NOOR NEELOFA MOHD NOOR

Saat kebanyakan selebriti berjuang mengharungi pandemik Covid-19 yang serba mencabar ketika ini, perjalanan kerjaya Noor Neelofa Mohd Noor terus gah bagai tiada halangan.
Saban tahun ada sahaja kejayaan membanggakan yang diraih selebriti cantik ini yang bukan sekadar mengharumkan nama negara bahkan mengangkat martabat wanita muslimah di persada dunia.

IKLAN

Terbaharu, satu lagi pengiktirafan besar diberikan kepada Neelofa apabila dia dilantik sebagai Duta Rantau Asia Tenggara Pertama bagi jenama produk kecantikan Perancis, Lancome! Luar biasa aura pengacara popular ini.

Lebih manis, Neelofa bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia pertama mewakili jenama tersebut di peringkat Asia Tenggara malah menjadi wanita berhijab pertama yang menerima pelantikan berkenaan. Dia yang ditemani ibu tersayang, Datin Noor Kartini dan kakaknya, Noor Nabila dilihat menitiskan air mata kegembiraan ketika pengumuman berita gembira itu dibuat.

Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome! Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome! Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome! Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome!

Mengulas mengenai statusnya sebagai Duta Lancome bagi rantau Asia Tenggara, Neelofa berkata perkara tersebut diketahuinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. “Saya dapat berita ini ketika tempoh PKP lepas. Wakil jenama Lancome datang ke rumah dan menangis terharu dengan pelantikan ini.

Sebelum ini, kita tahu wajah wanita berhijab Asia Tenggara tak pernah dipandang. Wakil jenama ini terharu kerana selebriti Malaysia dipilih menjadi duta untuk rantau Asia Tenggara. Sudah tentu, ia suatu perkara yang besar. Sejujurnya, saya tercengang waktu itu dan bertanya sama ada pemilihan ini sudah muktamad atau sebaliknya.

Ikutkan waktu penggambaran video sebagai Duta baru tempoh hari pun saya belum rasa apa-apa lagi tapi bila diumumkan secara rasmi di depan rakan-rakan media dan ahli keluarga yang hadir, saya akui tak dapat menahan daripada mengalirkan air mata,” ujarnya sambil tertawa.

Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome! Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome! Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome! Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome!

IKLAN

Mengimbas kembali pembabitan Neelofa bersama Lancome sejak tahun 2017, personaliti dan pengaruh yang dimiliki usahawan Naelofar ini menjadi antara faktor utama dia dipilih sebagai Duta. Apatah lagi Neelofa sememangnya terkenal sebagai seorang selebriti yang bijak, cantik dan lantang menyuarakan idea baharu.

“Memecahkan tradisi bukanlah perkara mudah. Apabila menjadi orang pertama dalam sesuatu, orang akan memberi pandangan dari segi pujian dan kecaman berbeza. Tetapi, perkara menarik adalah perasaan teruja yang dilalui.

Menjadi wanita berhijab pertama mewakili rantau Asia Tenggara bukan sahaja membuatkan saya bangga sebagai rakyat Malaysia malah orang Islam. Ini kerana untuk produk antarabangsa memandang wanita hijab untuk mewakili jenama mereka di peringkat Asia Tenggara sukar dijangka. Ia juga bermakna mereka memberi perhatian kepada pasaran orang Muslim.”

IKLAN

Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome! Pecah Tradisi, NEELOFA Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancome!

Dalam pada itu, Neelofa turut mendedahkan akan menjadi wajah kempen Aidilfitri 2021 yang tidak hanya untuk pasaran Malaysia tetapi juga di Singapura dan Indonesia. “Ini adalah kali pertama Lancome mengangkat perayaan Hari Raya. Sebelum ini mereka ada kempen Krismas dan Tahun Baharu Cina tetapi tidak Aidilfitri.

Jadi, ia satu kebanggaan buat saya apabila Lancome mengangkat perayaan orang Islam. Saya nampak pembaharuan ini adalah sebagai satu jihad apabila meletakkan nama Islam dan wanita berhijab di mata dunia. Saya berharap jalinan kerjasama ini boleh mendapat keberkatan daripada-Nya.”

Tahniah Neelofa! Semoga terus melangkah maju di persada dunia dan memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI