Bila sebut sahaja nama penyanyi Noraniza Idris sudah terbayang genre irama yang diperjuangkan olehnya sejak dulu iaitu Irama Malaysia. Rentak irama ini bagai sudah sebati dengan hidupnya.

IKLAN

Wanita yang mempunyai nama sebenar Nor Aniza Haji Idris ini sememangnya sejak dahulu mudah didekati dan begitu peramah. Tanya apa sahaja soalan pasti akan dijawabnya dengan penuh dedikasi.

Noraniza Idris Stamina Mantap Di Pentas Nyanyian Usia 54, Rupanya Dah Bercucu
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris

Melihat anak kelahiran Kluang, Johor ini beraksi di pentas nyanyian bagaikan tidak percaya bahawa umurnya sudah setengah abad. NONA cuba mencungkil rahsia bagaimana penyanyi lagu Intan Payung nyanyian bersama Bunga ini kekal bertenaga di atas pentas.

“Pada dasarnya kalau kita tengok memang nampak bertenaga tetapi Kak Ani sama juga dengan penyanyi lain. Bila kita sampai satu peringkat usia memang kita perlukan energi atau stamina yang lebih baik lagi untuk kita nampak bertenaga di pentas,” tutur Noraniza Idris yang selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Ani memulakan bicara.

Noraniza Idris Stamina Mantap Di Pentas Nyanyian Usia 54, Rupanya Dah Bercucu
Foto: Instagram @noraniza_idris

Bercerita lanjut tentang meningkatkan energinya, “Apa yang Kak Ani buat sebelum ini yang pernah buat tapi Kak Ani buat adalah brisk walk. Kak Ani buat brisk walk tiga kali seminggu dalam 30 minit keliling taman setiap pagi.

Sebelum buat brisk walk Kak Ani minum air mineral sekurang-kurang 300ml dan sebelum pukul 12.00 tengah hari wajib habiskan 500ml . Setiap hari sekurang-kurangnya Kak Ani kena minum 1500ml.

Noraniza Idris Stamina Mantap Di Pentas Nyanyian Usia 54, Rupanya Dah Bercucu
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris

Lagi satu sekarang Kak Ani tengah mengalami masalah obesiti jadi kena buat tindakan cepat untuk turunkan segera dalam masa yang terdekat. Jadi Kak Ani tengah usahakan untuk mengurangkan berat badan bermula Isnin ini.

IKLAN

Di samping itu, stamina dalaman untuk nyanyian pula Kak Ani belajar vokal dengan cikgu vokal, Azizul Haqim. Walaupun dia penyanyi baru dalam industri tapi Kak Ani tak malu nak belajar vokal dengannya. Memang dia masih muda tapi dia ada ilmu vokal dan banyak memberi tip tentang nyanyian. Dan yang paling penting dia memahami vokal Kak Ani,” jelas wanita yang lahir pada 27 Ogos 1968 ini.

Noraniza Idris Stamina Mantap Di Pentas Nyanyian Usia 54, Rupanya Dah Bercucu
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris

Kesempatan berbual dengan penyanyi kesayangan ramai ini rupanya sudah mempunyai seorang cucu. “Ya, memang benar saya dah ada seorang cucu. Cucu yang diberi nama Hannah nak masuk setahun 23 Mac nanti,” tutur Kak Ani yang mahu dipanggil Umi oleh cucunya itu.

IKLAN

Anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal, 33 tahun telah berkahwin dengan Ezza Nafiesha Zakaria, 32 tahun pada 22 Disember 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Seorang lagi anak lelaki Noraniza Idris, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi kini berusia 29 tahun.

Noraniza Idris Stamina Mantap Di Pentas Nyanyian Usia 54, Rupanya Dah Bercucu
Foto: Instagram @noraniza_idris

“Sebulan sekali kami akan spend time makan bersama dekat luar. Kak Ani sedang merancang bercuti sebulan sekali bersama keluarga di seluruh Malaysia untuk mengimarahkan percutian Malaysia. Buat permulaan kami bercuti ke Genting Highland bulan lalu.

Noraniza Idris Stamina Mantap Di Pentas Nyanyian Usia 54, Rupanya Dah Bercucu
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris

Sama juga anak-anak di Singapura ada 4 orang lelaki Nor Hadi, Nor Haizal, Nor Fahmi dan Nor Fazli. Walaupun dah 4 tahun tak jumpa kerana sempadan negara masih tertutup tapi kami banyak berhubung melalui video call sebulan sekali,” kata Kak Ani tentang anak-anaknya.

Baca juga; DATIN SALWA ABDUL RAHMAN Kekal Cantik Usia 57

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI