Sekurang-kurangnya 74% daripada rakyat Malaysia hari ini mengamalkan gaya hidup sedentari. Peratusan ini sememangnya cukup mengejutkan serta membimbangkan. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gaya hidup sedentari?

Gaya hidup sedentari merupakan amalan hidup tanpa aktiviti fizikal atau kurang melakukan aktiviti fizikal. Kebanyakan masa dihabiskan dengan duduk, menonton televisyen, menggunakan komputer dan tidur. Penggunaan mesin dan sistem automasi yang semakin meningkat di dalam kehidupan harian mengurangkan keperluan untuk kita melakukan aktiviti fizikal. Teknologi moden  abad yang ke-21 membolehkan kita melakukan hampir segala-galanya dengan hanya menekan butang.  Meskipun ia menyenangkan hidup kita namun kemudahan ini membawa kesan yang kurang sihat.

IKLAN

OSTEOPOROSIS Tidak Kira Peringkat Umur, Jadi Wanita Aktif Untuk Elak Masalah Ni!

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II melaporkan bahawa hanya 11.6% daripada responden dewasa di Malaysia kerap melakukan aktiviti fizikal secara  bersenam dengan secukupnya. Kajian selanjutnya mendapati bahawa rakyat dewasa Malaysia menghabiskan sekurang-kurangnya 41% daripada hari mereka dengan duduk serta 33% lagi dengan tidur atau berbaring. Ternyata, angka ini amat membimbangkan. Meskipun terdapat usaha yang ketara oleh rakyat Malaysia untuk mengamalkan tabiat yang sihat, hakikatnya usaha ini tidak mencukupi untuk melindungi mereka daripada kesan negatif gaya hidup tanpa aktiviti fizikal dan pemakanan tidak seimbang.

 

PUNCA OSTEOPOROSIS

Gaya hidup sedentari boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius dan melemahkan badan antaranya ialah penyakit kardiovakular, obesiti atau kegemukan serta diabetes. Di samping itu juga, ia telah dikenalpasti sebagai faktor risiko keempat bagi kadar kematian global. Bagaimanapun, tahukah anda bahawa gaya hidup sedentari juga boleh menyumbangkan kepada masalah tulang yang lemah?

OSTEOPOROSIS Tidak Kira Peringkat Umur, Jadi Wanita Aktif Untuk Elak Masalah Ni!

“Tulang kita adalah tisu hidup. Sungguhpun ia nampak keras, tulang kita sentiasa melalui proses penguraian dan pembinaan semula,” kata Dr. Chin Chee Howe, Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma di Gleneagles Kuala Lumpur dan Advanced Neuroscience and Orthopaedic Clinic.

Gaya hidup sedentari tidak membantu kesihatan tulang. Kita perlu mula mengambil langkah untuk melindungi tulang sejak dari muda sebaik-baiknya sebelum jisim tulang mencapai puncaknya. Proses pembentukan semula tulang menggantikan tisu yang mati atau rosak membolehkan kita untuk hidup sihat dan aktif.

IKLAN

Kekurangan jisim tulang yang berterusan boleh mengakibatkan osteoporosis iaitu satu proses yang tidak boleh dikembalikan. Hasil penyelidikan Fonterra yang dijalankan secara berterusan untuk pelbagai kempen komunikasinya mendapati bahawa wanita Malaysia memandang ringan terhadap masalah kemerosotan tulang. Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa tanggapan ini boleh membawa kesan pada masa depan.

OSTEOPOROSIS Tidak Kira Peringkat Umur, Jadi Wanita Aktif Untuk Elak Masalah Ni!

Wanita Malaysia yang lebih muda terus percaya bahawa kemerosotan tulang adalah satu keadaan yang hanya dialami oleh orang tua. Kebanyakannya menunggu hingga melihat tanda amaran atau merasai kesakitan sebelum mengambil tindakan. Satu-satunya cara untuk melindungi tulang kita ialah mengamalkan diet seimbang dan gaya hidup sihat. Bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan yang sihat dan memastikan keperluan kalsium harian dipenuhi.

IKLAN

 

PRODUK TENUSU

Aktiviti fizikal penting untuk membina dan mengekalkan jisim tulang serta membolehkan kita meregangkan dan menggunakan potensi tulang sepenuhnya. Melalui aktiviti fizikal kita dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan mental. Selain aktiviti fizikal, pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari juga penting. Selain susu berkalsium tinggi, yogurt dan keju juga kaya dengan kalsium. Ambil vitamin D secukupnya bagi membantu penyerapan kalsium dalam badan.

OSTEOPOROSIS Tidak Kira Peringkat Umur, Jadi Wanita Aktif Untuk Elak Masalah Ni!

Menjelang tahun 2050, lebih daripada 50% keretakan tulang pinggul diramalkan berlaku di Asia. Jumlah keretakan tulang pinggul akan meningkat disebabkan populasi penduduk yang kian meningkat. Kos keseluruhan untuk merawat keretakan tulang disebabkan oleh osteoporosis juga semakin meningkat. ,Kemerosotan tulang adalah proses sepanjang hayat. Amalkan gaya hidup dan tabiat makan yang sihat sejak awal. Sudah tiba masanya untuk anda bangun dari sofa dan mula mengambil langkah proaktif untuk melindungi tulang. Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI