Memasak boleh membantu mengurangkan stres, siapa setuju? Masak untuk keluarga tercinta di samping boleh mengisi masa yang terluang ketika PKP ni dan sedikit sebanyak boleh mengasah skil memasak. Suami pun makin sayang bila tengok isteri menyediakan hidangan luar dari kebiasaan.
Manisan sememangnya boleh menceriakan seseorang, puding karamel salah satunya. Puding karamel ini memang menjadi kegemaran semua orang. Menikmati puding karamel yang sejuk baru keluar dari peti sejuk memang boleh membahagiakan. Bukan susah buat puding karamel ini hanya guna 4 bahan saja dan kisar atau pukul guna blender saja.
Setiap kali menghadiri majlis di hotel bertaraf lima bintang, hidangan Cheese Platter sering menjadi antara salah satu menu yang dihidangkan. Aneka keju dihidangkan dengan gaya tersendiri di samping makanan iringan lain seperti buah-buahan serta biskut untuk dinikmati bersama barisan keju ini. Antara keju yang penulis gemari termasuklah Edam, Vintage dan Gouda yang mempunyai tekstur dan rasa yang tersendiri.
Berasal dari negara yang memiliki padang rumput yang luas dan kaya dengan sinaran matahari, Mainland sebagai jenama keju terkemuka New Zealand telah membawa masukbeberapa jenis keju yang melalui proses pembuatan semula jadi yang terbaik ke Malaysia! Kini, masyarakat Malaysia yang gemar kepada kepelbagaian makanan kini semakin sofistikated dalam memilih keju yang terbaik sebagai ramuan untuk memasak, daripada makanan kegemaran Barat seperti piza, burger dan pasta hinggalah kepada makanan Asia seperti budae jjigae Korea, nasi bakar keju gaya Hong Kong, naan keju, dan pisang goreng keju dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ramai yang mungkin tidak mengetahui bagaimana keju berkualiti tinggi dapat membangkitkan selera, sama ada menikmati keju begitu sahaja atau digabungkan dengan minuman atau makanan kegemaran seseorang! Sebenarnya, ini merupakan salah satu cara termudah dan paling memuaskan untuk menikmati makanan bersama rakan dan keluarga – anda cuma hiris keju dan terus menikmati keenakan tenusu yang tiada tandingan! Walaupun keju Mainland boleh digunakan untuk memasak dan digandingkan dengan makanan lain, keju ini juga enak dinikmati dengan begitu sahaja disebabkan oleh rasanya yang segar dan enak.
Selama lebih 50 tahun, Mainland telah berpegang pada falsafah “good things take time”. Jenama ini tidak mengambil jalan pintas dalam menghasilkan keju berkualiti dan memakan masa untuk diproses dalam cuaca sederhana dan nyaman sepanjang tahun di New Zealand. Ia menghargai kepakaran yang diwarisi dalam menghasilkan keju 100% semula jadi yang terbaik.
Inilah sebabnya mereka masih mengekalkan kaedah menghasilkan keju selama lebih 65 tahun yang diwarisi daripada generasi kepada generasi. Proses membuat keju yang bermula sejak zaman dahulu lagi melibatkan pengkulturan susu dengan jenis bakteria tertentu. Mainland adalah antara syarikat keju besar terakhir yang membuat dan membekalkan kulturnya sendiri. Ini penting dalam memberikan rasa yang kompleks kepada keju yang dihasilkan oleh syarikat. Ini bermakna, Mainland mengeluarkan rasa keju yang lebih kaya dan konsisten yang tepat dengan membuatkan keju mengikut proses semula jadi yang sama seperti 100 tahun dahulu.
“Dengan hanya menyebut ‘New Zealand’ dan kita akan terus dapat menggambarkan persekitaran yang subur dan disinari cahaya matahari dengan udara yang segar dan cuaca yang amat sesuai untuk tanaman dan ternakan. New Zealand juga merupakan satu-satunya tempat di mana lembu-lembu berpeluang meragut rumput yang subur sepanjang tahun. Kelebihan ini membolehkan ternakan di sini menghasilkan susu yang terbaik secara semula jadi,” kata Debbie Van-Niekerk, pakar keju dari Fonterra New Zealand.
Debbie menjelaskan bahawa lembu-lembu yang diberi makan rumput menjadi kunci kepada keju berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh Mainland. “Anda mungkin menyedari bahawa keju Mainland dan keju New Zealand yang lain memiliki warna keemasan yang menarik. Warna ini disebabkan oleh kandungan beta-ceratone. Untuk pengetahuan anda, makanan daripada tumbuhan seperti rumput kaya dengan sumber beta-ceratone. Bahan ini juga merupakan sumber kepada Vitamin A. Oleh itu, produk susu yang dihasilkan oleh lembu-lembu yang meragut rumput ini memiliki konsentrasi nutrien ini yang lebih tinggi.”
Debbie menjelaskan. “Kami sedar bahawa butiran yang kecil memberikan segala perbezaan dan perkara yang baik memerlukan masa. Itulah sebabnya kami tidak tergesa-gesa dan kami percaya bahawa perhatian dan keprihatinan akan memberikan hasil yang terbaik,” kata Debbie.
Debbie turut menggalakkan lebih ramai warga Malaysia untuk menikmati keju begitu sahaja dan dimakan bersama buah-buahan, snek atau minuman sebagai pembuka selera yang mewah dan mudah. Bagi tujuan ini, keju perlu berada pada suhu bilik untuk memberi rasa yang terbaik. “Untuk pengalaman untuk menikmati keju yang lebih baik, bersihkan lelangit dan rasa anda dengan adanya minuman – dan rasa keju dari rasa yang kurang hingga yang paling kuat!”
Kini rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai pilihan keju Mainland termasuk Vintage, Tasty, Colby, Gouda dan Edam. Semuanya enak dinikmati begitu sahaja, digabungkan dengan makanan lain atau digunakan dalam masakan. Jom lihat jenis keju yang sesuai untuk makanan kegemaran anda!
1.Vintage.
Merupakan cheddar premium yang dibiarkan matang selama 24 bulan untuk memberikan rasa yang kaya dan penuh berperisa. Rasanya yang manis dan bersalai amat sesuai untuk burger, cecahan keju, pasta, daging atau ayam salai atau dinikmati begitu sahaja untuk kebaikan tenusu yang paling berperisa.
2.Tasty
Ia merupakan keju cheddar yang dibiarkan matang selama 18 bulan untuk memberikan rasa yang penuh dengan sedikit rasa buah. Keju ini sesuai dipadankan dengan makanan yang berperisa enak seperti serunding ayam dan rumpai laut kering.
3.Colby
Ia mempunyai tekstur yang lembut dan manis amat sesuai dipadankan dengan makanan Asia. Keju ini enak dimakan bersama kimchi, jeruk sayuran pedas dan kekacang berempah.
4. Gouda
Ia merupakan sejenis keju separa lembut ala Belanda dengan rasa kekacang sangat sesuai dipadankan dengan rempah Sichuan yang dibakar, cili tradisional dan salad cendawan.
5.Edam
Ia memiliki kandungan protein yang tinggi serta rendah lemak dan sesuai untuk vegetarian. Keju ini memiliki rasa manis, lemak dan berkacang dan memberikan rasa enak yang kompleks untuk hidangan atau sos masam manis Asia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelibat Datin Ilyka, masih ada dalam industri hiburan tanah air dan aktif memenuhi jemputan persembahan. Apatah lagi kini Datin Ilyka tampil dengan dua single baharu berjudul Persembahan Cinta dan Sempurnakan Takdirku, namanya kembali disebut peminat.
Kedua-dua single itu ciptaan sepenuhnya komposer Indonesia, Tengku Shafick yang sebelum ini menghasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza (Cuba Untuk Mengerti) dan Anuar Zain (I’m The Lucky One). Artis kelahiran Johor ini bernaung di bawah label Cloudworks Record, Ilyka atau nama sebenarnya Zuraila Mohd Yassin kini merancang kembali mewarnai arena seni suara dengan mempertaruhkan single terbaharu.
