Kalau dikenang ragam sepanjang PKP pertama dulu, pasti ada yang senyum geleng-geleng kepala. Bayangkan kita ni daripada tak pandai memasak sampai boleh jadi chef, disebabkan mencuba pelbagai resipi di dapur.

Paling lucu bila banyak bekalan membuat kek habis di pasaran. Cream cheese Tatura, biskut Marie dan yis, belum lagi yang sibuk membeli roti sandwic sampai licin di kedai.

IKLAN

Cerita pasal roti sandwic, terfikir pula bagaimana kalau ada yang sengaja ‘menyentuh’ isi roti ni di luar pengetahuan kita. Bukankah bungkusan roti di Malaysia majoritinya menggunakan tag semata-mata.

Bayangkan kalau tag tu terbuka dan ditutup semula dengan cermat. Risau juga kalau tercemar dan disentuh orang lain.

 

PENGEDAP KESELAMATAN

Berkongsi khabar terbaru roti sandwic Massimo, hari ini secara rasminya dilancarkan ciri Pengedap Keselamatan baru. Berbeza daripada penggunaan tag biasa, roti-roti yang segar dibungkus dan dikedap dengan selamat.

Teknologi pertama di Malaysia itu mampu menangani kebimbangan anda mengenai keselamatan dan kualiti roti semasa pandemik.

IKLAN

 

SAYURAN HIDROPONIK

Selesai tentang roti, kini kebersihan sayur-sayuran juga perlu diberi perhatian. Ramai bertanya sejauh mana pekedai menjaga kebersihan sayur agar ia terus segar dan menyihatkan.

Memahami betapa pentingnya menjaga kebersihan sayur di pasaran, petani indoor Malaysia iaitu Vegetory gigih menjaga kualiti sayur mereka agar bebas pestisid, premium dan diberi perhatian rapi sejak awal lagi.

IKLAN
Sayur Vegetory segar seperti baru dipetik

 

Ia dibungkus rapi dalam persekitaran bersih untuk menjamin kebersihannya

 

Vegetory membangunkan kebun hidroponik di Bangsar Shopping Centre

Bagi memastikan sayuran kekal segar dan sampai ke pengguna dalam keadaan segar juga, kurangkan penglibatan orang tengah seperti peraih sayur dalam urusan jual beli.

Di Vegetory, semua sayuran ditanam secara hidroponik dan pembeli boleh mengunjungi kebun Vegetory di Bangsar Shopping Centre. Dengan cara ini anda dapat memetik sendiri sayuran segar di sana seperti menanamnya sendiri di rumah.

Setiap makanan mentah di kedai mempunyai ciri-ciri pengurusan yang unik dan perlu dikendalikan oleh pekedai mengikut ciri-ciri tersendiri. Dengan pengurusan yang betul dapat memastikan kesihatan kita terjamin, bebas pencemaran dan bebas virus.