Dibesarkan dalam dalam  keluarga yang sangat mementingkan seni, gaya dan penampilan menjadikan Muhammad Nazrul Anas bin Zunaidi, 27 cukup mencintai bidang yang diceburinya. Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dari UiTM Shah Alam, ia bukanlah satu halangan untuk jejaka yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini untuk mengecapi impiannya. Kini, Nazrul Anas yang lebih mesra disapa Naz mempunyai syarikat yang diberi nama Naz Living A Style Enterprise dan menumpukan perhatian sepenuhnya buat bisnes yang telah beroperasi selama dua tahun.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ke Dunia Fesyen, Kini NAZRUL ANAS Sudah Ada Syarikat Styling Sendiri!

IKLAN

PENDAPAT MENGENAI FESYEN

Fesyen mempunyai dunianya sendiri dan ia sangat mencabar. Bagi yang bekerja di dalam dunia ini pastinya harus bersedia dengan arus perubahan yang semakin pantas bergerak dan maju ke hadapan seiring dengan dunia yang menuju ke arah kemajuan. Contohnya, jika dahulu, wanita berhijab tidak diberikan perhatian dalam dunia fesyen, tapi hari ini banyak jenama fesyen sudah mula memberikan perhatian dan mengeluarkan barisan item fesyen yang ditujukan khas buat wanita berhijab. Sebagai penggerak dalam bidang fesyen, saya harus peka dan bersedia dengan perubahan global ini.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ke Dunia Fesyen, Kini NAZRUL ANAS Sudah Ada Syarikat Styling Sendiri!

PERKARA PENTING DALAM MENATA GAYA

Sudah tentu bentuk badan, perwatakan ataupun personaliti dan umur menjadi antara perkara yang menjadi garis panduan untuk saya menata gaya seseorang individu itu. Tidak ketinggalan, untuk tidak bergaya syok sendiri saya sangat menitikberatkan tentang apakah tema majlis agar gaya yang akan dipakai oleh si pemakai akan kelihatan sesuai dan menepati kehendak  majlis atau tema acara.

 

HIJAB SEMPURNA

Setiap penata gaya hijab ada cara yang tersendiri untuk memastikan hijab yang dipakai kelihatan kemas dan sempurna. Kadangkala ia akan mengambil masa yang lama dan kadangkala perlu sedikit saja masa persediannya. Apapun teknik, saya rasa yang paling penting adalah setiap sentuhan harus diberikan perincian sedalam-dalamnya. Jangan buat sambil lewa dan lakukan dengan penuh sentuhan ikhlas dan berseni.

 

INSPIRASI

Inspirasi saya adalah wanita wanita ikon fesyen dunia dan saya gemar membuat ‘research’ tentang padanan warna yang sesuai agar gaya si pemakai akan kelihatan segar dan tidak ketinggalan zaman. Padanan warna untuk setiap helaian pakaian, potongan pakaian terutama apabila meilbatkan wanita berhijab; sudah tentu potongan tidak boleh terlampau ketat dan akhir sekali penggunaan aksesori sebagai pelengkap kepada keseluruhan gaya.

 

FESYEN DAN PERSONALITI

IKLAN

Berdasarkan pengalaman saya, cara paling mudah adalah dengan cuba untuk mengetahui apakah sebenarnya gaya yang menjadi kegemaran kita. Contohnya, kita punyai gaya selebriti yang menjadi kegemaran kita, mungkin itulah juga fesyen yang sesuai dengan personaliti kita. Paling penting, rajinlah membuat rujukan dengan laman web fesyen yang kini mudah di hujung jari sahaja.

 

IKON FESYEN PILIHAN

Law Roach (Image Architect), bagi saya beliau seorang fashion stylist yang telah mencipta banyak kelainan dalam industri fesyen dunia. Beliau antara individu terpenting dalam setiap fenomena yang dicipta bersama ramai selebriti terkenal dunia. Tak salah jika saya katakan beliau buat saya rasa yakin bahawa kerjaya sebagai ‘fashion stylist’ benar benar ada kepentingannya kepada dunia.

 

7 TIP TAMPIL BERGAYA

IKLAN

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ke Dunia Fesyen, Kini NAZRUL ANAS Sudah Ada Syarikat Styling Sendiri!

1. Yakin dengan diri sendiri.

2. Jangan takut untu mencuba sesuatu yang baru.

3. Rajin membuat rujukan tentang fesyen dan trend terkini.

4. Tak perlu hanya berfokus kepada jenama mewah, malah suaipadan pakaian juga memainkan peranan penting.

5. Kenal pasti gaya atau stail yang dekat dengan personaliti diri sendiri

6. Cuba gaya individu yang berusia setahun hingga tiga tahun lebih muda daripada usia anda.

7. Jangan terlalu mencuba malah apa yang dipakai juga harus menampakkan keselesaan kerana itu bisa menjadi tumpuan yang memandang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI