Dari satu, satu kes penderaan kanak-kanak yang direkodkan. Selepas kes Bella yang didakwa didera dan diseksa di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021, kini muncul lagi satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak bernama Alia.

Ads

“Pendera Kanak-Kanak Tidak Akan Terlepas” – Che Puan Khaleeda Berazam Bawa Pendera Ke Muka Pengadilan

Ianya selepas tular satu video yang memperlihatkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dipercayai anak angkatnya, mengundang amarah netizen.

Dalam video tersebut, wanita tersebut kelihatan memukul anak kecil tersebut dengan batang penyapu dan ianya sempat direkod oleh seorang Tiktoker selebriti, Aqiel yang juga bekerja dengan wanita itu. Menurut sumber, laporan polis pun sudah dibuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQIEL ✨ (@theaqil7)

Berikutan penularan video penderaan kanak-kanak itu, seperti kebiasaan ia turut mendapat perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Che Puan Besar Khaleeda Bustamam yang berkongsi kemarahannya terhadap insiden ini.

Ads
“Pendera Kanak-Kanak Tidak Akan Terlepas” – Che Puan Khaleeda Berazam Bawa Pendera Ke Muka Pengadilan
(Foto: Instagram @ymchepuankhaleeda)

Menurut hantaran di Instastory nya, baginda mengucapkan terima kasih di atas perkongsian video tersebut dan berjanji akan menuntut bela terhadap adik Alia.

“Kerana tindakan anda, nasib adik Alia akan terbela. Saya akan mengikuti rapat kes ini dan saya akan memastikan pendera kanak-kanak tersebut tidak akan terlepas dan mendapat hukuman yang setimpal”.

Ads
“Pendera Kanak-Kanak Tidak Akan Terlepas” – Che Puan Khaleeda Berazam Bawa Pendera Ke Muka Pengadilan
(Foto: Instagram @yheaqil7)
“Pendera Kanak-Kanak Tidak Akan Terlepas” – Che Puan Khaleeda Berazam Bawa Pendera Ke Muka Pengadilan
Foto: (Oh My Media)
“Pendera Kanak-Kanak Tidak Akan Terlepas” – Che Puan Khaleeda Berazam Bawa Pendera Ke Muka Pengadilan
Foto: (Oh My Media)

Baginda juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Daerah Kajang atas tindakan pantas menahan pelaku tersebut untuk membantu siasatan. Che Puan Khaleeda juga berharap agar adik Alia mendapat keadilan sewajarnya.

Sebelum ini, Che Puan Besar Khaleeda turut memberikan respon menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja OKU, Bella yang kes penderaannya tular di media sosial.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

“Pendera Kanak-Kanak Tidak Akan Terlepas” – Che Puan Khaleeda Berazam Bawa Pendera Ke Muka Pengadilan
Che Puan Khaleeda menyantuni Bella, mangsa dera yang tular di mana kesnya masih lagi dalam siasatan. (Foto: Instagram @ymchepuankhaleeda)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI