Lumrah selepas berkahwin, banyak pasangan akan keluar meninggalkan kediaman mak ayah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri. Rumah baru. Kehidupan pun baru. Mula-mula keluar rumah, memang terasa rindu pada masakan mak, kerap telefon dan bertanya khabar tapi lama-kelamaan, nak jenguk kampung pun susah sebab dah sibuk dengan rutin harian. Bekerja, belajar dan jaga anak isteri.
Tersentuh hati kecil bila mendengar pesanan Ustaz Fawwaz Mad Jan ni. Wahai suami, taatilah ibumu. Terutamanya yang masih ada mak ayah. Tolonglah jaga mereka. Berkhidmatlah untuk orang tua kita. Jangan buat lebih kurang sebab tanggungjawab lelaki pada mak sampai mati. Jangan sibuk kira menikah berapa kali. Sibuk kira berapa bini.
Walaupun Allah bagi kebebasan pada lelaki untuk buat keputusan apa saja pada anak isteri, tapi macam mana pun hakikatnya dia tetap kena dengar cakap mak.
Wanita pun sama juga. Waktu bujang kena dengar cakap mak ayah, tapi bila kawin dia kena ‘ikat’ dengar cakap suami. Kalau tak dengar cakap suami, automatik anak-anak pun takkan dengar cakap ibu sendiri. Tuhan bayar tunai.
“Kita lawan CAKAP suami, anak AKAN lawan CAKAP kita”
Lelaki kena ingat senarai ni…
Ads
(1) Kalau tak penah bagi duit sesen pada mak, TOLONG mula bagi balik.
(2) Kalau jarang-jarang jenguk mak, TOLONG atur masa balik kampung.
(3) Siapa yang selalu berkelahi dengan mak, TOLONG berhenti.
Saya perati, kadang mak mak ni suka tanya kat anak, contoh ‘Ali… Ahad ni free tak?’ Bila keluar soalan tu, kita jangan tangguh-tangguh untuk jawab free. Ambil tau dulu apa yang mak nak, sebab naluri mereka ni, kalau kita jawab sibuk pasti mereka pendam apa keinginan tu. Betul tak?
Ads
Untuk para isteri, janganlah pentingkan diri sendiri. Anda kawin dengan anaknya, tolong jangan sekat suami berkhidmat untuk wanita yang lahirkannya. Bagitau suami, kalau mak ayahnya teringin nak jumpa hujung minggu, jangan sesekali jawab dia sibuk.
Ads
Balasan Allah ni, kalau kita berdosa pada manusia tak pernah sama dengan balasan kalau kita derhaka pada mak. Ada satu hadis, jika kita buat jahat apa pun di muka bumi, Tuhan boleh tangguh seksanya sampai ke Hari Akhirat. Kat dunia mungkin selamat. Tapi kalau kita derhaka pada orang tua, Tuhan bayar cash masa dia hidup lagi.
Begitu juga kalau hubungan menantu dan mak mertua dingin, suami mesti pastikan jangan bela isteri depan maknya. Walaupun isteri tu mengadu macam-macam, suami mesti bijak jernihkan keadaan.
Satu tip daripada Ustaz Fawwaz, tenangkan isteri tu dengan kata-kata ni, “Sabarlah sayang, mak tu bukan orang lain. Tu mak abang. Sabarlah, orang tua kita jugakan.”
Wahai suami, jangan sesekali MENJATUHKAN MARUAH mak kita depan isteri. Kalau kita jatuhkan maruah mak, itulah puncanya ramai lelaki sekarang jadi anak derhaka dan buat hati isterinya, lebih keras dan biadap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui tentang berita kehamilan Dr. Amalina yang kini sedang sarat hamil (trimester) dan masih lagi bertugas. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 2021, Dr Amalina juga nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mendapatkan cahaya mata pertama, apatah lagi banyak berkongsi tentang perkembangan kesihatan dan kandungannya.
Baru berkongsi gambar di majlis baby shower nya, selain berkongsi perihal tersebut, Dr Amalina yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga merupakan pakar bedah banyak menghabiskan masanya menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan di media sosialnya terutama sekali rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.
Namun baru-baru ini, soal jawab di IG story Dr Amalina nyata mencuri tumpuan selepas beberapa soalan diajukan berkaitan manfaat yang diterima beliau selepas melahirkan. Antara soalan yang sempat dijawab adalah berkaitan berapa lama cuti bersalin yang bakal atau boleh diambil oleh Dr. Amalina selepas bersalin nanti.
Jawab Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan. Bukan itu saja, Dr. Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai melopong.
“Saya akan dapat gaji penuh untuk 5 bulan pertama lepas bersalin dari tempat kerja saya dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan”. Ternyata perkongsian Dr. Amalina mengundang pelbagai respon dan ramai yang ‘gigit jari’ atau makan hati, dek manfaat yang diterima Dr.Amalina tidak sama seperti yang diterima di Malaysia.
Ramai juga memberikan respon Dr. Amalina beruntung kerana mendapatkan cuti yang panjang dan boleh digunakan sepenuhnya bagi memberi fokus penuh untuk anaknya. Tak sabar rasanya nak tunggu berita kelahiran anak sulung Dr. Amalina. NONA mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan kejayaan yang diraih Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid baru-baru ini. Bukan sekadar dikurniakan raut wajah cantik penuh kelembutan bahkan anak kepada Dato’ Ziela Jalil ini juga seorang wanita bijak dan doktor perubatan berkaliber!
Hidup jauh di perantauan dan berkhidmat sebagai doktor di Ireland sedikit pun tidak mematahkan semangat ibu jelita kepada dua anak ini untuk berbakti kepada masyarakat.
Dr Julia yang kini bertugas di Mercy University Hospital menzahirkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan hospital berkenaan pada awal Julai lepas.
“Alhamdulillah Ra Rabb. 2 tahun berkhidmat di negara orang, Allah bagi rezeki dianugerahkan pingat dan certificate of excellence. Tergamam tak terkata. Sesungguhnya rezeki Allah tu luas dan mewah.
Doakan semoga Allah permudahkan juga perjalanan menjadi Consultant Anaesthesiologist in the future inshaAllah. Aamiin.”
Sebagai ibu, pastinya Dato’ Ziela Jalil menjadi antara individu paling gembira dengan khabar tersebut dan pengarah tersohor ini memuat naik video sijil serta pingat yang diterima puteri kesayangan di media sosial miliknya.
Luah Dato’ Ziela, “MasyaAllah TabarakAllah. Haza Rahmatun Min Rabbi, rezeki Allah datang dalam berbagai cara, rezeki Allah yang tak ternilai buat anakku yang solehah, ini hasilnya berkhidmat LillahitaAllah, penuh keikhlasan, bersungguh-sungguh, disiplin yang tinggi.
Alhamdulillah. Berkhidmat di negara asing, diberi penghargaan walaupun dia bukan Irish, apa yang membanggakan dan paling penting dia adalah Asian-Malaysian, wanita Muslim yang bertudung pula tu. Bekerja di negara orang dan dihargai.
Syukur alhamdulillah Ya Rabb di atas pencapaian anakku yang solehah ini. Semoga Ya Allah kau sentiasa melindungi dan meluaskan rezekinya dengan rezeki yang penuh barakah untuk dunia dan juga untuk akhiratnya.”
Julai lepas juga merupakan ulang tahun perkahwinan keenam Dr Julia dan suami tercinta, Dziya Faqhran.
Hasil perkongsian hidup, graduan Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.
Pada 16 Jun 2022 yang lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Kebanyakan ibu bapa yang anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan tersebut meluahkan rasa syukur dan gembira mereka. Ibu bapa mana yang tak gembira bila melihat anak-anak berjaya, kan.
Kredit Foto: IG Dato’ Shareen Almashoor.Kredit Foto: IG Puteri Balqis.
Usahawan terkenal, Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor atau mesra disapa dengan panggilan Dato’ Shareen turut merasa teruja dengan kejayaan anak perempuan sulungnya, Puteri Balqis yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM baru-baru ini.
“Alhamdulilah Ahamdulilah Alhamdulilah!! Allahuakhbar!Terima kasih Allah.Straight A’s for Balqis. Tahniah che2 Qis, sayang Mommy! I’m so proud of you. Terima kasih atas hadiah yang sungguh bermakna buat Mommy, Daddy, adik, jiddah, and arwah habib.
Kredit Foto: IG Puteri Balqis.
“Qis, lambang cinta kami, harapan kami. Seikhlas hati, Mommy bangga dengan Qis. Walau hebat dugaan Allah pada kita namun Qis berjaya harungi dengan baik dan utamanya, dengan Tauhid kepada Allah.
“Sayang Mommy,your life has just begun.Spread your wings and fly high my beautiful butterfly.Your mommy will always be here waiting for you”
Selain Puteri Balqis, usahawan berusia 42 tahun ini mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Puteri Zara yang kini berusia 15 tahun.
“Ada orang tanya saya macam mana Balqis belajar sampai boleh dapat straight A’s in SPM? Hafaz a few suroh in Quran dan peribadi sebegitu. Adakah dia dari background sekolah Agama?
“So, I decided to make this video about the history of her education. Balqis TAK pernah sekolah agama walau sekolah petang, tak pernah. Her agama education is just from home.
“Malah dari kindy umur 3-6tahun pun kindy di sekolah Cina.Dan kalau yang pernah jumpa Qis, tahu she’s more comfortable speaking in English as she sangat malu nanti orang boleh notice Bahasa Melayu dia ada slang Cina sikit.. hihihi..
Kredit Foto: IG Dato’ Shareen Almashoor.Kredit Foto: IG Puteri Balqis.
“Muka macam Arab, cakap macam Cina. Alhamdulillah with that colourful background she speaks a few languages, Bahasa Melayu, English, Mandarin, and a little Arabic at home.Ada juga yang tanya: So, Qis akan sambung belajar keluar negara?
“Yes, that’s the initial plan. since she was born we already have tabung & trust fund utk her education but as years goes by, now, we changed our mind. To me Saya rasa anak perempuan 17-19 tahun (this is my personal opinion about my daughter) still too young untuk hidup sendiri dengan culture yang berbeza tanpa guidance from ibu ayah, therefore we decided untuk Qis sambung belajar di local university for her first degree and InsyaAllah oversea for her post degree jika Allah izinkan. Namun kita merancang Allah menentukan. As for now, we leave it to Allah.
“Setiap ibu bapa inginakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mudahan Allah permudahkan urusan keluarga kita semua.Apa pun keputusan anak-anak kita mereka telah cuba sedaya upaya, appreciate and celebrate.Tak semua anak tu punya kemahiran dan kelebihan yang sama. Mama as ibu bapa, kita perlu kenal pasti dan encourage mereka dengan kelebihan yang ada.”
Kredit Foto: IG Puteri Balqis.
Dato’ Shareen juga bercadang, jika ada rezeki Puteri Balqis untuk melanjutkan pengajian ke peringat Ijazah Sarjana (Master) negara China menjadi pilihan.
“Kejayaan kita bukan diukur pada berapa banyak wang dan harta kita ada, tapi berapa rapat hubungan kita dengan Yang Maha Esa. Nak buat apa pun fikir, ini buat Allah sayang atau Allah larang? InsyaAllah kejayaan pasti bersamamu dunia akhirat duhai anakku.”
Kredit Foto: IG Puteri Balqis.
Sebelum ini, Dato’ Shareen pernah berkongsi kepada NONA, dua anak perempuannya itu berjaya meraih keuntungan 5 angka dalam online business mereka yang dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kredit Foto: IG Puteri Balqis.
“Sebenarnya sejak mereka di bangku sekolah lagi saya dah dedahkan mereka dengan aktiviti bisnes. Saya sering membawa mereka ke kelas-kelas bisnes yang saya ikuti contohnya online class. Walaupun ketika itu mereka tidak faham sangat sebab masih sekolah rendah.
“Saya juga tak pernah kisah kalau mereka tak gunakan ilmu itu. Sebab saya yakin walaupun mereka tidak menggunakannya waktu itu tetapi sekurang-kurangnya ilmu itu dah ada dalam diri mereka. Tahap keyakinan pun bertambah. Cuma belum diguna pakai saja lagi.
Kredit Foto: IG Puteri Balqis.
“Selain itu, setiap kelas yang saya kendalikan untuk agen-agen ataupun bila saya dapat jemputan untuk buat talk, saya akan bawa mereka bersama. Memang berbeza zaman mereka dengan zaman kita dulu. Walaupun ilmu mereka sedikit tetapi mereka lahir dalam zaman teknologi digital.
“Harapan saya untuk Qiss, berniaga ni tak perlu tunggu habis belajar, sambil belajat pun boleh berniaga yang penting kena pandai imbang waktu. Selepas tamat belajar nanti cari pengalaman bekerja dulu, dengan Idola perniagaannya. Yang mana Qis boleh belajar lagi dari pengalaman mereka. Belajar dari buku ni tak sama dengan dengan belajar dari pengalaman orang lain.
Kredit Foto: IG Puteri Balqis.
Untuk info, Dato’ Shareen merupakan pemilik Hotel The Lov Penang. Selain itu, Dato’ Shareen turut mengendalikan bisnes keluarga iaitu ‘Saudagar Arab Malaysia’ yang lebih 40 tahun beroperasi secara tradisional.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.