Pelakon jelita Julia Farhana dilihat sudah memadamkan gambar-gambar lama di akaun Instagramnya, memberikan petunjuk yang dirinya sudah tampil bertudung.
Menurut laporan Kosmo, isteri kepada Dr Che Hafiz ini juga turut menulis “Disclaimer : Rakaman ini dibuat sebelum Ju (Julia) bertudung” seperti mengesahkan penampilannya kini yang sudah berhijab apabila memuat naik hantaran terkininya dalam Instagram.
Aktres berusia 29 itu juga dilhat sudah memadam gambar-gambar lama sebelum dia tampil bertudung, selain hanya meninggalkan gambar yang tidak menampakkan rambut. Selepas sebulan mendirikan rumahtangga, sebelum ini Julia pernah memaklumkan belum sedia bertudung, namun meminta orang ramai untuk terus mendoakannya.
Ads
Ads
Untuk rekap, pelakon Coast Guard Malaysia mengumumkan pernikahan mereka pada 14 Disember tahun lalu selepas dua minggu mereka disatukan.
Ads
Malah di ruangan Instagramnya pula, ramai peminat serta rakan-rakan artis yang meninggalkan komen, memuji kecantikkan Julia berhijab malah ada yang mendoakan agar Julia Farhana kekal istiqamah. NONA mendoakan semoga yang baik-baik saja buat Julia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap manusia boleh berubah. Sebab itulah orang kata jangan menilai seseorang daripada luaran sahaja. Sebaiknya, lihat pada dalamannya. Itulah yang terjadi pada seorang wanita bernama Jen Atkin yang nekad untuk mengubah bentuk bandannya kerana sering dihina gemuk oleh tunangnya sendiri.
Siapa tidak sedih jika perkara ini berlaku pada diri kita. Itulah yang dirasai oleh Jen Atkin. Dek kerana terlalu kecewa ditinggalkan oleh tunangnya, Jen nekad untuk membuktikan bahawasanya dia boleh menjadi cantik seperti wanita lain.
Buktinya ialah apabila dia menyertai pertandingan ratu cantik United Kingdom sekaligus dinobatkan sebagai juara.
Jen, 26, yang bekerja sebagai pentadbir di sebuah syarikat penerbangan dan menetap di Ulceby mula menjalani gaya hidup sihat selepas kejadian pahit dalam hidupnya itu. Dia kemudiannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50kg, turun daripada 107kg kepada 57kg ketika ini.
Jen muncul pemenang Miss Scunthorpe, sebelum menduduki tempat kedua dalam pertandingan Miss England pada 2018. Dia kemudiannya bersara daripada menyertai pertandingan namun ingin mencuba buat kali terakhir apabila namanya tersenarai dalam pertandingan Ratu Cantik United Kingdom ke-75.
Tuah memihak kepadanya apabila muncul sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan di Leicester.
“Saya sangat terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang, tak boleh nak gambarkan perasaan saya sekarang.
“Pada mulanya saya hanya menyertai suka-suka. Tak sangka saya mampu pergi sejauh ini. Saya tak pernah terbayang langsung tentang ini 3 tahun lepas,” ujarnya.
Katanya lagi, dia mendapat ilham setelah melalui kisah duka akibat perbuatan bekas tunangnya.
“Saya menangis berminggu-minggu dan anggap hidup saya telah hancur.”
Kini, Jen telah berkahwin dengan kekasih baru dan menganggap kejayaannya ini ditujukan kepada bekas tunangnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Istana Buckingham menyampaikan khabar Khabar bahawa Ratu Elizabeth II telah disahkan positif COVID-19 semalam. Menurut jurucakap Istana Buckingham Ratu England ini hanya mengalami gejala ringan.
Tambah jurucakap Istana, Ratu Elizabeth II tetap menjalankan tugas-tugas seperti biasa tetapi hanya tugas ringan di Istana Windsor. Menurut laporan cbsnews.com warga United Kingdom yang telah disahkan positif COVID-19 diarahkan untuk kuarantin kendiri selama lima hari.
Ratu Elizabeth II yang kini berusia 94 dilaporkan juga telah menerima tiga dos suntikan vaksin COVID-19. Ketika suntikan vaksin pertama Ratu Elizabeth telah menerimanya bersama-sama mendiang suaminya Duke of Edinburgh.
Ratu Elizabeth dan suaminya merupakan golongan kategori berisiko telah diberi keutamaan mengikut sistem pemberian vaksin Britain. Menurut jurucakap Istana Buckingham pemberian suntikan tersebut diberikan oleh seorang doktor di kediaman Istana Windsor.
Walau bagaimanapun, Duke of Edinburgh Putera Philips telah meninggal dunia pada 9 April 2021 di usia 99 tahun dan dikebumikan pada 17 April 2021.
Pewaris takhta, Putera Charles juga pernah dilaporkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin pada bulan Mac 2020. Baru-baru ini putera yang berusia 73 tahun ini telah disahkan positif COVID-19 untuk kali kedua.
Pewaris takhta dan juga cucu Ratu Elizabeth iaitu Putera William yang dikesan positif COVID-19 pada April 2020.
Dalam pada itu, Ratu Elizabeth II ini telah mencipta sejarah dunia apabila menjadi raja pemerintah tertua di dunia iaitu selama 69 tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Ratu England pada 2 Jun 1953.