Menyentuh mengenai Ramadan, ibu kepada seorang cahaya mata yang kini meningkat remaja ini berkatakebiasaannya, menu berbuka puasa di rumah agak meriah terutamanya jika berkumpul bersama keluarga. Antara hidangan yang sering disediakan hidangkan termasuklah rendang ayam, ketupat, kuah lodeh dan sambal udang.
Sebagai anak jati Johor, tidak sah jika tidak pandai memasak menu asam pedas. Begitu juga buat Datin Illyka, yang memasak asam pedas menggunakan resipi turun-temurun yang diwarisi daripada ibu tersayang.
“Sebenarnya, rahsia untuk mendapatkan asam pedas Johor terletak pada cili yang digunakan. Untuk menyediakan asam pedas Johor, pastikan cili yang digunakan ditumis dalam tempoh yang lama untuk memastikan ia boleh tahan lebih lama. Dari segi penggunaan bahan pula, asam pedas Johor menggunakan air asam yang pekat dan mempunyai tekstur kuah yang lebih pekat berbanding asam pedas Melaka,” ujar Datin Illyka berkongsi rahsia menu asam pedas yang enak.
Khas untuk pembaca NONA, Datin Illyka kongsikan menu Asam Pedas Kepala Ikan Merah untuk sajian berbuka puasa. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
Kisar bahan-bahan seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan belacan yang telah dibakar. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut sehingga ia menjadi garing dan naik baunya . Letak air asam sedikit dahulu kemudian letak ikan supaya cili sebati pada ikan . Tambah air perlahan-lahan supaya kuah asam pedas tidak menjadi cair. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa. Masukkan pula daun kesum. Sedia untuk dihidangkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah jemu dengan menu jamuan Hari Raya, mungkin ramai yang mencari menu baharu yang hendak disajikan untuk para tetamu yang masih dalam mood hari raya dan tradisi kunjung mengunjung yang masih diamalkan. Cef Shahrul, Cef Khori, Cef Shukri dari Hotel Element Kuala Lumpur menyediakan menu kacang pool yang mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!
KACANG POOL BERSAMA TELUR SEPARUH MASAK
BAHAN-BAHAN:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
I inci halia
300 gm daging lembu dicincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 tin kacang pool
1 tin kacang merah
1 camca teh lada hitam
1 tin kacang panggang
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar minyak sapi
Gula dan garam yang secukupnya
Air yang secukupnya
Minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
1 biji limau kasturi
1 labu bawang besar
2 batang cili hijau |dipotong
1 buku roti Perancis
1 biji tomato |didadu
Minyak sapi dipanaskan sehingga cair
CARA MEMBUAT:
Ramaskan kacang pool sehingga pecah tetapi jangan dilumatkan. Kemudian, satukan serbuk ketumbar, rempah kari dan air. Kacau rata sehingga menjadi pes dan diketepikan. Panaskan sedikit minyak. Kemudian masukkan minyak sapi dan biarkan sekejap.
Selepas itu, tumis bahan kisar sehingga halus dan naik bau. Masukkan pes rempah dan kacau sehingga rata. Gunakan api kecil dan sentiasa kacau sehingga naik minyak. Kemudian, masukkan daging cincang dan masak selama 10 minit.
Masukkan air. Kacau sehingga air mendidih. Masukkan kacang panggang, kacang pool dan kacang merah. Sentiasa kacau dan gunakan api sederhana selama lebih kurang 12 minit.
Akhir sekali, masukkan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata dan masak sekejap dan siap dihidang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Roslia Maisara KUYPJ mengharumkan nama Malaysia apabila meraih gelaran Outstanding Chef serta 15 pingat di World Chef Championship 2026, membuktikan bakat muda tempatan mampu bersaing di pentas dunia.