Majlis penyatuan dua jiwa di antara Mira Filzah bersama pasangannya, Wan Emir Astar telah mencuri perhatian semua. Busana yang digayakan oleh Mira Filzah untuk majlis pernikahan dan resepsi sudah pasti menjadi bualan terutama peminatnya.

IKLAN
Foto: Instagram @mfmirafilzah

Artis kesayangan Malaysia, Mira Filzah tampil anggun dan berseri memperagakan baju nikah rekaan pereka fesyen terkenal RizmanRuzaini. Suaminya yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid juga tidak kurang segaknya dalam persalinan serba putih.

Foto: Instagram @rizmanruzaini

Menurut Rizman Ruzaini baju Kurung Pahang rekaanya itu telah mendapat sentuhan sulaman tangan daripada mereka yang pakar. Sulaman tangan itu pula mengambil masa selama 200 jam untuk disiapkan serta bermain bersama puluhan ribu jemeki. Patutlah berseri-seri Mira Filzah di hari istimewanya itu.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

Di majlis resepsi pertama yang berlangsung di Le Meridian, Putrajaya pula Mira Filzah tampil ibarat seorang ratu menggayakan busana pengantin rekaan pereka terkenal FiziWoo. Wan Emir Astar pula tampil segak dengan sutnya.

Foto: Instagram @fiziwoo

Menurut FiziWoo, rekaan busana pengantin buat Mira Filzah ini mengambil inspirasi dari motif Arabesque. Gaun buatan tangan ini telah mengambil masa selama 500 jam untuk disiapkan. Bukan mudah ya sebenarnya untuk membuat busana pengantin yang bakal menjadi memori terindah buat pengantin.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

Di majlis resepsi kedua pula Mira Filzah dan suaminya telah mencuri perhatian setiap tetamu apabila tampil cantik dalam persalinan baby blue rekaan pereka fesyen terkenal, The Rico Rinaldi. Kali ini Mira Filzah selesa memilih seluar yang digandingkan dengan dress labuh untuk acara perkahwinan dalam taman.

Foto: Instagram @thericorinaldi

Menurut Rico pemilihan warna baby blue itu adalah hasil perbincangan bersama. “Basically saya dan Emir personally pilih warna itu dan dipersetujui oleh Mira Filzah,” kata Rico yang memilih warna baby blue bagi mengikut tema perkahwinan dalam taman impian Mira Filzah.

Jika RizmanRuzaini mengambil masa 200 jam untuk menyiapkan busana pernikahan, FiziWoo pula mengambil masa selama 500 jam untuk menyiapkan busananya, The Rico Rinaldi pula mengambil masa 130 jam untuk resepsi kedua. Maka jumlah keseluruhan untuk menyiapkan busana wedding of the year ini ialah 830 JAM. Tahniah Mira Filzah dan suami semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal bahagia hingga ke jannah.