Obsesi Dr Nazatul terhadap bidang pergigian begitu tinggi dan kini sedang merencana sesuatu yang lebih bermakna buat dirinya. “Dalam tempoh lima tahun akan datang saya menyasarkan untuk membuka pusat rawatan pergigian khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, celebral palsy dan lain-lain.

Sebagai seorang doktor gigi saya tidak pernah menilai kanak-kanak sebegini dan akan melakukan rawatan seperti kanak-kanak normal yang lain. Cuma ramai ibu bapa kanak-kanak ini kurang percaya dengan kebolehan doktor pakar.

IKLAN

Bulan Autisme; Doktor Gigi Ini Kata Ada Cara Untuk Merawat Kanak-kanak Autisme

Terdapat pelbagai cara untuk merawat kanak-kanak berkeperluan khas ini seperti menidurkan mereka dengan bius penuh atau gas penenang. Jadi semua rawatan boleh dilakukan terhadap kanak-kanak ini dan terdapat juga kanak-kanak autisme ini duduk normal di atas dental chair.

Kadang-kadang mereka tidak bercakap tetapi sebenarnya faham apa yang cuba kita sampaikan. Sepanjang ini, bilangan pesakit autisme memang ramai dan ini adalah salah satu impian saya untuk adakan Special Needs Centre ini.

Bulan Autisme; Doktor Gigi Ini Kata Ada Cara Untuk Merawat Kanak-kanak Autisme

Saya sudah mula bekerjasama dengan pusat terapi dengan memberi taklimat kepada ibu bapa tentang kepentingan menjaga gigi dengan baik. Ada juga yang mempunyai anak autisme lebih daripada seorang. Jika seorang anak belajar dan anak-anak yang lain akan cuba mengikut dari belakang serta mencipta perubahan yang baik.

Mesej penting kepada ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas ini agar tidak terlambat untuk mambawa anak berjumpa doktor gigi dan mendapatkan rawatan awal,” jelas Dr Nazatul panjang lebar.

Bulan Autisme; Doktor Gigi Ini Kata Ada Cara Untuk Merawat Kanak-kanak Autisme

Langkah Dr Nazatul semakin laju apabila bakal melancarkan Klinik Pergigian Paedatrik yang pertama seumpamanya di Hospital Pakar Avisena yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

Wanita yang sentiasa bergerak pantas ini juga sedang memantapkan perkhidmatan pergigian kanak-kanak dengan memberi ruang kepada doktor pakar pergigian yang baharu menamatkan pengajian untuk berkhidmat di klinik beliau.

IKLAN

“Saya mahu membentuk satu kumpulan doktor pakar pergigian dan jika diizinkan oleh Allah SWT mahu membuka cawangan di seluruh Malaysia terutama dalam bidang Paediatric Dentistry and Anxiety/ Dental Phobia.

Bulan Autisme; Doktor Gigi Ini Kata Ada Cara Untuk Merawat Kanak-kanak Autisme

Tidak ramai doktor pakar pergigian dalam bidang ini dan disebabkan itu ada yang sanggup terbang dari Jakarta dan Brunei semata-mata mahu mendapatkan rawatan pakar pergigian,” bicara Dr Nazatul.

Perkhidmatan pergigian kosmetik semakin mendapat tempat kini terutama mereka yang bergelar selebriti. “Kosmetik dalam pergigian atau lebih spesifik aesthetic dentistry dibenarkan dan kebanyakannya untuk merawat gigi yang patah akibat kemalangan atau warna yang terlalu kuning sehingga menyebabkan orang itu rasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri.

IKLAN

Bulan Autisme; Doktor Gigi Ini Kata Ada Cara Untuk Merawat Kanak-kanak Autisme

Namun, orang yang bukan berlatar belakang pergigian mengambil kesempatan membuat rawatan tanpa kebenaran daripada pihak berwajib.

Saya sendiri memang fokus dalam pergigian estetik tetapi menjurus kepada kanak-kanak. Kalau tengok gigi rongak itu perkara biasa. Saya bagi balik gigi yang rongak tersebut dengan teknik crowning, tampal gigi depan gigi susu mereka dan lain-lain terutama pesakit yang berusia dalam lingkungan tiga hingga empat tahun.

Tidak ramai doktor pergigian yang menawarkan perkhidmatan ini kerana bukan mudah mengendalikan pesakit kanak-kanak. Kalau gigi sudah rosak sehingga tidak boleh makan dan ia akan menyebabkan efek kepada kualiti hidup kanak-kanak tersebut.

Bulan Autisme; Doktor Gigi Ini Kata Ada Cara Untuk Merawat Kanak-kanak Autisme

Kebanyakan kanak-kanak yang datang ke klinik kurang makan, asyik sakit, ponteng sekolah dan sebagainya. Jadi selepas mendapatkan rawatan secara komprehensif kebanyakan ibubapa memberi maklum balas bahawa anak mereka tidak lagi mengalami sakit gigi dan amat gembira,” ungkap Dr Nazatul.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI