Dia memang wanita yang cantik. Miliki kulit gebu dan mulus, rambut sihat panjang mengurai dan sepasang kaki menawan. Sesiapa yang melihatnya pasti menoleh dua kali. Tapi sayang, bab kesihatan mulut selalu ditolak tepi.

IKLAN

Menjadi wanita, biarlah cantik dalam segenap aspek. Bukan saja kena cantik luaran semata-mata ya. Barulah tampil cantik sempurna. Bukan apa, bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan sekali gus menjejaskan keyakinan seseorang. Lebih-lebih lagi jika masalah ini berlaku dalam kalangan wanita. Boleh jadi nightmare la!

Sebenarnya masalah bau mulut berlaku disebabkan apa yang dimakan. Setiap pengambilan gula dan tepung akan menyebabkan ia berkumpul pada gigi. Pun begitu, usah susah hati kerana ia diatasi dengan memilih jenis makanan yang dapat mengurangkan bau mulut.

Penangan BAU MULUT! Sebelum Ada Yang Pengsan, Amalkan 4 Tip Mudah Ini

Cara Kurangkan Bau Mulut Dengan Makanan

IKLAN
  • Kunyah epal atau lobak setiap hari dipercayai mampu membuatkan nafas menjadi lebih segar dan nyaman
  • Minum teh hijau kerana ia mengandungi catechin yang mampu menyingkir bakteria di dalam mulut dan menghalang gula melekat pada gigi
  • Percaya atau tak, dengan memakan keju anda dapat melindungi enamel gigi dan menghasilkan saliva di samping membunuh bakteria penyebab plak gigi atau penyakit gusi
  • Amalkan minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Ini kerana ia merangsang saliva. Pastikan juga berkumur untuk mengeluarkan kotoran yang ada di celah gigi dan penyebab bau mulut

Dah tahu rahsia di sebalik kesihatan mulut yang baik, bukan? Jadi, mulakan tip sihat ini mulai sekarang. Selain digalakkan mengamal cara berikut, gosoklah gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas makan.

IKLAN

Selamat mencuba!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI