Hari pertama membuka pintunya secara rasmi, gedung tekstil terbesar di Malaysia iaitu Jakel Ostia Bangi sudah sesak dibanjiri pelanggan.
Sempena pembukaan cawangan baru ini, Nona turut dipelawa untuk menyaksikan temasya perasmian Jakel yang ketiga besar di Lembah Klang (keluasan 250,000 kaki persegi) beralamat di Ostia Bangi Business Avenue.
Antara selebriti yang menjayakan acara ini adalah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Nabil Ahmad, selain diserikan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel iaitu Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel dan isteri Datin Farah Haryani Muhammad Philip. Acara dihoskan oleh Dee Jangan Ketawa.
Menurut Datuk Mohamed Faroz, “Kawasan ni sememangnya strategik dan berdekatan dengan tol lebuh raya. Selain penduduk Bangi, pelanggan dari luar Kuala Lumpur seperti Kajang, Serdang, Semenyih, Putrajaya, Nilai 3 dan Seremban juga mudah membeli-belah di sini.”
Ads
Menjawab teka-teki bagaimana Jakel mampu membuka cawangan baru di tengah kemelut ekonomi yang tidak menentu, Datuk Mohamed Faroz tenang menjawab. “Sebenarnya waktu inilah ramai orang cari tempat yang menawarkan penjimatan hebat dan Jakel adalah jawapannya.
Di sini para pelanggan boleh menikmati harga runtuh dan potongan harga diberikan sehingga 85%. Memang jimat dan menguntungkan,” jawabnya sambil bercerita tentang rancangan membuka satu lagi cawangan lain tidak lama lagi.
Selain itu, butik Ariani yang sebelum ini terletak di Bandar Baru Bangi juga turut berpindah ke sebelah Jakel Ostia Bangi, menjadikannya cawangan terbesar di Malaysia dengan keluasan butik 1,500 kaki persegi.
Sempena pembukaan Jakel & Ariani tersebut, banyak promosi dan tawaran harga murah diberikan kepada pelanggan. Antaranya pemberian 1,000 helai tudung Ariani percuma serta 1,000 pasang kain percuma untuk mereka yang terawal datang pada 4 hari istimewa bermula semalam.
Ads
Selama 33 tahun bertapak kukuh di Malaysia, Jakel terus menerajui pasaran tekstil tempatan dengan pelbagai pilihan serta tawaran hebat. Bangunan Jakel Ostia Bangi yang tersergam setinggi 4 tingkat ini juga menghimpunkan lebih ratusan produk kain terbaik.
Inilah antara momen-momen manis yang sempat dirakamkan semalam. Nampak meriah dan menyeronokkan! Norzalina Mohd Alias
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malang tak berbau. Walau pun ada di rumah dan bawah pengawasan ibu bapa tapi bahaya tetap ada di mana-mana. Terbaru, kisah selebriti Betty Banafe yang mengalami kecederaan mata akibat tertusuk permainan lego si anak menimbulkan rasa curiga di kalangan ibu bapa khasnya.
Iyalah, boleh sebabkan buta tu! Pun begitu, alhamdulillah keadaan Betty kini beransur baik.
Kongsinya, “Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah … bayangkan mereka yang buta permanently .. salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah.
Bagi mereka yang tersenyum lihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu. Kerna waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga .. terima kasih bagi yang mulia hatinya.
Anakku tertusuk mataku dengan mainan Legonya. Pergorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif. MasyaAllah hingga melukakan mata hitamnya. Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi. Amin ya Rab.. ”
Betty merupakan isteri kepada Bruce Darghous sejak mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Julia Dargus dan Dean Dargus.
Moga cepat sembuh ya Betty!
Sumber: Instagram Betty Banafe
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ungkapan sabar, bawa bertenang, reda dan ikhlas sering diucapkan untuk meringankan ujian hidup setiap hamba Allah SWT. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Ujian keruntuhan rumah tangga, ujian anak-anak, ujian penyakit, ujian kemiskinan, ujian kekayaan dan pangkat, ujian kehilangan pekerjaan, ujian berdepan dengan kerenah manusia.
Penderitaan yang dialami oleh adik Muhammad Hafizuddin atau Hafiz dari Terengganu yang diuji penderitaan penyakit saraf sejak lima tahun lalu baru-baru ini telah mendapat perhatian Yayasan Ikhlas (YI).
Badan bukan berasaskan keuntungan itu dalam kenyataan medianya berkata, kempen murni dipanggil Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) adalah kempen yang sedang diusahakan saat ini. Dana yang bakal dikumpul termasuklah pembiayaan adik Hafiz selain disalurkan bantuan dan keperluan kepada beberapa pesakit lain.
Hal itu disahkan oleh Pengerusi YI, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi kenyataan media disampaikan baru-baru ini.
“Kempen Bantu Pesakit Sihat ini sudah berjalan selama dua tahun lalu, di mana pihak kami (Yayasan Ikhlas) dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan ini yang tersisih daripada segi pembiayaan bantuan kewangan dan perubatan.
“Ikutkan sudah ramai pesakit yang pihak kami berjaya bantu sejak kempen ini berjalan. Kes adik Hafiz antara yang terpencil kami usahakan baru-baru ini.
“Kami berusaha mahu membantu dan mengurangkan beban keluarganya. Kami menyeru orang ramai turut sama-sama ambil tanggungjawab bantu menderma, dan boleh layari,” kata Prof Dr Zainur Rashid.
Beberapa minggu lalu YI berkunjung ke kediaman adik Hafiz di Kuala Terengganu dan disertai ahli perniagaan serta pempengaruh kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli. Malah Iqbal turut memuat naik video di laman Instagramnya mengenai kunjungan terbabit.
“Sebelum bekerjasama dengan YI, nama saya turut dipetik di kalangan warganet untuk membantu adik Hafiz. Tapi saya bersyukur ia dipermudahkan menerusi kerjasama dengan YI ini. Lagipun sementara nama saya dikenali, boleh guna peluang ini untuk ajak masyarakat menderma terus ke YI bagi Kempen BPS ini.
“Dari Kuala Lumpur saya terbang Ke Kuala Terengganu untuk menjayakan lawatan bersama YI ke rumah adik Hafiz. Malah sempat juga saya, pihak YI dan sukarelawan universiti mengemas rumah, membaiki bahagian rosak dan mengecat kediaman, membeli peralatan dapur serta katil khas kepada adik Hafiz.
“Saya sangat hiba, sedih dan dalam masa yang sama seronok dapat turut membantu. Sebagai pempengaruh, ada kelebihan mempunyai pengikut ramai. Dari situ sebaran info sebegini dapat mensasarkan lebih ramai orang untuk tahu isu yang ada.
“Saya berharap lebih ramai pempengaruh atau artis lain dapat turut membantu untuk menyebarkan sebarang mesej yang sebegini. Selain dari itu saya juga menyeru orang ramai turut sama-sama menderma sekecil-kecil nilai bermula RM10 seorang,” kata Ahmad Iqbal.
Tambah Ahmad Iqbal lagi, kempen sebegini harus diwar-warkan dengan lebih meluas lagi sebab masih ramai rakyat Malaysia yang tersisih dan memerlukan bantuan.
“Dengan kempen sebegini orang ramai senang mendapat maklumat untuk sama-sama turut membantu meringankan beban yang ditanggung.
“Saya puji usaha YI kerana sama-sama mengambil tanggungjawab untuk menjalankan kempen yang lebih besar kesedarannya bagi mempercepatkan bantuan kepada adik Hafiz. Saya lihat YI juga sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telus menerusi kempen dan usaha dianjurkan,” kata Ahmad Iqbal.
Sementara itu, kesihatan adik Hafiz, 21, dari Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk dilaporkan merosot sejak terjatuh tangga di sekolahnya ketika berusia 16 tahun. Berusia seperti remaja, namun hakikatnya adik Hafiz berbadan kecil dan kurus kering kerana beratnya hanya sekitar 10 kilogram.
Menerusi kenyataan YI lagi, lima bulan selepas kejadian terjatuh tangga itu, anak bongsu dari lima beradik itu mengalami demam panas sehingga pergerakannya terbatas dan tidak lagi seimbang.
“Penderitaan dan sakit yang di alami selama lebih lima tahun ini, asbab berpunca dari jatuh tangga di sekolah ketika adik Hafiz berumur 16 tahun sehingga menyebabkan demam panas. Lima bulan kemudian, dia hilang keseimbangan badan serta berjalan senget.
“Musibah yang menimpa ini menyebabkan dia tidak dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lebih menyayat hati, ibunya, Khatijah Muhammad sudah kembali ke rahmatullahi empat tahun lalu akibat penyakit kanser payu udara. Jiwanya semakin meruntun apabila ibunya tiada di sisi dan keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga tulangnya menjadi rapuh dan kakinya patah tiga,” kata wakil YI.
Tambah kenyataan YI lagi, kini, bapa adik Hafiz, Ismail Wahab seorang pesara berusia 63 tahun mengambil tanggungjawab sepenuhnya menjaga dan menguruskan keadaan anaknya itu.
“Mereka tinggal di sebuah rumah yang sangat daif, terletak di Kampung Lorong haji Da, Batu Burok Kuala Terengganu. Dinding rumah berlubang dan bekalan elektrik telah di potong selama setahun.
“Ismail menyara hidup, dengan bergantung sepenuhnya dari wang pencen yang berbaki RM800 sebulan serta bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ismail memaklumkan, sebahagian besar wang pencennya di gunakan untuk melunaskan hutang pinjaman bank yang di buatnya untuk membuka kedai makan sejurus bersara empat tahun lalu.
“Namun, kedai makan tersebut terpaksa ditutup ekoran kerugian akibat pandemik COVID 19, sekaligus menyebabkannya hilang punca pendapatan Ini antara 1001 kisah manusia yang di uji sakit, daif dan miskin. Atas rasa peduli dan prihatin, YI hadir mendengar keluh kesah, lalu tanpa berlengah menghulurkan bantuan yang di perlukan adik Hafiz,” kata wakil YI.
Untuk rekod, YI hadir memberikan bantuan berkala selama setahun seperti bantuan susu, lampin pakai buang, bantal dan tilam. Bantuan berkala ini juga akan terus menerus bersama adik Hafiz dan akan mengikuti perkembangan kesihatannya sehingga mendapat berat badan yang lebih baik. Anggaran kos yang perlu di tanggung bapanya juga adalah sebanyak RM2,000 sebulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita baik buat kita semua khususnya pemilik kenderaan persendirian. Berikutan isu pelekat cukai jalan yang mudah rosak dan susah untuk ditanggalkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan bermotor mereka, berkuat kuasa hari ini.
Pada sidang media, Siew Fook berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.
Beliau berkata, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.
“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.