Setelah memiliki kediaman sendiri pasti seseorang itu teruja untuk mendekorasinya seindah yang mungkin. Selain cantik dipandang ia juga memberi keselesaan buat hunian. Jika dinding atau tembok boleh menjadikan sesebuah ruang kian sempit maka beberapa alternatif boleh diterapkan.

Salah satunya ialah mencipta pemisah ruang sebagai alternatif khususnya bagi kediaman yang keluasannya terhad. Fungsinya sama seperti dinding iaitu menjaga privasi dan memberi batasan pada fungsi ruang itu sendiri.

IKLAN

Pilih pemisah ruang yang sesuai dengan keperluan dan dekorasi ruang. Berikut beberapa alternatif pemisah ruang yang boleh diinspirasikan.

TIRAI

Salah satu alternatif yang banyak diguna pakai. Agar serasi dengan dekorasi ruang pilihlah motif, warna dan material yang tepat.

TANAMAN

Selain sebagai pemisah ia juga dapat menjadikan ruang lebih segar dan sejuk. Idea ini boleh diterapkan pada ruang tamu bagi membataskannya dengan ruang keluarga atau ruang yang lebih peribadi.

TALI BERMANIK

Hiasan tali bermanik dan warna yang menarik sebagai pemisah ruang mampu mencetuskan kesan kreatif. Tidak perlu membeli kerana anda boleh melakukannya sendiri menggunakan material dan rekaan mengikut citarasa.

PEMISAH RUANG Menjadikan Kediaman Lebih Unik & Versatil! Tiru 8 Dekorasi Menarik Ini

KAYU TINGGI

Diletakkan di antara ruang makan dan ruang tamu memberi kesan semula jadi dan unik yang dipertegaskan dengan rak dan dekorasi material kayu lainnya yang ada di ruang makan.

IKLAN

KACA BESAR

Menjadikan suasana ruang lebih luas kerana dapat melihat ruang lain dengan bebas. Jika tidak suka dengan kaca putih yang terlalu lutsinar, ia boleh dilapisi dengan filem kaca yang berwarna.

SLIDING DOOR

Bagi ruang yang memerlukan suasana lebih sunyi dan tenang, anda boleh menerapkan konsep sliding door. Tidak mengambil banyak ruang, sliding door tersebut boleh dibuka-tutup mengikut keinginan.

IKLAN

PEMISAH RUANG Menjadikan Kediaman Lebih Unik & Versatil! Tiru 8 Dekorasi Menarik Ini

TANAMAN GANTUNG

Boleh dimanfaatkan sebagai alternatif pembatas ruang. Tergantung dengan konsep minimalis, rona hijau daripada tanaman tersebut memberi kesan sejuk pada ruang

LEMBARAN FOTO LAMA

Semak album lama dan carilah koleksi foto anda yang meninggalkan momen terindah. Bukan saja berfungsi sebagai pemisah ruang, idea ini juga dapat memberi kebahagiaan kerana terkenangkan kenangan-kenangan manis dahulu. AMY MOHD

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI