untuk membuat pemeriksaan berkala dengan doktor anda untuk melakukan imbasan ultrasound bagi memantau saiz fibroid atau cyst dan untuk memeriksa simptom anda.
Tidak semua fibroid atau cyst memerlukan pembedahan. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai simptom atau merancang untuk hamil, doktor boleh mengesyorkan rawatan yang sesuai untuk anda.
Masih tiada bukti yang boleh membantu mencegah ketumbuhan fibroid atau cyst. Tetapi mengamalkan gaya hidup sihat dan mengekalkan diet seimbang adalah cara yang baik untuk kesihatan anda secara menyeluruh.”
Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunmedvelocity.com.my atau Facebook: Sunway Medical Velocity.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...