Seperti yang kita tahu, Putera Charles merupakan pewaris takhta kerajaan ini. Pada 21 April akan datang Ratu Elizabeth II bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-96.
Tidak tahu adakah Ratu Elizabeth bakal meraikan ulang tahun kelahirannya. Ini kerana sudah sudah dua tahun Baginda tidak mahu meneruskan tradisi seperti kibaran bendera di bangunan kerajaan dan perarakan kereta kuda yang menjadi kebiasaan pelengkap hari istimewa itu.
Sebelum itu, sambutan ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth disambut meriah dengan tembakan hormat. Tahun sebelumnya Ratu Elizabeth telah membuat keputusan tidak mahu meneruskan acara tradisi ini kerana menghormati situasi negara yang tidak stabil akibat pandemik COVID-19.
Manakala tahun lalu pula Ratu Elizabeth bertindak tidak mahu meneruskan acara tradisi tersebut kerana berkabung dan masih lagi bersedih dengan kehilangan suami tercinta.
Nama Allahyarhamah Azah Aziz sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi bagi pemain industri media dan dunia kewartawanan tanah air.
ALlahyarhamah lebih dikenali sebagai Mak Ungku, Azah Aziz bukan sahaja seorang jurnalis wanita perintis di Malaysia, malah beliau turut diangkat sebagai ikon seni budaya.
Azah Aziz telah menulis sejumlah artikel akhbar dan majalah selama 37 tahun, di samping mengarang lebih 10 buah buku termasuk jilid mengenai tekstil dan pakaian Melayu.
Beliau dihormati kerana dedikasi sepanjang hayatnya untuk memelihara budaya, tekstil dan pakaian tradisional Melayu untuk generasi akan datang.
“Ketika kecil, saya masih ingat minatnya dalam penulisan. Beliau menulis tentang tekstil, pakaian, dan tentang warisan budaya.
“Beliau sangat liberal dalam pemikirannya mengenai banyak isu dan menulis dengan penuh semangat tentang hak wanita, kanak-kanak, tetapi saya tidak akan menggambarkannya sebagai seorang feminis.
“Sebaliknya lebih sebagai penyokong isu wanita dan isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak,” ujar anak perempuan Azah Aziz, bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Aziz ketika berkongsi pendapat mengenai ibunya.
Sempena hari lahir Azah Aziz yang ke-94 yang jatuh pada tanggal 21 Ogos lalu, Google telah mendedikasikan Doodle khas sebagai penghormatan buat Allahyarhamah.
Mungkin generasi sekarang hanya mengenali nama serta wajahnya yang diabadikan dalam lembaran sejarah pada bahan akademik serta internet. Tetapi besar jasa yang ditinggalkan oleh ikon ini dalam memartabatkan seni budaya serta bidang penulisan.
Jom kenali keperibadian atau personaliti milik figura yang merupakan tokoh budayawan Melayu tersohor ini:
1. Nama sebenar Azah Aziz adalah Sharifah Azah Syed Mohammad Alsagoff dan dilahirkan pada 21 Ogos 1928.
2. Berkahwin dengan Prof Diraja Dr Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
3.Beliau berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab. Beliau bersekolah di Sekolah Convent di Johor Bahru dan mengikuti pendidikan Jepun semasa Perang Dunia Ke II. Ketika berumur 18 tahun,
4. Ketika bekerja sebagai setiausaha di Jabatan Pengajian Melayu, di bawah ketua jabatan Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za’ba), Azah mula memupuk minat dalam bidang penulisan dan sastera
5. Antara personaliti antarabangsa yang pernah ditemu ramah beliau ialah bekas perdana menteri India, Indira Gandhi, peninju Muhammad Ali & keluarganya serta angkasawan wanita pertama ke angkasa lepas, Valentina Nikolayeva-Tereshkova.
6. Mengasaskan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) dan menjadi presiden pertamanya dari 1971 hingga 1978 serta penasihat Pertama seterusnya.
7. Salah seorang pengasas Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), sebuah pertubuhan kebajikan untuk menangani kebajikan dan keperluan wanita dan kanak-kanak.
8. Memperjuangkan persamaan gaji dan cukai berasingan untuk isteri yang bekerja
9. Menerima pelbagai pengiktirafan di atas dedikasinya dalam bidang kesenian dan budaya, iaitu Tokoh Budayawan Melayu, Ijazah Kehormat Doktor dalam bidang Seni dan Pendidikan (UPSI), Tokoh Wanita Johor (1992) dan penerima Anugerah Wanita Cemerlang Avon-Tan Sri Fatimah 1994.
10. Ibu kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Aziz.
11.Beliau digelar Tokoh Budayawan Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan traditional Melayu. Sejak 1950-an, beliau menulis dan berceramah tentang kebudayaan dan kesenian melayu.Beliau memperkenalkan pakaian drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-Universiti ASEAN. Beliau pandai berpantun dan pantun yang dihasilkan sukar ditandingi oleh orang lain, sebagai contoh pantun hasil nukilannya telah menjadi hiasan kulit majalah Mastika sejak sekian lama.
12. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Julai 2012 pada usia 84 tahun.
Info: MStar & Internet.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.