Nama Azrinaz Mazhar Hakim memang cukup sinonim dengan dunia penyiaran. Pernah bergelar wartawan penyiaran suatu ketika dulu, pengalaman yang ditimba personaliti TV ini nyata bukan calang-calang. Meskipun tidak lagi ‘beraksi’ di depan lensa kamera untuk menyampaikan infomasi terkini… namun kelebihan dan kepetahan berbicara yang ada dalam diri Azrinaz boleh dijadikan panduan kepada semua wanita terutama apabila menghadiri uji bakat pengacaraan.

IKLAN

Menjadi salah seorang juri bagi pencarian hos program temu bual Mingguan Wanita baru-baru ini, Azrinaz dilihat sebaris bersama beberapa ahli panel juri lain termasuk Datuk Aznil Haji Nawawi. Hadir dengan penampilan menarik mengenakan selendang polos rona putih dan blazer biru gelap… aura Azrinaz selaku personaliti TV masih berbisa dan bersinar.

Enggan melihat para peserta hadir menjalani uji bakat tanpa persediaan rapi, isteri kepada Fairos Khan ini berkongsi tip berguna untuk memikat hati para juri. Sekaligus membuka peluang kepada para peserta mengejar impian bergelar pengacara TV kelak!

Pentingnya HIGH HEELS Bila Pergi Audition, Ikut Tip AZRINAZ Ni Kalau Nak Jadi Pengacara TV!

Pentingnya HIGH HEELS Bila Pergi Audition, Ikut Tip AZRINAZ Ni Kalau Nak Jadi Pengacara TV!

“Kalau pergi audition hos tu pakailah high heels untuk memastikan posture badan anda tegak dan kemas. Di sini bukan bermaksud platform shoes atau semi heels. Dan bukan sneakers. Tu untuk jalan-jalan pegi mall cik adik oiii…

Selain persiapan mental, tolonglah dating dengan berpakaian menarik. Janganlah datang macam nak pegi kenduri tahlil.

Cuba pikat hati para juri. Sama seperti kalau nak keluar first date. Mesti semua nak berketrampilan cantik to make your partner amaze right? Begitulah juga dengan juri. Steal their heart with your good look.

IKLAN

Pentingnya HIGH HEELS Bila Pergi Audition, Ikut Tip AZRINAZ Ni Kalau Nak Jadi Pengacara TV!

Tak perlulah terlampau berusaha sangat sampai mengubah rupa paras 100%. Janganlah sampai warna rambut jadi hijau, lensa mata biru, make up sekati tebal.

IKLAN

Jadi diri sendiri. Kekalkan kejelitaan yang natural dengan bersiap yang sedap mata memandang. Biar make up, bukan tidak make up tapi jangan over make up sampai dah macam rupa mak dukun pulak. Takut juri-juri tengok tau. Ini audition keluar TV bukan audition radio.”

Apa tunggu lagi? Kalau rasa diri anda layak dan mampu membuatkan para juri terpesona, apa kata anda mencuba nasib dalam uji bakat kali kedua pada Sabtu ini. Mana tahu, mungkin lepas ni anda ialah pelapis Azrinaz Mazhar Hakim.

 

Foto Kredit: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI