Hujung Jun lalu pastinya menjadi detik bermakna bukan saja bagi Nourul Depp tetapi juga anaknya, Ayu Nazirah. Berkat kerja keras menamatkan pengajian di peringkat universiti, akhirnya Ayu berjaya menggenggam ijazah dan lebih manis dengan meraih keputusan cemerlang.
Nourul sebagai ibu sudah tentu berbangga dengan kejayaan Ayu. Apatah lagi dia melihat betapa anak gadisnya itu ‘berjuang’ memberikan yang terbaik dalam pelajaran selepas melalui bermacam-macam pengalaman hidup sejak dia berusia lapan tahun lagi.
Pujian memang patut diberikan kepada ibu dan anak ini kerana saling memberikan yang terbaik di antara satu sama lain. Tahniah Nourul dan Ayu!
29 Jun lalu, Ayu Nazirah Mohd Faizal menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Majlis Konvokesyen Komemoratif.
Ads
Nourul di Instagram miliknya meluahkan rasa sebak dan syukur kerana berpeluang melihat kejayaan anak tersayang. “Betapa bangganya mama melihat kamu dalam jubah konvokesyen. Untuk gadis yang paling bertuah di dunia, untuk cinta pertamaku, kamu berhak memperoleh yang terbaik di dalam dunia selepas apa yang kamu lalui.
Ayu telah melalui banyak perkara sejak berusia lapan tahun lagi. Namun dia berjaya mengharungi segalanya. Lebih kuat dan lebih baik. Jadi tegas tetapi bukan kurang ajar, berbuat baik untuk diri sendiri, berbuat baik kepada orang lain, sentiasa berbuat baik. Pilih menjadi baik dan sopan.”
Kebijaksanaan Ayu dalam pelajaran sering mendapat perhatian peminat ibunya sejak di bangku sekolah lagi. Ketika bergelar penuntut universiti, Ayu berjaya merangkul Anugerah Dekan UNIMAS sebanyak empat kali.
Ads
Malah gadis berusia 24 tahun ini juga memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Obsesi Dr Nazatul terhadap bidang pergigian begitu tinggi dan kini sedang merencana sesuatu yang lebih bermakna buat dirinya. “Dalam tempoh lima tahun akan datang saya menyasarkan untuk membuka pusat rawatan pergigian khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, celebral palsy dan lain-lain.
Sebagai seorang doktor gigi saya tidak pernah menilai kanak-kanak sebegini dan akan melakukan rawatan seperti kanak-kanak normal yang lain. Cuma ramai ibu bapa kanak-kanak ini kurang percaya dengan kebolehan doktor pakar.
Terdapat pelbagai cara untuk merawat kanak-kanak berkeperluan khas ini seperti menidurkan mereka dengan bius penuh atau gas penenang. Jadi semua rawatan boleh dilakukan terhadap kanak-kanak ini dan terdapat juga kanak-kanak autisme ini duduk normal di atas dental chair.
Kadang-kadang mereka tidak bercakap tetapi sebenarnya faham apa yang cuba kita sampaikan. Sepanjang ini, bilangan pesakit autisme memang ramai dan ini adalah salah satu impian saya untuk adakan Special Needs Centre ini.
Saya sudah mula bekerjasama dengan pusat terapi dengan memberi taklimat kepada ibu bapa tentang kepentingan menjaga gigi dengan baik. Ada juga yang mempunyai anak autisme lebih daripada seorang. Jika seorang anak belajar dan anak-anak yang lain akan cuba mengikut dari belakang serta mencipta perubahan yang baik.
Mesej penting kepada ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas ini agar tidak terlambat untuk mambawa anak berjumpa doktor gigi dan mendapatkan rawatan awal,” jelas Dr Nazatul panjang lebar.
Langkah Dr Nazatul semakin laju apabila bakal melancarkan Klinik Pergigian Paedatrik yang pertama seumpamanya di Hospital Pakar Avisena yang berpusat di Shah Alam, Selangor.
Wanita yang sentiasa bergerak pantas ini juga sedang memantapkan perkhidmatan pergigian kanak-kanak dengan memberi ruang kepada doktor pakar pergigian yang baharu menamatkan pengajian untuk berkhidmat di klinik beliau.
“Saya mahu membentuk satu kumpulan doktor pakar pergigian dan jika diizinkan oleh Allah SWT mahu membuka cawangan di seluruh Malaysia terutama dalam bidang Paediatric Dentistry and Anxiety/ Dental Phobia.
Tidak ramai doktor pakar pergigian dalam bidang ini dan disebabkan itu ada yang sanggup terbang dari Jakarta dan Brunei semata-mata mahu mendapatkan rawatan pakar pergigian,” bicara Dr Nazatul.
Perkhidmatan pergigian kosmetik semakin mendapat tempat kini terutama mereka yang bergelar selebriti. “Kosmetik dalam pergigian atau lebih spesifik aesthetic dentistry dibenarkan dan kebanyakannya untuk merawat gigi yang patah akibat kemalangan atau warna yang terlalu kuning sehingga menyebabkan orang itu rasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri.
Namun, orang yang bukan berlatar belakang pergigian mengambil kesempatan membuat rawatan tanpa kebenaran daripada pihak berwajib.
Saya sendiri memang fokus dalam pergigian estetik tetapi menjurus kepada kanak-kanak. Kalau tengok gigi rongak itu perkara biasa. Saya bagi balik gigi yang rongak tersebut dengan teknik crowning, tampal gigi depan gigi susu mereka dan lain-lain terutama pesakit yang berusia dalam lingkungan tiga hingga empat tahun.
Tidak ramai doktor pergigian yang menawarkan perkhidmatan ini kerana bukan mudah mengendalikan pesakit kanak-kanak. Kalau gigi sudah rosak sehingga tidak boleh makan dan ia akan menyebabkan efek kepada kualiti hidup kanak-kanak tersebut.
Kebanyakan kanak-kanak yang datang ke klinik kurang makan, asyik sakit, ponteng sekolah dan sebagainya. Jadi selepas mendapatkan rawatan secara komprehensif kebanyakan ibubapa memberi maklum balas bahawa anak mereka tidak lagi mengalami sakit gigi dan amat gembira,” ungkap Dr Nazatul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan pasti akan menjadi milik mereka yang gigih berusaha. Bak kata pepatah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Tidak semua bermula dengan langkah pertama dengan mudah, ada yang bermula dari bawah dan terus mengorak langkah sehingga berjaya.
Perkongsian Zunita Ramli, usahawan kelahiran Malaysia yang kini menetap dan melanjutkan pengajian di Jepun terpilih sebagai antara 10 Wanita Hebat (Fantastic Women) di negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) oleh Asean-Japan Center memberikan inspirasi kepada anak muda lain untuk memajukan diri.
Antara negara ASEAN ialah termasuk Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.
SEDAR DIRI Pengarah Urusan Zaineeta Global, syarikat pengedar kosmetik Jepun di Malaysia itu menitipkan perjalanan dan cabaran yang ditempuhinya sejak dari kecil di laman sosial Facebook. Tiada jalan mudah ke puncak kejayaan, anak pasangan peniaga pasar malam itu sentiasa mengingatkan diri tentang asal usul.
“saya bukan lahir atas dulang emas. Saya lahir atas lantai rumah papan yang hampir reput sahaja. Saya membesar dengan keringat arwah abah dan emak yang mencari rezeki membesarkan saya.
“Arwah abah, peniaga pasar malam menjual burger dan ayam goreng. Seronok, sebab dapat makan burger dan ayam percuma.
“Memang dari kecil, saya sudah diusung ke sana ke mari dalam van dan sudah biasa dengan panas terik, ribut petir semasa berniaga. Sampai sekarang, saya tidak pernah malu mengaku perkara itu,” jelas Zunita.
KOLABORASI JENAMA TERKENAL Graduan University of Melbourne itu bersyukur atas perjalanannya yang disusun ALLAH dari awal perniagaan sehingga kini mampu berkolaborasi dengan jenama-jenama terkenal.
“Perjalanan ALLAH aturkan untuk saya sangat cantik. ALLAH kurangkan di sini tetapi Dia lebihkan di sana. Walaupun saya lahir dalam serba kekurangan, ALLAH anugerahkan saya minda yang baik yang melatih diri saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu.
“Nothing comes easy. I don’t have anyone that can give whatever I want. I must work hard for it,” katanya.
Zunita turut bercerita mengenai misi dan hala tuju perniagaannya, Tokyo Organic HQ. Ternyata tidak mudah untuk merealisasikan matlamat terutama untuk bekerjasama dengan syarikat di Jepun namun segalanya dipermudahkan-NYA.
“Bila saya mula bisnes Tokyo Organic HQ, I know what I want. I want to touch billion of lives in this world with my products. I want to be a bridge between Malaysia, Japan and the world.
“That’s why saya buat macam-macam kolaborasi dengan Tokyo Organic. Sebelum ni dengan syarikat Jepun, Salam Groovy Japan dan terbaru, koleksi raya TO x Tupperware Brands Malaysia dan TO x Nakanishi Wagyu.
“Bukan mudah untuk meyakinkan syarikat-syarikat ini bekerjasama dengan kita, bermacam juga cabaran yang berlaku. Tetapi ALLAH mudahkan jalannya, Alhamdulillah,“ kata Zunita yang pernah bertugas sebagai network engineer.
ADA YANG PERNAH CUBA MENJATUHKAN Dalam menjalankan perniagaan, Zunita mengakui pelbagai ditempuhi termasuk mereka yang cuba menjatuhkan. Pun begitu dengan kecekalan, segalanya membuahkan hasil.
“Tipulah kalau saya cakap sepanjang itu tidak ada yang nak jatuhkan, nak musnahkan impian dan runtuhkan semangat saya. Tetapi mereka lupa ALLAH sudah menyediakan saya untuk semua ini. I may look soft from the outside but not from the inside.
“Apabila disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Hebat (Fantastic Women) dalam kalangan 10 Wanita Hebat ASEAN di Jepun oleh Asean-Japan Center, ia memang sesuatu yang luar biasa bagi saya,” tuturnya.
TIDAK PERCAYA KE TAHAP ASEAN Momen tersenarai sebagai Wanita Hebat ASEAN adalah sangat luar biasa baginya. Zunita masih tidak percaya akan sampai ke tahap itu.
“I will never believe I have come to this stage. Jika saya beritahu diri saya yang umur 10 tahun dulu, saya tidak akan percaya sampai ke tahap ini.
“Ya lah saya orang kampung, sekolah kampung. Dahulu saya pun tidak mahir berbahasa Inggeris.Tetapi kini tiada yang boleh menghentikan saya.
“Because I believe, the people who crazy enough to think they can change the world are the ones who do,” titip Zunita menyuntik semangat. Semoga Zunita terus melakar kejayaan dan menjadi kebanggaan Malaysia.
Sumber: Sinarplus
Kredit Foto: Instagram Zunita Ramli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bangga bila wanita Malaysia mampu ‘bawa’ masakan tempatan ke persada antarabangsa. Secara tidak langsung berjaya mempromosikan budaya dan tradisi negara kepada dunia. Sememangnya usaha Diana Chan dalam dunia kulinari bukan saja memberi manfaat buat diri sendiri. Malah mengangkat juadah Malaysia agar lebih dikenali ramai.
Bagi mereka yang meminati dan mengikuti perkembangan dunia masakan sudah pasti mengenali sosok tubuh selebriti chef yang anggun ini. Wanita bernama Diana Chan mula menempa nama setelah berjaya merangkul gelaran juara pertandingan MasterChef Australia musim ke-9.
Ia sekali gus melayakkan wanita kelahiran Sitiawan, Perak ini membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah AUD250,000 bersamaan dengan RM834,000.
Meskipun sudah hampir lima tahun berlalu namun pertandingan yang berlangsung pada tahun 2017 itu telah melonjakkan nama Diana Chan. Difahamkan dia yang dibesarkan di Johor Bahru sejak usia tiga tahun turut diberi peluang beraksi dalam rancangan masakan termasuk Unplated with Diana Chan di SBS Food Channel.
Terpegun melihat anak Malaysia ini menghidangkan sajian yang begitu istimewa. Terbaharu, Diana menerusi media sosial miliknya turut mempromosikan keenakan kuih tradisi, Kuih Lapis!
Mengimbas kembali pembabitan Diana Chan, dia mula berpindah ke Australia pada usia 18 tahun untuk menyambung pelajaran di Deakin University dalam jurusan perdagangan. Selepas menamatkan pengajian Diana diberi peluang bekerja di sana sebagai akauntan.
Wanita yang berusia 34 tahun ini mendapat inspirasi untuk memasak dari masakan Peranakan Baba-Nyonya yang diwarisi daripada ibu dan bapanya.
Semoga Diana Chan terus bersemangat membawa masakan Malaysia ke persada dunia dan terus mencipta nama dalam dunia masakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik perkahwinan Menteri Besar Selangor dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mencecah usia 21 tahun. Meskipun sudah lebih dua dekad hidup bersama namun kehangatan cinta dan kasih di antara mereka masih mekar.