Pastinya setiap wanita ingin tampak anggun, menawan dan langsing untuk penampilan diri yang lebih meyakinkan. Pemilihan rona busana atau pakaian bagi menyerlahkan bentuk badan seseorang itu harus dititikberatkan agar kelihatan jelita sekaligus menyerlahkan personaliti individu tersebut. Nona kongsikan tip memilih rona pakaian mengikut bentuk badan!

Pentingnya Mengenali Bentuk Tubuh Badan Sebelum Memilih RONA PAKAIAN, Barulah Tampil Lebih Yakin!

1. TUBUH GEMPAL DAN TINGGI

Individu yang mempunyai badan seperti ini sesuai menggayakan pakaian berona gelap seperti navy blue, coklat gelap dan hijau gelap. Rona-rona ini mampu memberi ilusi lebih langsing dan tinggi. Sekiranya ingin bergaya dengan pakaian bercorak, pilih corak dengan motif yang bersaiz kecil.

2. TUBUH GEMPAL DAN RENDAH

Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda. Rona gelap juga amat sesuai buat individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini.

3. TUBUH KURUS DAN TINGGI

Bagi mereka yang mempunyai tubuh seperti ini, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru, dan coklat serta boleh juga menggayakan busana bercorak melintang dan motif yang lebih besar supaya mengurangkan anda terlihat terlalu kurus.

4. TUBUH KURUS DAN RENDAH

Serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna pakaian yang lebih cerah dan corak atau motif yang sedikit besar. .motif garisan menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tumit tinggi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI