Pasti hati Oki Setiana Dewi berbunga riang saat anak perempuan sulungnya, Maryam Nusaibah Abdullah meluahkan rasa kagum terhadap dirinya. Masakan tidak, walaupun baru berusia tiga tahun… anak kecil ini sudah bijak mengenali peribadi si ibu dan setia menemani Oki ke majlis-majlis agama.

IKLAN

Seakan memahami tanggungjawab dan tugas ibunya sebagai pendakwah terkenal di Indonesia, Maryam yang merupakan kakak kepada dua beradik yang lain kelihatan sangat tenang berada di sisi setiap kali Oki menyampaikan ceramah di depan ratusan penonton. Jelas isteri kepada Ory Vitrio ini, meskipun Maryam sudah biasa mengikutinya ke majlis ilmu namun dia juga seringkali menunduk malu terutama apabila melihat khalayak yang ramai.

OKI SETIANA DEWI Terharu Anak Jadikan Dirinya Inspirasi & Setia Menemani Ke Majlis Ceramah!
Maryam setia berada di sisi ibunya ketika menyampaikan ceramah

OKI SETIANA DEWI Terharu Anak Jadikan Dirinya Inspirasi & Setia Menemani Ke Majlis Ceramah!

Berkongsi perbualan di antara dirinya dan Maryam tidak lama dulu, Oki yang merupakan ibu kepada tiga orang anak sama sekali tidak menyangka dirinya menjadi tumpuan dan ikutan oleh anak sendiri. Membahasakan dirinya sebagai Umma, personaliti berusia 37 tahun ini memberitahu, “Sebelum tidur tadi, saya berbincang dengan Maryam. “Kalau sudah besar mahu jadi apa, nak?” Dia menjawab dengan jawapan yang membuat saya sangat terharu, “Mahu jadi seperti Umma..”

Maka saya katakan, “Maryam tidak akan seperti Umma. Maryam akan jauh lebih baik dari Umma. Hafal 30 juz, menguasai Bahasa Arab, Inggeris dan bahasa lainnya, ajak orang untuk dekat pada Allah. Makanya dari sekarang, Maryam kena pintar mengaji ya.” Lalu dia menjawab dengan manjanya, “Tapikan.. penatlah mengaji.”

Saya pun menjawab, “Kan kalau kakak penat, Umma yang mengaji. Kakak dengar saja atau Umma membaca di depan, kakak ikut baca di belakang.”

OKI SETIANA DEWI Terharu Anak Jadikan Dirinya Inspirasi & Setia Menemani Ke Majlis Ceramah!

OKI SETIANA DEWI Terharu Anak Jadikan Dirinya Inspirasi & Setia Menemani Ke Majlis Ceramah!

Besarnya kasih sayang si ibu. Dalam keadaan anak yang masih kecil dan tidak menentu emosinya, Oki tahu apa cara yang terbaik untuk menaikkan kembali semangat permata hatinya. Butir bicaranya penuh kelembutan.. menerbitkan rasa lega dan tenang tatkala mendengar nasihatnya.

IKLAN

Tidak perlu terlalu berkeras dan memaksa anak-anak melakukan perkara yang kurang disukai mereka. Sebaliknya, sebagai ibu bapa.. perlu kreatif mendidik mereka dengan mempraktikkan reverse psychology seperti yang dilakukan Oki ini. Jika usaha kali pertama tidak berjaya, usah mengalah dan teruskan mendidik hingga mereka meminati perkara tersebut.

OKI SETIANA DEWI Terharu Anak Jadikan Dirinya Inspirasi & Setia Menemani Ke Majlis Ceramah!
Maryam bersama adiknya, Khadeejah

Apa yang jelas, pendekatan yang diterapkan Oki berjaya menambat hati Maryam untuk menuruti kata-katanya. Ucap anak pintar itu, “Nanti kalau kakak rajin mengaji, Umma sayang kakak ya.”

Oki Setiana Dewi dan suami, Ory Vitrio sah bergelar suami isteri pada tanggal 12 Januari 2014. Hasil pernikahan selama lebih empat tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Faatimah Abdullah dan Ibrahim Muhammad Abdullah.

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI