Setiap kali menonton filem dari Amerika Syarikat, pastinya konsep restoran bistro menjadi sebahagian dari budaya masyarakat tempatan. Malah, gelaran American bistro seakan sinonim dengan barisan hidangan yang disediakan merangkumi menu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam mahupun hidangan snek.
TR Fire Grill yang kini memulakan operasi di Pavilion Kuala Lumpur membawa konsep hidangan ala American Bistro dengan menawarkan hidangan yang disediakan segar dan diubah suai mengikut citarasa tempatan. Keluasan restoran 5,242 kaki persegi amat sesuai untuk menerima kehadiran sehingga 180 tetamu pada satu-satu masa di mana ia turut dilengkapi kemudiahan audio visual, cigar room dan bar yang terletak agak berjauhan dari bahagian dapur utama.
TR Fire Grill mula diperkenalkan di Florida, Amerika Syarikat ini pastinya menjadi pilihan penggemar hidangan berasaskan grill yang disediakan segar setiap hari dari dapur restoran ini.
Menu Sentuhan Tempatan
Melangkah masuk ke restoran yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur suasana bistro Amerika yang moden menyambut kedatangan si penggemar hidangan berasaskan grill di mana ia amat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga mahupun rakan sekerja.
Ads
Dekorasi dalaman restoran yang moden dan luas serta gabungan tempat duduk ala bistro menjadikan ianya lokasi dine in yang sesuai bukan sahaja bersama keluarga malah rakan sekerja untuk tujuan makan tengah hari atau makan malam.
Jika anda datang secara berkumpulan, terdapat meja khas yang boleh digunakan untuk anda meraikan rakan sekerja dengan pemandangan bangunan pencakar langit di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Suasana bertambah romantis sekiranya anda datang menikmati hidangan di waktu malam apabila lampu neon melimpahi segenap ruang di dalam restoran. Pasti romantis bukan!
Bercerita mengenai menu yang dihidangkan, pastinya anda akan terliur melihat deretan menu yang menapilkan hidangan yang variasi dan pastinya memenuhi citarasa anda. Sebagai hidangan pembuka selera, anda boleh mencuba hidangan seperti sup dan salad. Penulis sendiri diberi kesempatan mencuba Smoked Chicken & Tortilla Soup yang enak dan disediakan dengan kaedah memasak yang sempurna.
Ads
Bagi si penggemar hidangan berasaskan salad, jangan lupa untuk mencuba aneka hidangan berasaskan salad seperti Whistle Stop Club Salad, Harvest Saald, Smoked Steak Salad mahupun House BLT Salad yang pastinya membuka selera. Tidak cukup sekadar hidangan salad, aneka burger, sandwic dan hidangan utama pastinya memenuhi selera anda.
Apatah lagi apabila menyebut menu seperti 1/2 pound American Burger, Smoked Meatloaf, steak seperti Rib eye Steak dan sebagainya. Penulis tertarik dengan hidangan Salmon & Zoodles yang menggunakan zucchini pasta kerana ia merupakan hidangan sihat yang boleh dijadikan pilihan buat individu yang mementingkan soal pemakanan.
Malah, penulis teruja mencuba hidangan Chicken & Waffles di mana ia menggabungkan hidangan manis dan berempah yang sering ditonton hanya melalui kaca televisyen sahaja. Namun kini, ia boleh dinikmati di TR Fire Grill!
Ads
Bagi si penggemar manisan pencuci mulut pula, jangan lupa untuk menikmati Chocolate Mayhem, hidangan pencuci mulut yang merangkumi asi krim coklat, kek coklat bersama sos karamel Gula Melaka dan dihiasi dengan mouse coklat, coklat snickers dan biji espresso. Pendek kata, hidangan ini pastinya akan membuatkan si penggemar hidangan manisan teruja dan terbuai dalam kekenyangan gabungan coklat yang mempersonakan.
Jadi, kunjungan anda ke TR Fire Grill pasti tidak mengecewakan sekiranya anda gemarkan pelbagai hidangan bercirikan American Bistro yang turut diberi sentuhan tempatan untuk variasi hidangan yang pelbagai.
Untuk memenangi baucer makanan di TR Fire Grill, hantarkan kapsyen slogan menarik beserta gambar selfie anda dengan Majalah Nona menerusi Facebook dan Instagram.
“Saya ingin memenangi baucer TR Fire Grill kerana …..” (tidak melebihi 20 patah perkataan). Para pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Majalah Nona. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita berkerjaya sememangnya harus sentiasa bijak membahagikan masa antara kerjaya dan menjaga keluarga. Sebaik pulang dari pejabat, tugasan yang menanti di rumah sememangnya meletihkan dan membosankan terutamanya setelah seharian bertungkus-lumus menyiapkan tugasan di pejabat. Ada kalanya, terfikir alangkah baiknya jika terdapat cara yang lebih mudah untuk membersihkan rumah daripada mengambil penyapu dan mop. Apa kata, gunakan sahaja pembersih vakum bagi menjimatkan masa.
Lebih baik lagi, biarkan pembersih vakum itu bekerja sendirian dan membersihkan lantai anda. Pembersih vakum terbaharu Philips SmartPro Compact akan membantu membersihkan lantai dan sudut paling sukar dicapai di kala anda di pejabat. Dilengkapi teknologi inovatif terbaharu Phillips, SmartPro Compact akan membantu anda memastikan lantai bebas habuk lebih kerap tanpa kerumitan supaya anda boleh menghela nafas lega di samping mempunyai lebih banyak masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Dengan rekaan langsing setinggi 6 sentimeter dan pengimbas infra merah, SmartPro Compact ini mudah memasuki ruang bawah perabot yang rendah dan menyingkir habuk terkumpul yang sukar dicapai. Seperti di bawah sofa dan almari!
Pembersih vakum Phillips SmartPro Compact dilengkapi muncung TriActive XL Phillips yang berpaten dengan kelebaran tambahan yang membolehkan pembersihan lantai dua kali lebih cepat. Dengan dua berus esktra panjang, SmartProCompact boleh menyapu kekotoran dan habuk daripada sudut dan atas tiang juga.
Sistem pengesan Pintar akan memaparkan kombinasi cip pintar, giroskop dan membolehkan robot ini membersihkan secara bersendirian tanpa perlu dipantau. Teknologi ini membolehkan ia memahami keadaan sekeliling dan memilih strategi membersih terbaik dalam kediaman anda secepat mungkin.
Phillips SmartPro Compat dijual pada harga RM2,599 dan boleh didapati di rangkaian kedai Phillips seluruh negara.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesiapa pun yang tengok telatah Isaac Raees pasti tertawan dengan kecomelan anak Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza ini. Walau masih kecil namun Isaac mempunyai tarikan tersendiri yang mampu membuatkan peminat ibu bapanya ‘terpukau’ dengan telatah comel anak kecil berkenaan.
Lumrah anak selebriti, Isaac juga tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah. Apatah lagi melihat gelagat anak kecil ini yang petah berbicara dan fasih cakap Melayu!
Meskipun ibu tersayang, Zahirah berketurunan British namun dia dan Aiman selesa mendidik anak sulung mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda.
Aktres jelita ini dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Zahirah mempunyai darah keturunan British dari sebelah bapa dan Melayu dari ibunya.
Sebagai anak kacukan pasti dia fasih berbahasa Inggeris namun Zahirah dan aktor kacak tersebut selesa berbahasa Melayu dengan anak tersayang.
Leka dibuatnya kalau tengok video-video Isaac yang dikongsikan Aiman dan Zahirah di media sosial mereka. Bukan saja bijak, Isaac juga seorang anak yang ceria dan suka senyum.
“My first born is 3 today. Only 3 years old but you have taught me so much and surprised me in countless ways. Happiest 3rd to our sweet, funny, smart and incredibly cheeky baby boy. We all love you more than you’ll ever know.”
Zahirah selamat melahirkan anak sulung pada tanggal 5 Januari 2021 di Perth, Australia. Kini pelakon drama Curi-Curi Cinta berkenaan sedang sarat hamil anak kedua.
Suri hati Aiman Hakim ini mendedahkan berita kehamilan keduanya pada 17 Disember lepas.
Figura berusia 28 tahun ini ialah anak sulung daripada empat beradik. Bapanya, Zainol Johari MacWilson juga bergelar pelakon dan pernah berkahwin dengan Maslinda Yusof.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Zahirah, Zulaikha, Haziq dan Nur Zahra Aina.
Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Fikry Ibrahim sebelum ini pernah menyatakan ibunya adalah segala-gala buatnya, dan Fikry sanggup menunda segala komitmen kerja di ibu kota demi menjaga ibu tercinta, Bibi Zaleha yang diserang angin ahmar pada tahun 2021. Menurut Fikry, dia bakal berada di Jitra untuk tempoh masa yang panjang, namun sekiranya ada tawaran kerja yang bersesuaian dia akan cuba membahagikan masa demi kelangsungan hidup.
“Saya percaya dengan rezeki Allah. Walaupun saya terpaksa tolak beberapa tawaran drama tapi saya percaya Tuhan akan gantikan dengan perkara yang lebih besar.
Dan baru-baru ini perkongsian pelakon Fikry Ibrahim menjadi perhatian apabila memuat naik video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi. Menerusi video tersebut, Fikry dilihat tidak kekok dan ceria menguruskan ibunya, 74 tahun serta menyiapkan ibunya sebelum keluar bersiar-siar ke Langkawi.
Turut menarik perhatian, warga maya adalah tindakan Fikry dilihat memakaikan lipstick dan bedak pada wajah ibunya yang sedang berbaring ternyata menyentuh hati netizen.
Perkongsian Fikry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi serta memuji aktor itu yang menyantuni ibu tercinta.
Malah, rata-rata netizen turut mendoakan syurga buat Fikry kerana berbakti kepada orang tuanya dan dipermudahkan urusan dan didoakan syurga terindah buat Fikry yang sentiasa berada di sisi ibunya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!