Luar biasa penangan drama bersiri popular Squid Game! Mencatat drama paling laris di Netflix, kebanyakan pelakon Squid Game hari ini meraih populariti tidak disangka-sangka. Ada yang sudah pun menerima pelbagai tawaran lumayan selepas kejayaan drama tersebut. Malah mereka juga mempunyai ramai peminat.
Salah seorang pelakon Squid Game yang meraih populariti mendadak ialah Jung Ho Yeon. Dia yang melakonkan watak sebagai Kang Sae Byeok merupakan pemain nombor 067 dalam drama bersiri berkenaan.
Secara tiba-tiba Ho Yeon menjadi pelakon Korea Selatan yang mempunyai paling ramai pengikut dalam masa yang singkat di Instagram.
Ads
Media Korea melaporkan, sekurang-kurangnya sejumlah 400 ribu hingga 1.4 juta pengikut telah dicatatkan Ho Yeon di laman media sosial itu hanya selepas beberapa hari drama Squid Game ditayangkan.
Terkini, Ho Yeon memiliki lebih 16 juta followers di Instagram.
Ads
Walau dalam siri TV itu Ho Yeon digambarkan seorang wanita yang misteri, kasar dan polos namun realitinya dia seorang yang ceria, cantik dan mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.
Bahkan, sebelum bergelar pelakon Ho Yeon ialah seorang peragawati yang sering menggayakan fesyen berjenama mewah. Dia dikatakan mula menceburi bidang peragaan sejak berusia 16 tahun dan menyertai Korea’s Next Top Model Musim 4 pada 2013. Di samping menyertai banyak pertunjukan fesyen melibatkan label terkemuka dunia termasuk Louis Vuitton.
Terbaharu, bersandarkan rupa paras cantik dan populariti Ho Yeon… dia dilantik sebagai duta global bagi jenama fesyen mewah Perancis, Louis Vuitton.
Ini sekaligus menjadikan dia selebriti Korea Selatan kedua menerima tawaran itu selepas kumpulan terkenal BTS.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesona Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan hanya terletak pada keupayaannya sebagai pemimpin wanita bahkan figura ini juga dikagumi ramai kerana utuhnya rasa kasih dan cinta beliau terhadap suami tercinta, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak pernah lelah menyokong impian dan kerjaya politik suami, wanita cekal ini juga disifatkan seorang ibu yang sangat tenang dan berjiwa penyayang.
Hal tersebut diakui sendiri lima anak perempuannya Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Ilham, Nurul Iman dan Nurul Hana.
Saat diminta bercerita sisi peribadi wanita hebat itu di mata mereka, keadaan yang pada mulanya riuh bertukar serius dan mengusik emosi. Dari butir bicara yang dilontarkan mereka, jelas menggambarkan betapa Datuk Seri Dr Wan Azizah seorang insan yang luar biasa.
“Saya selalu sebut, papa ni sangat bernasib baik dan sangat-sangat bertuah kerana mempunyai isteri dan cinta abadi seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mama lah sebabkan papa mampu harungi setiap rintangan. Sama juga macam kami.. because she is sangat sabar, sangat prihatin walau apa jua berlaku and that is amazing,” telus Nurul Izzah yang merupakan kakak sulung kepada enam beradik yang bergelar Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Bagi anak kedua, Nurul Nuha yang juga ibu kepada tiga cahaya mata lelaki pula menjelaskan, “Mama sarat dengan kesabaran dan kecekalan. Dia juga mempunyai nilai-nilai murni sebagai seorang mak, ibu dan perjuangan. Pada saya, tahap kesabaran mama luar biasa dan saya rasa ‘bukan normal’. Itu yang kami pelajari dan sayangi sangat pasal dia.”
Walaupun sibuk dengan tugas dan keluarga masing-masing, namun keakraban mereka lima beradik begitu terserlah.
Diaju tentang perwatakan ibunda tersayang, Nurul Ilham yang berkhidmat sebagai pendidik turut disifatkan sebagai anak yang tegas dalam kalangan mereka adik-beradik. “Bagi saya mama always cool je.. tak pernah loose her cool masa tragedi ke apa. Memang nampak kita susah tapi dia sangat calm and cool.”
Celah Nurul Hana, “Saya rasa mama walaupun dia kena jaga satu negara Malaysia (waktu bergelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), dia masih boleh jaga kita semua anak-anak. Saya kagum dan tak tahu macam mana dia boleh balance uruskan semua ni.” Nurul Hana adalah anak bongsu kepada Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah yang berusia 26 tahun dan pernah menerbitkan buku tulisannya bertajuk Sayang Buat Papa.
“Macam adik cakap, dia selalu ada masa untuk kami tak kira walau macam mana keadaan sekalipun. Walaupun dia pergi sini sana, masuk kampung.. pergi bandar, alhamdulillah we still have very close connection and very close relationship with mama,” ungkap Nurul Iman, anak keempat yang berusia 28 tahun dan memiliki seorang anak.
Datuk Seri Dr Wan menyambut ulang tahun kelahiran ke-68 pada 3 Disember lalu. Meskipun tidak lagi bergelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat namun semangat beliau untuk berbakti kepada orang ramai masih utuh seperti sebelum ini. Bahkan bersempena Tahun Baharu Cina pada 12 Februari lepas, beliau sempat meluangkan masa mengagihkan sumbangan kepada penduduk berbangsa Cina di sekitar kawasan Pandan.
Menerusi perkongsian di Instagram milik beliau, Datuk Seri Dr Wan banyak meluangkan masa beriadah bersama keluarga dan cucu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini. Dalam video yang dimuat naik semalam, kelihatan Datuk Seri Anwar leka bermain dengan cucu tersayang di kediaman mereka. Seronok tengok gaya hidup pasangan pemimpin ini.
Pada 26 Februari nanti, Datuk Seri Dr Wan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-41. Ketika ulang tahun perkahwinan tahun lalu, ibu penyayang ini menitipkan ungkapan romantis buat suami tercinta di media sosial miliknya.
“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa. Selamat ulang tahun perkahwinan bersama Anwar Ibrahim.”
Semestinya adik-beradik ini berasa bangga kerana dikurniakan ibu sebaik Datuk Seri Dr Wan dan dilahirkan dalam keluarga ternama. Nona percaya anak-anak yang cantik budi pekertinya datang dari didikan yang baik daripada kedua-dua ibu bapa.
Kredit foto: Instagram Dr Wan Azizah & Nuha Anwar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok dengar perkongsian Puteri Sarah Liyana membesarkan anak-anak. Selain tengok pengalaman orang-orang disekeliling mendidik anak, Sarah sendiri suka surrounding yang fun untuk si kecil supaya mereka boleh melalui perkembangan dengan baik.
Menurut Sarah, dia perlu pandai mengimbangai masa di antara kerjaya dan tanggungjawab di rumah memandangkan mereka kini sudah pun mempunyai dua orang anak. Dia juga menekankan bahawa perhatian daripada ibu bapa sangat penting untuk anak-anak yang masih kecil kerana di waktu inilah mereka perlu melihat dan meningkatkan perkembangan si kecil.
“Rumah saya dah macam taska kerana Sarah akan pastikan Syaikhul melalui fasa perkembangan sesuai dengan usianya.
Banyak ilmu yang Sarah belajar dari Internet dan buku serta melalui pengalaman yang dilalui oleh orang lain. Dulu Sarah lambat sikit dapat anak jadi adalah kesempatan untuk timba ilmu dari pengalaman orang lain.
Ada satu perkara nasihat dari ibu yang Sarah pegang sehingga kini iaitu memberi perhatian kepada Syaikhul berbanding Sumayyah. Bukan apa, Syaikhul sedang melalui fasa membesar dan memerlukan lebih perhatian berbanding Sumayyah yang masih bayi lagi. Syaikhul perlukan bimbingan dan perhatian supaya dia tidak rasa disisihkan.
Sarah tak mahu dia rasa terabai hanya kerana kami sudah mempunyai Sumayyah. Walaupun masih baru dalam dunia parenting, tetapi Sarah melihat dari pelbagai sudut. Alhamdulilah, setakat ini belum lagi Syaikhul menunjukkan sikap memberontak atau cemburu bila hadirnya Sumayyah.
Setiap tingkah laku Syaikhul terhadap adiknya akan Sarah pantau. Sebab itu Sarah terhadkan pembantu hanya membantu dari segi penjagaan rumah dan menjaga Sumayyah sahaja,” ujar Sarah.
Sarah yang kini sedang sibuk mempromosikan perniagaan kosmetiknya, Shara Cosmetics dalam ‘perjalanan’ untuk meluaskan sempadan perniagaan. Jenama Shara Cosmetics bagai satu ‘kemestian’ untuk dimiliki bahkan ia mudah juga untuk didapati di gedung Aeon.
“Alhamdulillah, selepas jenama Shara Cosmetics memasuki pasaran di 55 buah stor Aeon, kami giat mengatur langkah untuk menembusi pasaran negara kerana kita sedia tahu terdapat banyak pilihan kosmetik yang ada di Malaysia.
Sarah bersyukur sangat kerana mempunyai pasukan yang kuat untuk menguruskannya kerana apabila memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada dua orang anak, tentunya jadual saya begitu padat sekali.” ujar isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh ini bukan calang-calang wanita. Status suami tercinta yang merupakan ahli politik dan individu berpengaruh sama sekali tidak membuatkan Datin Dr Fatin Nadhirah Idrus ini rasa ‘selesa’ dengan kehidupan yang dilalui.
Sebaliknya dia mahu memanfaatkan kelebihan dan ilmu yang dimiliki bukan sekadar untuk kepuasan diri. Malah berbakti kepada masyarakat. Sama seperti Datuk Dr Akmal.
Difahamkan pasangan suami isteri ini mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan. Jika Datuk Dr Akmal yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ini memperoleh Ijazah Perubatan di Russian State Medical University, Datin Dr Fatin pula memiliki kelulusan dalam bidang pergigian. Hebat!
Tak dinafikan, pesona Datin Dr Fatin yang dikurniakan raut wajah lembut dan gaya sopan cukup menyenangkan. Sekaligus menyerlahkan aura suri hati anak jati kelahiran Melaka tersebut yang anggun dan cantik dalam kelas tersendiri.
Selain mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, penampilan Datin Dr Fatin Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dr Fatin ini sering menjadi perhatian khalayak.
Sebagai isteri kepada ahli politik dan individu terkenal, pastinya wanita berjiwa kental ini tidak terlepas daripada tumpuan masyarakat.
Pun begitu, wanita bijak berusia 34 tahun ini selesa tampil bersederhana dan enggan mencampuri karier politik Datuk Dr Akmal namun tetap setia menemani suami tercinta ke majlis rasmi atau turun padang bertemu komuniti setempat jika ada kelapangan.
Dalam kesibukan suami menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan membela nasib penduduk, Datin Dr Fatin juga sebenarnya merupakan pemilik sebuah klinik pergigian.
Dia dilapor mengusahakan Klinik Pergigian Fatin yang beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Lebih istimewa, klinik milik Datin Dr Fatin berkenaan mesra untuk kanak-kanak Autistik atau Autisme Friendly Dental Clinic.
Datin Dr Fatin Nadhirah Idrus sah bergelar isteri kepada Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh pada 24 Januari 2014. Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhamad Ziyad dan Muhamad Ali.
Pada Ogos 2024, bapa kepada dua orang anak ini menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk atas khidmat dan jasanya terhadap pembangunan dan rakyat di Melaka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena Awal Muharam 1448H, jadikan tahun baharu Islam sebagai peluang memperbaharui azam, meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ketahui amalan sunat serta doa akhir dan awal tahun yang digalakkan.