Pemakaiaan denim tidak lagi terhad dengan seluar jeans sahaja. Seiring dengan kemodenan fesyen, denim kini telah dipelbagaikan cara pemakaiannya. Selain tampak lebih trendy dan bersahaja, gaya pemakaian denim yang sempurna mampu memberikan penampilan yang lebih moden dan terkini.

IKLAN

Peraturan Memakai Denim Yang wajib Anda Tahu Untuk Penampilan Yang Lebih Sempurna!

Ikuti tip yang Nona kongsikan agar tampak relevan di abad ini dengan padanan denim tepat dan sempurna.

 

1. Denim cukup sesuai untuk gaya kasual dan juga semi formal. Bagi gaya semi formal, elakkan dari memilih rona lusuh dan ekef koyak. Untuk penampilan yang kemas dan sempurna, padankan denim biru bersama aksesori yang tidak terlalu menonjol.

2. Pemakaian denim atas boleh dilakukan, namun anda dinasihatkan untuk memilih perincian atau rona yang berbeza. Untuk kelihatan lebih menarik, padankan dengan baju atau seluar berpotongan unik agar tampil lebih bersahaja dan relaks.

IKLAN

3. Tahukan anda bahawasanya denim yang berusia lebih lama memberikan nilai estetika yang lebih tinggi? Jadi, untuk memulakan musim baru, gandingkan denim musim lepas bersama aksesori yang bakal menjadi pilihan musim hadapan seperti pepaku, kulit dan rona hitam.

IKLAN

4. Untuk gaya yang lebih klasik dan santai, cukup sekadar dengan memadankan seluar denim dan kemeja-T. Anda boleh menggayakannya bersama pointed heels untuk menyuntik elemen seksi tanpa perlu mendedahkan bahagian tubuh anda.

5. Berikan perhatian pada labuh jeans yang anda pilih. Sekiranya ia terlalu labuh, penampilan anda akan kelihatan tidak kemas. Jika ia terlalu pendek, penampilan anda kelihatan terlalu santai dan kurang kemas. Jadi, pastikan panjang denim yang dipilih bersesuaian dengan anda.

6. Jika anda memakai denim berwarna putih, padankan bahagian atas atau bawah yang berlainan seperti warna hitam, biru navy atau kelabu. Ia akan lebih menyenangkan gaya dan penampilan anda. Elakkan pamakaian warna seakan seperti kuning dan hijau.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI